kehormatan :)

kehormatan :)

Isnin, 4 April 2011

tolak dan terima adalah mainan cinta :)

Bila bercakap tentang cinta, aku teringatkan tentang masalah kawan aku.


Beberapa hari lepas. Ada seorang kawan aku, dia berkongsikan masalah cinta dia bersama aku. Ya aku adalah pendengar dan penyelesai masalah yang baik. Aku ada 8 clients di Micet dan masalah mereka memang rumit. Lebih rumit dari pergaduhan budak-budak tadika di Perak dan di Parlimen. Kawan aku yang sorang ni menceritakan bahawa dia telah direject oleh sorang gadis. Dan dia tengah down gila. Dan aku dengan lemah lembutnya telah menasihatinya agar jangan down-down kerana direject hanyalah masalah kecil bagi seorang lelaki. Well, lelaki mana yang tak pernah kena reject kan? Kalau ada pun tak payah la mengaku. Suatu hari nanti pun anda akan direject. Percayalah. Mulut aku masin. Tapi manis umpama Cadburry Black Forest bila dicium. Nak try? Perempuan sahaja.



Well, bila lelaki dan perempuan direject, peribahasa seperti “bunga bukan sekuntum dan kumbang bukan seekor” akan di gembar gemburkan untuk meng-cover kesedihan dan kemaluan di hati mereka. Tapi semua orang tahu yang dia sedang bersedih sebab kena reject.



Memang betul bunga bukan sekuntum dan kumbang bukan seekor kerana ada berjuta-juta bunga dan kumbang pilihan yang ada didepan mata. Ada yang keras, ada yang lembut, ada yang ayu dan ada yang sedang-sedang sahaja. Tapi yang pasti, bunga-bunga dan kumbang tersebut pasti mengiurkan. Walaupun begitu, pernahkah anda terfikir samaada bunga-bunga dan/atau kumbang tersebut suit dengan anda ataupun tidak? Tepuk dada, tanya nafsu.


Beauty is a curse- Nip/Tuck


Berbalik kepada topic, aku sebenarnya tak berapa gemarkan peribahasa bunga bukan sekuntum tersebut. Sebabnya, ia menunjukkan seolah-olah cinta itu boleh datang pada masa yang kita tentukan tanpa kita sedari bahawa ia bukan cinta, tetapi nafsu. Nafsu terhadap mana-mana perempuan yang ada didepan mata. Nafsu terhadap perempuan cantik dan comel. Comel macam followers aku. Well, orang yang mencipta peribahahasa ni seolah-oleh mengatakan bahawa ada banyak gadis dan jejaka di dunia ini yang boleh kita pilih dengan senang lenang padahal hendak mencari cinta sejati amatlah susah. So,tanpa segan silunya aku berani mengatakan bahawa orang yang cipta peribahasa ni mesti tak romantic macam aku.



Serta, aku nak tegaskan. Tak kiralah berapa banyaknya bunga dan kumbang dihadapan anda, tak bermaksud salah seorang daripadanya akan menjadi jodoh anda. Kerana cinta itu boleh datang dan pergi, tetapi cinta itu perlukan masa untuk hadir dan tiada sesiapa yang boleh mengawalnya. Dan sering kali ia hadir selepas nafsu serakah anda.


Love, hurts


Yang penting, direject bukanlah halangan untuk anda terus berusaha. Fikirkan lah. Sedangkan orang yang berkahwin pun akan bercerai, inikan pula couple. Jadi, berusahalah untuk mendapatkan cinta tulusnya. Bukan merampas, tetapi mengambil hak milik anda. Percayalah, di dalam percintaan, tiada istilah rampas merampas. Dan aku pernah terfikir, andai kata orang yang aku cinta itu dah berkahwin dengan orang lain. Adakah aku akan tunggu? Mungkin ya, dan mungkin tak. Okay mungkin aku tak akan tunggu. Dah orang tak suka. Buat apa nak tunggu lagi. Lagi pun aku tak suka guna ‘used item’. Kepada yang belum kahwin tetapi dah jadi used item. Anda memang bodoh dan bernasib malang. Lelaki yang dah tunggang anda memang pandai menipu dan dia memang bernasib baik. Maaf kalau aku terkurang ajar. Jangan salahkan family aku.



Apa yang aku nak nyatakan disini, lelaki dan reject adalah dua benda yang berkait rapat. Umpama aur dan tebing, umpama mee segara dan Maggie, serta umpama Siti Nurhaliza dan Dato` K (khairul). Well, semua jejaka pernah direject. Normal lah tu kan? Tapi aku terkecuali dalam hal ni.


Bleeding love.

Nasihat terakhir aku,



Jika anda fikir anda mengalami happy ending setelah berkahwin, sesungguhnya anda telah tersilap. Sebaliknya, berkahwin bermaksud anda baru sahaja membuka lembaran baru dalam cabaran hidup anda. Well, Ingat senang ke kahwin? Nampak mudah, tetapi susah sebenarnya. Lebih-lebih lagi bab malam pertama. Bagi yang dah biasa practikkan malam pertama didalam kereta, di tandas awam dan di tepi pantai serta di dalam semak samun tu, mungkin tak ada hal. Tapi bagi yang teruna dan dara macam aku ni, bagai mana?

6 ulasan:

  1. OHH!!!! tenkiu3.. ak mmg COMEL.,,hak3
    well, ak setuju gak ngn pemikiran ko psl,
    pribhsa tuh,,
    mngkin kiter takprlu cari cinta,, niar cinta cri kiter,, heeeeeeeeeeee :D

    BalasPadam
  2. haha btol2...
    lg pun umo kite bru setaon jagung right...
    nty smpai mse dtg la jodoh 2 an an

    BalasPadam
  3. btul 2..tggu sampai seru..haha

    BalasPadam
  4. hayyan:yup2 btol2...time is money...

    BalasPadam
  5. wah!!!!milla follow blog aq doe :D
    haha btol gak milla...kalo dy seru dy bg tau cm ne ke haha

    BalasPadam