Hello and whatsss up losers?
Nice day kan. Duh. Aku sepatutnya keluar main bowling dan tonton wayang hari ni. Tapi aku end up dengan duduk rumah, siapkan report, kacau adik tengok tv dan tulis blog je. Amat membosankan.
Well, based dari entri-entri lepas, aku perasan yang ramai rasa down tapi get motivated bila baca blog aku. And and then aku pun macam what the heckkk baca blog aku boleh kasi korang motivasi untuk belajar. Padahal, kebanyakkan benda aku main cakap je. HAHA.
Ehem.
Actually, im not that good on motivational-thinggy. Aku pun tak pandai dalam pelajaran so jangan harap ah aku nak kasi korang cara untuk maju dalam pelajaran sebab aku tak ada satu pun tips. Tapi, aku suka baca benda-benda yang berkatian dengan motivasi. Aku suka baca buku motivasi atau cerpen motivasi atau novel motivasi. Tapi, last-last, aku perasan yang semua buku ilmiah motivasi yang di tulis oleh Dr bla bla bla tu semua hampir sama je isi. Kalau ada beza pun, tak jauh. Balik-balik, sentuh bab law of attraction, chaos theory bla bla bla.
So then, instead aku baca buku motivasi yang meleret-leret yang memang mencuri masa aku yang sedia ada sikit, baik aku buat benda lain. Dengan kata lain, aku jumpa banyak port lain untuk cari benda-benda yang boleh naikkan semangat untuk survive the life.
Tumblr (sebut : Tam-bler)
Tumblr is the best place untuk korang dapatkan semangat. Amat mudah sebab most of tumblr punya post adalah sekeping gambar yang ada beberapa ayat yang penuh makna. Most of the time, satu gambar dari tumblr akan membuatkan korang berfikir panjang. Berfikir dengat amat panjang. And then, bila tengok gambar kat tumblr tu, korang rasa nak simpan je gambar tu. Yes, aku amat addicted dengan gambar kat tumblr. Aku pernah 'curi' gambar kat tumblr dan simpan dalam laptop sampaikan bilangan dia dah cecah ribuan. Sebab gambar dia memang buat aku terfikir dan amat menarik. So, bila tertarik, aku simpan dengan harapan nak tengok balik. Tapi last-last, tak tengok juga.
Antara Tumblr yang aku rasa korang patut lepak adalah;
EykaHamasuba - Soundless Expression - Khas untuk siapa-siapa yang relax sambil berhibur dengan gambar cantik.
Hijabi's Lookbook! - Khas untuk lelaki yang nak usha awek comel bertudung. Lelaki, biasalah. Usha awek comel penting bagi menaikkan semangat.
Letter of my life - Yang ni, antara fav aku. Banyak post yang di reblog yang boleh membuatkan aku berfikir.
Pink Miss Yani - Yang ni pun best.
I'll be in love someday - Tumblr kepunyaan Gebu. Dia ni la yang perkenalkan tumblr kat aku. Tapi sekarang jarang dah update.
Zarrahh - Aku tak tahu who the tell Zarrahh ni. Tapi, aku suka gambar kat tumblr dia.
Another side of Munsyi - Title tumblr dia mengingatkan aku pada url blog aku mula-mula dulu which is AnotherSideOfMe. Tumblr dia lebih kepada Islamik. Dia masih single (kot), masih kacak dan masih available. Go grab him. Fast.
Aku perasan di setiap tumblr mesti ada gambar atau kata-kata yang memberansangkan. So, tumblr adalah tempat paling best untuk korang yang perlukan semangat.
Soalan kat email
Ini adalah benda yang paling best bila ada blog. Bila dah ada blog, memang selalu gak lah ada orang email. Tapi aku tak boleh la reply email setiap hari memandangkan aku dalam situasi busy macam ni. Tapi kan, kadang-kadang orang yang hantar email kat aku ni macam ada sense ke enam lah. Bila aku macam depressed atau tension je, mesti dieorang akan datang cheer kan aku termasuk tulis berderet-deret pasal hidup dia atau kawan dia yang dulunya susah tapi sekarang nak cecah kemucak kejayaan. Cerita-cerita dieorang serious kasi semangat. Tu tak termasuk nasihat-nasihat yang dieorang kasi.
Dan macam aku pernah ceritakan, dulu ada seorang awek ni. Aku tak kenal pun dia. Tapi dia siap belikan aku tiga buah novel untuk aku. Bukan sebarang novel tau. Novel yang dia kasi tu ada nilai dia yang tersendiri. Isi novel, penceritaan, motif, moral, keagamaan dan macam-macam lah ada dalam tu. Dan tentu sekali, novel tersebut di tulis oleh penulisnya yang aku paling minat, Hlovate.
I got awesome followers friends.
Lagu / Musics
Lagu adalah media paling mudah untuk kita layan. Macam korang la. Kadang-kadang, korang suka sesebuah lagu sebab lagu tu tepat-tepat kena dengan kehidupan korang kan. Seolah-olah lagu tu dicipta untuk korang. Di tambah lagi dengan video clip dia.
Out of all, aku paling suka dengar lagu yang kasi motivasi. Contohnya la The Climb by Mili Cyrus. Firework by Katy Baby dan Waiting Outside The Lines by Sasha Greyson Chance.
And and and, yang terbaru, entah mengapa aku jatuh cinta dengan lagu Who Says dari Selena Gomez. Walau pun lagu dia bukan genre yang aku minat, tapi aku still boleh suka lagu ni bila first time aku dengar. Lagu ni mungkin dah lama tapi aku baru discover. Dan lirik dia...
Who saysWho says you're not perfectWho says you're not worth itWho says you're the only one that's hurtingTrust meThat's the price of beautyWho says you're not prettyWho says you're not beautifulWho says
Selepas dengar lagu ni, aku rasa macam Yeaaaaah! I am perfect. I am pretty. I am beautiful! Never this beautiful. Serious korang patut dengar.
Mandi / Berendam
Ya ya ya alright. I know. I know yang korang annoyed dengan aku yang asyik suruh mandi. Bila stress, mandi. Bila sedih, mandi. Bila bosan, mandi. And now, bila depressed dan tak ada semangat pun nak kena mandi juga? Actually, yes. Mandi adalah satu aktiviti yang amat best yang pada masa sama, membuatkan korang berasa tenang. Korang tahu tak apa sifat air? Sifat air adalah menenang kan. Dan kalau korang nak tahu, masa mandi adalah antara masa yang paling sesuai untuk membuat keputusan dan berfikir. Sebab bila mandi, korang akan menjadi tenang.
"Don't make decision when you are angry. Don't make a conclusion when you are sad"
Bagi aku, mandi la tempat paling best untuk berfikir. Tapi kalau korang aku tak tahu la. Mana la tau kot-kot korang suka berfikis masa tengah 'yakyak'.
Movies
Benda yang paling aku suka adalah menonton movie. Sebab bila kita menonton movie, kita akan rasa macam the part of the illusion which is, kita akan lukan dunia kita yang penuh dengan masalah. Sebab tu lah aku suka tonton movie yang tak ada watak ketiga yang jahat yang licik, yang pandai, yang suka buat fitnah dan bla-bla-bla. Aku nak tonton movie untuk relax dan bertenang. Dan pada masa yang sama, dalam movie-movie yang aku tonton, memang banyak yang boleh kasi motivasi. Tak kisah lah motivasi untuk hidup ke, untuk berusaha atau untuk belajar.
Laskar Pelangi - Ni adalah movie yang memang aku layan habis. Antara movie yang aku sanggup tengok dua kali. Ya. Aku amat pantang tengok movie lebih dari sekali. Bukan pantang, memang tak boleh tengok. Bila tengok, rasa tak best langsung. Tapi, Laskar Pelangi memang terbaik. Aku dah ulang tengok cerita ni lebih dari dua kali. Aku rasa cerita ni lagi best dari Slumdog Millionaire.
Glacie Choice - Ini adalah movie yang membuatkan aku minat kat Hallmark Channel (Diva Universal) Astro 702. Dan tak lupa juga, awek dalam cerita ni amat comel. Serious comel. Comel dan gebu.
Homeless To Harvard - Ini adalah sebuah cerita dari kisah benar. Sekarang ni, Liz Murray tengah dok kasi motivasi kat semua students kat seluruh dunia.
"... and my passion now is to help transform the lives of others" ~ Liz Murray
Siapa nak motivasi untuk belajar, sila sila lah tengok movie ni. Dan ini website Liz Murray.
3 Idiots - Ini adalah another movie yang boleh membuatkan korang percaya bahawa minat memang akan leads korang ke arah kejayaan. Movie india pertama yang aku betul-betul enjoy. Antara sebabnya, dalam movie ni, tak ada watak ketiga yang jahat serta licik. Dan dari movie ni juga la aku minat Aamir Khan dan Kareena Kapoor yang cun dan oh, oh OH. Cantik juga orang India utara ya. Orang utara ni memang cantik dan comel semuanya. Termasuk orang Utara Malaysia. Amat comel lagi memikat.
Dan ada bermacam-macam movie termasuk Persuit of Happiness. Korang boleh discover sendiri movie-movie yang bukan bergenre perang tapi bergenre life. Ada banyak kat dunia ni.
Don't get me wrong. Motivasi tak semestinya di cari untuk berjaya. Tapi, motivasi di cari untuk terus survive dalam dunia ni. So, pandai pandai la korang cari benda-benda yang boleh inspire kan diri korang supaya korang rasa inspired.
Well, kalau di fikir-fikirkan balik, hidup aku bukan teruk sangat pun. I have a good roller coaster, you know. A roller coaster yang laju yang ambil masa yang amat lama untuk naik ke laluan tertinggi. And once bila dah sampai ke puncak, amat mudah untuk turun. Semua antara kita adalah sama je konsepnya. Bezanya, berapa tinggi kita akan naik, berapa laju kita akan turun dan berapa jauh kita akan bergerak. And I guess, I need a brand new railway.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamhahahhaha ye kew sonok dgr??
BalasPadam