kehormatan :)
Khamis, 13 Oktober 2011
nape bulan menghampiri bumi??
Bulan adalah tanda Noor Nabi SAW dan seperti yang di sebut dalam lebih 200 hadis Sahih Nabi SAW- akan tiba kedatangan Imam Mahdi (AS) Cucunda Nabi SAW - Bernama Muhamad ayahnya Abdullah Ibunya Aminah.
Di zaman akhir ini ianya adalah simbol muncul nya Imam Mahdi (AS).
"Sesiapa yang tidak percaya kepada Dajjal mereka akan kafir dan sesiapa yang tidak percaya pada Imam Mahdi mereka akan kafir". ( Maksud Hadis).
Ketibaan Imam Mahdi (AS) di ambang pintu dunia - di nyatakan atau di khabarkan oleh Bulan yang akan menjelma 50,000 Km lebih dekat ke arah bumi.
Dan akan berlakunya segala bencana telah pun di sebut dalam banyak hadis -hadis sahih sejak 1,432 tahun lalu. Wahabi telah meringkaskan perkara-perkara tersebut dari pandangan orang-orang ISLAM.
Hanya Wali-Wali Allah SWT Sahaja yang mengetahui segala kebenaran ini dan di ILHAMkan kepada mereka.
Ketibaan Imam Mahdi ada 111 Tanda dan kebanyakan tanda -tanda telah pun muncul yang berlaku baru-baru ini adalah:
Kejatuhan semua pemimpin2 zalim di timur tengah memberi laluan kedatangan Imam Mahdi (AS). Dan memberi kebangkitan Nafas Baru pemimpin2 yang akan membantu Imam Mahdi (AS) pejuang Islam yang sebenar.
Keadaan Tsunami di Jepun dan Malapetaka di seluruh Dunia.
Tsunami di Aceh memperkenalkan satu kebangkitan Ummah yang baru membantu agama Allah SWT.
Banjir Di Pakistan bulan Ramadhan 2010.
Dan 313 kejadian yang bakal akan berlaku di seluruh Dunia -kebanyakan kepada Negara2 yang Zalim dan Yang Memusuhi Agama Allah SWT .
Dan membuktikan Kedatangan Nabi ISA(AS) dalam masa yang terlalu dekat.
Dajjal telah pun bersiap sedia untuk muncul dengan sepenuhnya dengan lengkapnya. Dajjal-dajjal kecil yang 40 iaitu sai baba ( yang mengaku dirinya Tuhan).Dajjal yang 41 adalah Dajjal yang ASLI - sebelum ini adalah Dajjal in the Making" -
Wahai Orang ISLAM dan Muslimin seluruh Dunia , Beriman lah dan Bertaqwalah dengan Sebenar-benar Iman dan taqwa, kita belum beriman lagi jika - Hidup kita tidak di lengkapkan dengan Iman dan taqwa yang sepenuhnya. (kita belum di UJI dengan ujian yang sahsyat seperti Tsunami itu)
Taqwa dan Iman tidak akan sempurna jika tidak Mencintai Nabi Muhammad SAW dan Mengenal Wali - Wali Allah SWT seperti dalam Firman Nya Surah Yunus Ayat 60-62).
Kamu tidak akan mengenal Wali-Wali Allah SWT jika kamu tidak mengenal 2 Musuh UTAMA Kamu iaitu Syaitan dan Nafsu. Kamu tidak akan mengenal Nafsu dan Syaitan selagi kamu tidak mengenal ILMU Tazkiatun Nafs dan ILMU Tazkiatun nafs tidak akan bertempat dalam hati kamu jika kamu tidak ada Cahaya Iman dan Keyakinan , dan Kedua2 cahaya ini tidak akan bercahaya dalam jiwa kamu jika tidak akan ILMU TAUHID dan ILMU Marifah.
Tuntutlah sebelum Berjumpa dengan Allah SWT.
Kiamat Alam adalah Kiamat Kecil , Kiamat Diri adalah KIAMAT Besar dan setiap saat dengan terlepas nya Nafas ke Tangan Allah SWT lenyaplah satu Rahsia Besar di antara Hamba dan Robb.
Soalan pertama di Kubur bukan apa amalan kamu , atau soalan lain - Tapi Bab Mengenal ROBB ? Siapa kah Robbmu?
Tuhan orang Muslimin adalah harta dia , emas dia , rumah dia, kerja dia , dan lain2 lagi - itulah makna Robb.
Untuk Orang Mukmin dan Orang Bertaqwa Robb Yang Sebenarnya adalah Allah SWT
Soalan kedua Siapa Nabi Mu ? Untuk orang ISLAM jawapan nya adalah siapa yang di ikutinya setiap saat dan waktu di Dunia dan pasti 98 % mereka tak dapat jawap kerana mereka telah meninggalkan Sunnah dan Ajaran Nabi (SAW).
Orang Mukmin yang mengikuti Sunnah Nabi SAW akan pasti dapat Menjawap
8 Neraka di jadikan ( 1 sahaja untuk orang Kafir , Mushrikeen yang 7 lagi untuk orang ISLAM yang tidak Solat , Melalaikan Solat, Lalai dalam Solat , Yang Ringan Timbangan nya, Menipu Manusia, Mengumpat dan lain-lain lagi)
Hanya Orang yang Beriman and Bertawqa yang di Jamin Allah SWT masuk kedalam Syurga dan di nyatakan dalam Al Quraan di beberapa Tempat.
BERIMAN DAN BETAQWALAH Sebelum Terlambat , Dan Kunci Iman dan Taqwa adalah " KALIMAH LA ILAHA ILLALLAH".
Ucaplah 200 Kali Sehari nescaya anda akan di sampaikan ke jalan menuju kepada Iman dan Taqwa.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan