Apa Itu Senggugut? (Menarik!) | Sakit ketika datang haid atausenggugut adalah satu masalah yang biasa dialami oleh ramai wanita dan lazimnya dialami oleh gadis yang baru meningkat remaja. Keadaan ini digelar “primary spasmodic dysmenorrhea”dan tidak semestinya menandakan sesuatu penyakit. Ianya dibahagikan kepada dua bahagian seperti senarai dibawah.
Senggugut jenis Pertama dalam beberapa tahun pertama selepas akil baliq, pusingan haid seseorang gadis masih belum teratur lagi. Haid mungkin akan datang tiga atau empat bulan sekali.Senggugut biasanya mula dirasai 2-3 tahun kemudian.
Rasa sakit sewaktu datang haid ini adalah disebabkan oleh kuncupan rahim yang begitu kuat sekali untuk mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur sedikit tisu daripada selaput endometrium . Darah haid ini perlu keluar menerusi saluran pangkal rahim yang biasanya masih sempit dikalangan gadis remaja. Kuncupan rahim yang kuat ini adalah disebabkan olih sejenis hormon yang digelar dengan nama “Prostaglandin”.
Ramai dikalangan wanita yang risau samada senggugut boleh menyebabkan kemandulan. Ini tidak benar dan senggugut biasanya akan hilang setelah gadis berumahtangga dan mendapatkan anak apa anda tidak percaya. Kehamilan dan kelahiran dapat mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi punca pada senggugut.
Walau demikian sebahagian kecil dari mereka akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan jika senggugut itu berterusan selepas kahwin. Mereka ini mungkin mengidap penyakit ‘endometriosis’
Senggugut yang biasa iaitu bukan kerana penyakit lain dalam tubuh akan hilang setelah anak gadis itu kahwin dan melahirkan anak pertama. Manakala senggugut akibat penyakit pula memerlukan rawatan khusus bergantung kepada penyebab penyakit.Di peringkat ini pesakit dinasihat berjumpa doktor untuk rawatan dan ubat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan