kehormatan :)

kehormatan :)

Khamis, 9 Mei 2013

sebab lelaki muda memilih perempuan lebih tua menjadi pasangan


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Tadi Kasih Suci dengar topik hangat di Hot fm tentang topik lelaki muda lebih tertarik kepada wanita yang lebih tua di Singapura.
Hangat kan topik tu? tapi pada pemerhatian Kasih Suci di negara kita pun ramai saja yang berkahwin dengan pasangan wanitanya lebih berusia. Mereka bahagia dan saling berkasih sayang. Apa yang menjadi pertanyaan di hati masyarakat dan gadis muda kini adalah…mengapa mereka lebih suka wanita lebih berumur?
1.Wanita lebih berumur matang pemikirannya. Biasanya wanita berumur mudah dibawa berbincang
2.Wanita lebih berumur lebih penyayang dan menghargai pasangan. Lelaki rasa diri mereka cukup dimanja dan diberi perhatian.Berbanding teman wanita muda biasanya mereka saja yang mahu dimanja tetapi tak mahu memanjakan.
3.Wanita lebih berusia lebih cool menurut kaum lelaki.
4. Lebih memahami bila lelaki mengadu masalah mereka. Biasanya pada awal perkenalan mereka ni tidak bercinta . Memang tiada pun niat lelaki tersebut ingin memikat wanita ni, tetapi bila dah bersahabat dan melihat kelebihan wanita yang lebih memahami jiwa mereka lelaki mula tersentuh dan jatuh hati.
5.Comel Lote-Dah memang wanita tu comel lote, tak mampu nak disangkal lagi walau usianya lebih tapi rupanya yang comel buat hati terpikat. Takda rupa orang dah berusia pun. Apalah ada pada umur…ye dak? hehehe.
6.Pandai menggoda-haha…ini kenyataan tak boleh blah, ada juga yang kata wanita lebih tua pandai menggoda pasangan mereka. Sebab pandai menggodalah lelaki muda terpikat. Err betul ke? hahaha
7.Jodoh-Itu kita perlu ingat, kita hanya berusaha mencari yang terbaik. Allah mengatur jodoh kita. InsyaAllah Dia berikan yang terbaik buat kita.
Apa yang kita nak pertikaikan tentang pasangan sebegini sedangkan Rasullullah juga menikahi wanita yang lebih tua darinya. Kita tak layak nak kata mereka tak sesuai sebab mereka mampu membuktikan bahawa mereka sangat bahagia.
Ada yang kata tak malu ke bila orang tengok berjalan dengan wanita tua? biasanya pasangan sebegini wanitanya cantik comey lote, tak nampak tua pun wajah mereka. Mereka jenis pandai menjaga menampilan diri. Bagi diri Kasih Suci sendiri usia bukan satu masalah dalam sesebuah perhubungan. Jika ada lelaki lebih muda jatuh hati kepada anda apa salahnya beri mereka ruang dan peluang…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan