kehormatan :)

kehormatan :)

Isnin, 5 Disember 2011

angry bird n dakwah :)


Angry Birds

salah satu game yang paling 'legend' antara semua game-game apps Apple

yang dimain oleh anak saudaraku yang berumur 4 tahun sehinggalah tokoh agama seperti Ustaz Hasrizal

semuanya suka bermain game ini


tidakkah anda pernah tertanya-tanya?

Kenapa?

Apa yang best sangat game ni?

Cam simple je, game berkaitan burung-burung yang marah kepada babi-babi berwarna hijau yang mencuri telur mereka



sedar x kita...

jawapannya sebab....

Angry Birds....

dipenuhi dengan nilai-nilai dan prinsip-prinsip sebuah gerakan Dakwah Islamiyah



1) Jihad dan Tadhiyyah (Pengorbanan)

antara ciri yang paling power pasal Angry Birds ni, sebab burung-burung yang marah tu semuanya sanggup berkorban

menyerahkan jiwa dan tubuh mereka untuk mencapai matlamat mereka

iaitu menghapuskan babi-babi hijau yang suka tersengih jika masih hidup di akhir permainan

mungkin yang merah, biru dan hijau hanya sanggup mencederakan diri sendiri

tapi bagaimana dengan yang hitam dan putih?

yang hitam sanggup meletupkan dirinya sendiri!

yang putih pula?

sanggup mengorbankan anaknya!

itu bukanlah satu pengorbanan yang senang

menghantar anak yang masih dalam telur ke medan jihad



segala-galanya untuk mencapai satu matlamat

menjatuhkan tembok-tembok jahiliyah yang kukuh, untuk menghapuskan babi-babi hijau itu selama-lamanya... terutamanya ketua mereka yang memakai mahkota emas



"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin itu diri mereka dan harta mereka dengan memberikan kepada mereka syurga..."

(At-Taubah 9:111)




2) Amal Jamaie

dalam nak meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah yang begitu kukuh

burung-burung yang marah itu tidak bertindak secara berseorangan

malahan mereka tidak akan mampu meruntuhkannya jika bertindak secara berseorangan

maka mereka bersatu, bersatu tenaga mereka, bertindak secara berjemaah

untuk meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah itu




3) Tanzim (organisasi) yang tersusun

tapi adakah diorang main langgar je sape yang serang dulu?

tidak

diorang sedar setiap burung mempunyai kemampuan dan semangat pengorbanan yang berbeza

setiap burung mempunyai isti'ab (penguasaan) yang berbeza

jadi diorang susun

sape pergi dulu, lepas tu sape pergi dulu

kenapa?



sebab Saidina Ali mengatakan

"Kebatilan yang tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun"




4) Gerak kerja yang Muntijah (berhasil)

bagaimana pula cara diorang susun sape yang pergi dulu dan sape yang pergi dulu?

diorang susun dengan menilai

bagaimanakah cara yang paling muntij dan cepat untuk meruntuhkan tembok jahiliyah itu



maka setiap orang yang mempunyai isti'ab yang berbeza, berfokus kepada kelebihannya

yang reti potong kayu pergi serang kayu

yang boleh hancurkan batu pg hancurkan batu



dan menjadi tanggungjawab kita pula, sebagai qiyadah (ketua) mereka

untuk detect, apakah kelemahan musuh kita

dan dengan segala kekuatan serta isti'ab jundi (tentera) yang berbeza-beza

bagaimanakah kita ingin menyusun strategi

untuk mencapai ustaziyatul alam

eh silap

untuk mengalahkan babi-babi hijau tadi dengan tenaga yang paling sikit, dan masa yang paling cepat





5) Taat

dan sebagai qiyadah

perkara yang paling menyenangkan hati kita dan meneruskan semangat kita untuk berjuang

adalah kalau kita suruh burung-burung marah itu menyerang ke atas, maka dia akan pergi ke atas

dan kalau ke kanan, maka dia akan pergi ke kanan


pasti tidak ada orang yang nak main

dan selama-lamanya babi-babi hijau itu akan gelak terkekeh-kekeh

jika qiyadah suruh serang ke kanan, dia pergi melayang ke atas




6) Ukhuwah

lastly

kena faham

bahawa ukhwah burung-burung yang marah itu sangat kuat

itulah teras dan tunjang utama kekuatan diorang

mereka sedih, marah, apabila saudara-saudara mereka dicuri telurnya

mereka merasai penderitaan saudara-saudara mereka

kerana sesungguhnya burung-burung yang berwarna itu bersaudara




seperti mana kita umat Islam bersaudara

jika salah satu daripada saudara kita sakit/derita, kita turut merasakan penderitaannya

dan kita akan berusaha untuk menyelamatkan saudara kita

daripada musuh yang nampak di dunia

dan juga musuh yang tidak nampak

yang menarik kita ke api neraka


kenapa?

sebab kita menyayangi saudara kita

sesungguhnya dakwah ikhwanul muslimin itu adalah berteraskan dakwah kasih sayang

kerana cinta kita kepada Islam dan Umat Islam



tidak akan wujud game Angry Birds

jika tidak ada ukhwah di kalangan mereka



begitu juga tidak akan wujud gerakan Islam

malahan mustahil akan menang gerakan Islam

jika tidak wujud ukhwah dan muhibbah antara semua umat Islam




"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan engkau melihat manusia berbondong-bondong memasuki agama Allah. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunan kepadaNya. Sungguh, Dia Maha Penerima Taubat"

(An-Nasr 110:1-3)



sedarlah

pertolongan Allah tidak akan datang jika tidak wujud ukhwah dan kesatuan di kalangan umat Islam

dan prinsip kepada kesatuan itu terletak pada Usul 20 oleh Imam Hassan Al-Banna






semua yang korang baca tadi

adalah pengajaran daripada Angry Birds


tapi ada satu lagi pengajaran yang tersirat

iaitu jika kita melihat dunia ini dengan perspektif Islam yang jernih

kita akan memasuki sebuah dunia yang berbeza

dan kita akan mampu melihat apakah masalah umat Islam sebenarnya, sehingga mereka tidak mampu menang-menang lagi sampai sekarang...



"Ukhuwah Teras Kegemilangan"



p/s: credit kepada Zuhri Shin Cork dan Akmal Aliff Nottingham yang sedarkan berkaitan idea yang best ni =)

renung2 kan dan selamat beramal




...................................................................................................................................................................
Angry Birds: From the Perspective of Da'wah and the Tarbiyah





Angry Birds

game one of the most 'legend' of all the Apple apps games

played by my nephew who was 4 years old until religious figures like DJ Hasrizal

they love to play this game


Have you ever wondered?

Why?

What is the game best this?

Posted simple cam, game birds related to the angry green pigs who steal their eggs



So, as  we know ​​...

Because the answer ....

Angry Birds ....

filled with the values ​​and principles of a movement  Da'wah Islamiyah



1) Jihad and Tadhiyyah (Sacrifice)

among the most power features about Angry Birds , for the angry birds are all willing to sacrifice

deliver their soul and body to achieve their goals

rid of the green pigs who like grinning if living at the end of the game

may be a red, blue and green could only hurt yourself

but what about black and white?

black itself willing to blow himself up!

the white man?

Willing to sacrifice his son!

is not an easy sacrifice

send children who are still in the egg to the Jihad



everything possible to achieve a goal

bring down the walls of ignorance strong, to eliminate the green pigs forever ... especially the elders who wears a gold crown



"He bought from the believers themselves and their property by providing them paradise ..."

(At-Tawbah 9:111)




2) Charity Jamaie

I tear down the walls of ignorance is so strong

The angry birds did not act alone

but they will not be able to Istikharah if acting alone

they are united, united their energy, respond in worship

to tear down the walls of ignorance




3) Tanzim (the organization) is organized

but whether diorang main attack hit the first loose je?

not

they so each bird has the ability and sense of different

each bird isti'ab (control) of different

they be collated

Posted go first, then go ahead  Posted

why?



Because Ali said

"Organized falsehood will defeat unorganized truth"




4) Move Muntijah work (work)

how about how they  lose sort of go ahead and loose the go ahead?

They  sort by rating

muntij Just how fast to bring down the walls of ignorance



then each person has different isti'ab, focuses on the advantages

the wood cut away attack  wood

that can destroy rock am crushed stone



and our responsibility, as a qiyadah (head) of their

to detect, the weakness of our enemies

and with all the strength and isti'ab Jundi (military) different

how do we want to strategize

to achieve environmental ustaziyatul

 wrong

to defeat the green pigs had the best bit of energy, and time of the fastest





5) Obedience

and as qiyadah

The most pleasant thing our hearts and our spirit to continue the fight

is if we tell the angry birds attack on, he will go on

and if right, he will go to the right


no one would want to play

and everlasting green pigs will laugh giggle

if qiyadah ordered attack to the right, he went flying over




6) Brotherhood

lastly

must understand the

that the fraternity and the birds that anger is very strong

that is the core and the main pillar of strength them

they are sad, angry, when their brothers stolen eggs

they feel the suffering of their brethren

Indeed the colorful birds were related




Muslims as brothers

if one of our brothers pain / suffering, we also feel the anguish

and we will strive to save our brothers

from the enemies that appear to the world

and the enemy cannot see

our interest to the Fire


why?

Because we love our brothers

The Muslim Brotherhood is indeed missionary preaching is based on love

because of our love for Islam and Muslims



There will be no game Angry Birds

if there is no fraternity and among them



so there will be no Islamic movements

but impossible to win Islamists

if it does not exist, and fraternity and goodwill among all Muslims




"When comes the help of Allah and victory. And you see people scurrying into the religion of Allah. So glorify the Lord and ask forgiveness of Him. Truly, He is Oft-Returning"

(An-Nasr 110:1-3)



realize

God's help will not come if it does not exist and the fraternity and unity among Muslims

and principles of the union is on the 20 by Imam Hassan Al-Banna






everything you just read

is the lesson from Angry Birds


but there is an implicit teaching

that is, if we see the world with a clear Islamic perspective

we will be entering a different world

and we will be able to see what the actual problems of Muslims, so they cannot  win again until now ...



" Brotherhood Core Excellence"

pocong apakah itu

ASSALAMUALAIKUM.. :))

HANTU POCONG !!!!!!
pernah dengaq apakah itu??
haha ::))



Di dalam kepercayaan masyarakat kita hari ini….
hantu merupakan mitos yang hampir-hampir menjadi fakta yg benar….
disuburkan lagi kepercayaan tentang wujudnya hantu –hantu yang makin glamor di dalam stesyen-stesyen televisyen…

INI SEMUA MENGARUT NEH!! KHURAFAT!!!!!!!!!!

maka cerita bertemu hantu pocong arwah yg mati hidup balik seumpama menjadi realiti yang menghantui sebahagian kita yang begitu fanatic meminati cerita –cerita makhlus halus..
dan alam arwah ini.

Benarkah ada arwah yang boleh pulang ke rumah dengan memakai kain kapan yang dipakaikan kepadanya….
tak sempat bukak atau tak boleh bukak sebab tangannya terikat???....
dan benarkah ada dakwaan yg menyatakan arwah balik ke rumahnya pada waktu malam…
dan makan nasi gulai tempoyak di dapur rumahnya walaupun arwah sudah mati dan baru sahaja ditanam tengah hari tadi????

ISH3..NAMPAK BENO NIPUNYEE!!!


Mari kita lihat hadis yg shahih yg menceritakan apa sebenarnya yg berlaku kepada arwah si mati dan adakah ruang dan kesempatan untuk arwah pulang ke rumahnya?


Sabda nabi saw:

وعن أنس رضي الله عنه قال : قال نبي الله صلى الله عليه وسلم
« إن العبد إذا وضع في قبره ، وتولى عنه أصحابه، إنه ليسمع قرع
نعالهم قال: يأتيه ملكان فيقعدانه فيقولان له :
ما كنت تقول في هذا الرجل ؟ قال : فأما المؤمن فيقول : أشهد أنه عبد الله ورسوله
قال : فيقال له : إنظر إلى مقعدك من النار، قد أبدلك الله به مقعداً من
الجنة قال نبي الله صلى الله عليه وسلم فبراهما جميعاً »
وأما المنافق والكافر فيقال له : ما كنت تقول في
هذا الرجل ؟ فيقول: لا أدري ، كنت أقول ما يقول الناس فيقال: لا
دريت ولا تليت، ويضرب بمطارق من حديد ضربة، فيصيح صيحة
يسمعها من يليه غير الثقيلين» {متفق عليه}

Sesungguhnya seorang hamba (yg telah meninggal dunia) akan diletakkan di dalam kuburnya..
dan apabila pulang sahaja saudara dan ahli keluarga ,
dia akan mendengar bunyi tapak kaki mereka …dan ketika itulah dia didatangi oleh dua malaikat (yg bernama Munkar dan Nakir…)
maka didudukkan si mati itu.
Maka kedua malaikat itu pun mula menyoal
(soalan kubur)……

“ Apa yang kamu tahu tentang lelaki ini
(Muhammad b. Abdullah saw)..?”

Maka kata Nabi saw: Sekiranya si mati itu orang yg beriman maka dia akan menjawab 
(dengan lidah fasih dan lancar)…

”Aku naik saksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah dan rasulnya.”

Maka malaikat itu pun berkata padanya :

“ Lihatlah tempat dudukmu dari api neraka yg sekiranya kamu tidak dapat menjawab soalan dgn betul..
telah digantikan oleh Allah dgn tempat dudukmu daripada syurga.”

Adapun orang yang kufur(jahat) dan munafik(banyak dosa) maka apabila ditanya kepada oleh malaikat tentang Nabi saw…
maka jawabnya aku tidak tahu…
aku mengenali nabi saw hanya mendengar-dengar cerita orang lain sahaja…
tanpa aku mengenalinya dengan lebih mendalam.


Maka kedua-dua malaikat itupun menyindir:

“Bagaimana kamu mengenali Muhammad saw sedangkan kamu sendiri tidak pernah mengkaji ayat Allah dan mempelajari sunnah baginda?”

Lalu si mati itu dipukul dengan penukul-penukul daripada besi….
sehingga dia terpekik terlolong…yang suara jeritan itu tidak didengari oleh manusia melainkan haiwan.

( Hadis Shahih Muttafaqu Alaih)

Jika dilihat daripada hadis ini mustahil si mati boleh keluar dari kuburnya dan balik ke rumah kerana si mati yg beriman….
akan menikmati tempat duduknya yg selesa di dalam kubur…
manakala yang berdosa dan jahat sibuk dipukul dan dipalu dengan penukul di dalam kubur hingga ke hari kiamat.

Jadi jikalau betul arwah si mati boleh pulang ke rumah maka siapa yang berani bolehlah bertanyalah kepadanya beberapa perkara :

1 – Macam mana soalan kubur tadi boleh jawab?
2- Bagaimana boleh balik rumah…..dah mintak kebenaran malaikat?....
3- Best ke duduk dalam kubur…macam mana rasanya azab kubur tu?
4-Kepala tu kemek baru lepas kena penukul ke?

HAHA...USAHLER BUAT LAWAK WEH!!!

Kalau kita yg mengaji dan banyak mengkaji hadis…
maka berdasarkan hadis di atas…
yg mati takkan kembali ke dunia kerana hubungannya dengan dunia dah putus…
dan bagaimana pula si arwah balik dengan kain kapannya…?
apa yang si mati beritahu pada malaikat….
minta off siksa kubur…?
untuk pulang bercuti???.....u
ntuk balik rumah.. 
makan nasi….
lapar la 
malaikat…?


Oleh itu kepada mereka yg suka sangat cerita hantu….
tahyul….
anggaplah hantu itu tipu daya syaitan yg menyesatkan….
dan janganlah lagi disandarkan kepada yg telah mati….
kerana yang telah mati takkan kembali lagi…..
tetapi doalah untuk si mati…
semoga diampunkan dosa dan dimasukkan ke dalam syurga…..
bukan menghinanya dengan menuduh si mati bangun dan mengacau orang lain….
kan menambah dosa si mati tu………..

He he he…
kalau berani interview pocong silakan….
kite tengok sape yg lari...
aku jangan kome suruh …
eeeiiii….
seram aku….
tak sio teman nak memikiornye ahhhh…. 

usahlah kita mempercayai perkara2 khurafat!!!
fikir2 kan lah...

Jumaat, 2 Disember 2011

personaliti lelaki mengikut horoscpe

aries (21 Mac – 20 April)
Orang Nya: Anak mak! Smart mamat. Intelligent (boleh la….)
Tips utk memikat: Bagus untuk minah-minah tudung (NO OFFENCE) but its true..
Jejaka Aries suka wanita yang sopan, tata-tertib.. sebab nak bawa tunjuk mak so
kena lah bawa balik yang bagus punya.
WARNING: Jika anda betol anda rasa kes ini pilihan anda, pilih lah. Kalau tidak,
jangan lah main-mainkan hatinya. Hati dah luka sukar nak dibaiki. Macam moto
yang dah rosak, makan bulan diworkshop baru baik.
 
Leo (24 Julai – 23 Ogos)
Orang nya: Penyayang, warm hearted, tidak kedekut bila mahu berkongsi kesenangan
dan kemewahan dengan orang yang disayangi nya. Jejaka Leo ini juga seorang yang
ambitious, self-centered tapi tak ego.(kadang-kadang je ego). Pandai
berkata-kata.
Tips utk memikat: Sebagai perempuan, harus lah menunjukkan kewanitaan yang
selembut-lembutnya. Kena tahu bagaimana menilai dan menghargai setiap ciri dan
kualiti ada pada jejaka leo.
WARNING: Jangan.. saya ulangi.. JANGAN bercakap atau memuji lelaki lain di
hadapan LEO. Mereka tak suka dibanding-bandingkan dengan orang lain.. mereka tu
sensitif! Sikit sikit tak boleh, nanti merajok, balik bilang mak.
 
Virgo (24 Ogos – 23 September)
Orang nya: Pemalu, tak pandai mengawal emosi, ceng’eng. Suka mencari perhatian
dari perempuan.
Tips utk memikat: Lelaki Virgo suka yang pendiam, tak kecoh, sofisticated,
simple, jangan banyak cakap..(cerewet pulak si virgo nie) So kenalah pandai
menyerlahkan nilai-nilai kewanitaan, gaya yang manis, kelembutan dan tak lupa
kesabaran..(virgo ceng’eng.. kuat merajuk)
WARNING: Bila pergi dating, jangan pakai yang ter “over welming”.. virgo ini
gatal..(chicky duck) kalau dia over gatal, kasi jer flying kick sama dia.
 
Libra ( 24 September – 23 Oktober)
Orang nya: Cerewet, posessive, takes things lightly when comes to quarrel tapi
jujur dlm segala hal. Suka buat keputusan `last minute`. Seringkala kontrol diri
depan perempuan.
Tips utk memikat: Senang aje.. Libra suka perempuan yang ceria, happy go lucky..
SO be urself.
WARNING: So bila nak date.. makai lah make-up yg sederhana.. tapi jangan lupa
cover-up pimple jika ada.. a big turn off for Libra pasal diorang ingat diorang
nie semua hensem.
 
Scorpio ( 24 Oktober – 23 November)
Orang nya: Action serius, mudah cemburu, mood swing..
Tips utk memikat: Sentiasa menghargai nya.. nak bergayut di talifon berjam-jam
pun takpe! janji dengan dia, kerana Scorpio ini macam Libra juga, posessive. Tak
suka berkongsi perempuan nya dengan orang lain.
WARNING: Buat pilihan yg betol bila mahu memikat scorpio, kerana bila dah
terjerat susah nak escape dari scorpio…(jangan kata tak kasi warning)
 
Cancer ( 22 Jun – 23 Julai)
Orang nya: Segak, Step kaya, bermurah hati, suka menunjuk-nunjuk dengan
kemewahan.. tetapi mereka adalah sebalik nya..(berhati-hati ya)
Tips utk memikat: Jangan pulak anda pun nak step kaya… nanti habis duit dikebas.
WARNING: TOLONG Jangan terpedaya dengan kata manis nyer.. first first manis,
kalau dah lama jadi masam.. kadang kadang jadi basi…
 
Sagitarius ( 23 November – 21 December)
Orang nya: Fu.. yoh.. siapa dapat memang untung… Sagitarius org nya happy aje..
suka (bergembira tepok tangan sama2.. la la la..) bawa partner jalan-jalan..
Sort of adventurous.
Tips utk memikat: Sentiasa ada kan plan bila nak keluar.. tengok wayang ke?
kanoeing ke? Anything asal kan jangan membosan kan…
WARNING: Jangan “u plan.. i plan lah”..’confirm tak ada plan’.
 
Capricon ( 22 December – 20 Januari)
Orang Nya: Egoistic, ada batu duduk di atas itu kepala, pendek kata Capricon
seorang yang sukar nak meluah kan perasaannya. Jarang sekali anda akan mendengar
dia melafazkan ‘cinta’ pada anda.
Tips utk memikat: COOL aje sis.. nak tekel mereka bukan mudah.. jangan give in
selalu.. ajar sikit.. mereka jual mahal.. kita jual lagi mahal
WARNING: Macam layang-layang putus tali.. jual mahal.. mahal jugak sis.. jangan
mahal sampai terputus tali.. melepas lah kau nanti…
 
Aquarius ( 21 Januari – 19 Februari)
Orang Nya: Pijak semut tak mati… Suka yang cantik dan menarik perhatian.
Tips utk memikat: Kacang aje.. sentiasa berpakaian cantik, glamer.. comfirm dia
sentiasa nak berkepit aje dengan you.
WARNING: Lelaki Aquarius nie cepat bosan dengan orang.. so sebelum dia tinggal
kan kita.. kita blah dulu
 
Pisces (20 Februari – 20 Mac)
Orang Nya: Segak, bergaya, ngada-ngada, choosy.. Mudah perasan. walaupon tak
hensem..
Tips utk memikat: Senyum sikit kat dia, mesti dia akan ingat sampai bila-bila.
WARNING: Mungkin bakal jadi playboya.
 
Taurus (21 April – 21 Mei)
Orang nya: Mencabar. garang seperti singa, takut seperti tikus. Mereka tidak
tetap dengan pendirian sendiri. Suka Bantu orang lain.
Tips utk memikat: Low profile sikit, mereka suka sesuatu yg mencabar, let him
find out the real you…
WARNING: Kadang-kadang diorang suka buat kelakar seorang seorang… kesian takde
orang lain layan…
 
Gemini (22 Mei – 21 Jun)
Orang nya: Mudah Gemok! egoistic, tak suka kalah. Kalau ada debate, jangan harap
anda nak menang.. dalam apa-apa persoalan jua mereka ada aje alasan nya
Tips utk memikat: Sabar aje lah.. be patient. Sebagai perempuan, mengalah lah
sikit.. lambat laun hati nya akan lembut jugak.. Lelaki Gemini nie suka pada
perempuan yang lembut, hatinya akan lembut jua.
WARNING: Jangan bersikap terlalu kasar dengan nya.. kalau dah tak tahan dengan
mereka.. blah aje jangan banyak cakap.. mereka panas baran. Tak guna bertengkar
anda tak akan menang punya pasal diorang nak menang jer….

kurang membelai sang suami maka padahnya suami curang

Benarkah lelaki curang sebab isteri malas membelai? Lelaki selalunya akan memberikan alasan isteri tidak lagi memberikan perhatian atau isteri tidak lagi mengancam atau isteri itu ini begitu begini, untuk menghalalkan tindakan mengapa mereka curang. Zalim sungguh kaum Adam, ya. Biar seribu alasan yang boleh mereka beri, saya ingin mengajak kaum Hawa dan kaum Adam meluangkan sedikit masa membaca entry kali ini.
Isteri diciptakan untuk menenteramkan hati suami. Seberapa berat pun tugas dan peranannya dalam rumahtangga, isteri yang baik akan sentiasa bersedia menyediakan hatinya untuk suami merasakan keselesaan. Mengapa hati? Ya, kerana hati anda adalah punca kesempurnaan keperibadian anda di sisi suami.
Bayangkanlah jika hati anda sakit, mesti porak peranda isi rumah, anak-anak disakiti perasaannya, suami pula umpama penjenayah yang dimusuhi. Tiada sedikit pun kebaikan suami yang diingat, semua terkubur hanya kerana anda tidak puas hati dengan kesalahan remeh yang dilakukannya.
Jika hati isteri sakit, dia hanya mahu suami memujuk dan membelai, mengalah dan kalau boleh mencium kaki meminta maaf. Tetapi, dia tidak sedar bahawa suami pun memiliki hati yang akan terluka jika terus menerus ditekan dan dipersalahkan atas semua konflik yang berlaku.
Suami juga manusia yang perlukan belaian, kasih sayang dan teman untuk berkongsi rasa. Dia bukanlah sebuah robot yang hanya tahu menjalankan tanggungjawap, menyelesaikan tugasan dan menyediakan diri untuk semata-mata berkhidmat. Suami dan isteri hakikatnya sama-sama memiliki perasaan dan akal fikiran.
Satu kelemahan yang amat ketara dalam diri suami dan isteri adalah kurangnya kemahiran membelai pasangan. Bukan hanya isteri yang mempunyai masalah sebegini, suami pula kadang-kadang memandang remeh masalah ‘sentuhan’ ke jiwa isteri.
Beban kerja di pejabat yang sudah terlalu berat, ditambah pula usaha mencari pendapatan sampingan di luar waktu pejabat yang memenatkan fikiran dan tubuh badan, di rumah suami mesti bertarung pula untuk mempastikan perasaan isteri tidak tercedera. Masa amat mencemburui mereka berdua, kadang-kadang sentuhan dan belaian yang diberi seolah-olah sekadar basa-basi sahaja. Lebih teruk lagi, mereka telah kepenatan dengan komitmen lain sehingga sama-sama rela tidak dibelai dan membelai.
Apabila mereka lebih banyak menghabiskan waktu dengan teman sekerja dalam menjalinkan hubungan sosial dengan orang lain, maka tiada maknanya perkahwinan itu berdiri. Masing-masing tidak mampu menjalankan fungsi dan tanggungjawapnya kepada pasangan.
Akibatnya terjadi banyak perceraian dalam kehidupan metropolitan yang mencabar iman kerana suami dan isteri tidak memiliki masa yang cukup untuk bersama. Sebenarnya benang yang kusut itu dapat dileraikan jika mereka mahu berusaha dan bekerja keras mendapatkan kembali belaian dari pasangan masing-masing. Jadi bagaimana teknik membelai pasangan untuk mereka yang sibuk?
Berjanjilah untuk menjayakan pertemuan dengan gembira
Sudahlah jarang bersama, masing-masing kepenatan jadi apabila bertemu, ambil peluang pula untuk bercakaran. Simpan dulu rasa tidak puas hati terhadap pasangan, tinggalkan dulu pakaian dari dunia luar sana yang penuh tekanan dan kesedihan, gantilah dengan baju baru, suasana baru dan pembawaan imej diri yang segar, ceria dan gembira.
Bukan anda seorang saja yang mesti melakukannya, tapi buatlah ‘aku janji’ dengan pasangan anda jika bertemu, kedua-duanya mesti melupakan kesedihan dan stress dari luar rumah. Pertemuan yang indah tidak akan berjaya jika suami melampiaskan kemarahannya kepada isteri akibat tekanan dari luar, begitu pula isteri yang suka merungut di depan suami semua serba tak cukup, susah dan mengadu perkara-perkara yang tak sedap didengar telinga suami. Cubalah berjanji dengan pasangan, setiap kali bertemu, anda berdua mesti melupakan kesedihan dan tekanan sebaliknya meraikan pasangan dengan gembira.
Singkirkan gangguan yang menjejaskan misi romantik
Suami perlu bersedia apabila berjumpa isteri, begitu juga dengan isteri, sekurang-kurangnya menyikat rambut dan memakai pakaian yang wangi dan cantik. Mereka mesti pandai membangkitkan syahwat pasangannya dengan pelbagai gaya romantik, tidak semestinya berakhir dengan hubungan seks, sekurang-kurangnya sentuhan dan belaian ikhlas itu boleh menenteramkan hati.
Singkirkan rasa malu, takut bertepuk sebelah tangan dan keraguan untuk membelai pasangan. Kalau anda tidak mulakan, Mungkin tiada peluang lagi untuk memperbaiki hubungan. Kalau suami mengeluh kepenatan, anda boleh melakukan urutan untuk melegakannya. Suami mesti adil jika isteri mennyentuh, sekurang-kurangnya berikanlah respons positif.
Jangan habiskan malam di bawah kawalan internet dan membiarkan isteri putus asa di dalam bilik tidurnya. Agihkan masa dengan bertanggungjawap, jika mahu melakukan sesuatu, ajaklah isteri bersama-sama.
Libatkan isteri walaupun anda terlalu sibuk, sekurang-kurangnya minta dia duduk menemani anda sambil bersentuhan kulit. Isteri pula jangan leka dengan anak-anak sehingga melalaikan suami. Setiap malam tidur bersama anak dan suami pula tidak berpeluang merasai hangatnya degupan jantung isteri.
Masa bersama pasangan menjanjikan syurga
Sekali lagi anda mesti mengejar masa. Masa bersama suami adalah ibadah yang akan mendatangkan ganjaran besar. Dari mula memandangnya, bercakap manis dan menyentuhnya, mempamerkan senyuman ikhlas, ketawa bahagia dan lupakan sengketa adalah pahala.
Menyediakan segala keperluan, mengenyangkan perut dan menghapuskan dahaga akan mengalirkan pahala ke dalam catatan amal seorang isteri. Suami pula membalas kebaikan isteri dengan layanan yang lebih baik lagi seolah-olah sedang membina mahligai cinta mereka di syurga.
Pasangan anda adalah sumber pahala dan kebaikan, Namun mereka boleh berubah menjadi mimpi ngeri dan neraka hidup jika anda tidak melayan pasangan dengan niat ibadah kerana Allah.
Belaian iman jangan dilupakan
Kadang-kadang semua telah pun dilakukan untuk membuat pasangan anda bahagia, dengan pengorbanan mental, fizikal dan wang ringgit yang tidak terkira. Namun tidak jua datang harapan indah hidup bersamanya. Mengapa? Kerana anda dan suami melupakan belaian iman di jiwa.
Kembalilah kepada agama, tuntunlah pasangan anda mendekatkan diri kepada Allah. Hubungan yang rapat dengan Tuhan akan membersihkan hati, menguatkan keyakinan dan mendatangkan cinta yang tulus. Iman pasti mampu menjaga setiap pasangan dari penyelewengan nafsu yang memburu.

tanda2 lelaki kekurangan duit hehe


Tiada ribut dan angin, sikapnya tiba-tiba menjadi berubah. Daripada seorang periang terus menjadi pendiam. Apa yang cuba dilakukannya hanyalah ingin menemani kamu, mengajak menikmati makan malam di gerai murah, lebih gemar mendiamkan diri dan tidak lagi bergayut panjang melalui telefon bimbit.

Persoalannya, “Adakah si dia sudah poket kering, tetapi malu untuk memberitahu” atau “apa yang harus aku lakukan sekiranya dia langsung tidak mahu berterus-terang?”

Bagi lelaki, perkara paling sensitif dalam hidup mereka apabila disentuh soal kewangan. Jadi, mereka tidak akan sesekali memberitahu kepada kamu tentang masalah berkaitan wang ringgit.

Sebagai kekasih, kamu seharusnya memahami situasi yang dihadapi dan jangan menambahkan lagi kekusutan difikirannya.

Intim minggu ini berkongsi tip di saat si dia berhadapan dengan masalah melibatkan kewangan. Kamu perlu bertindak membantunya sekiranya si dia memperlihatkan tanda-tanda seperti berikut:

Menghabiskan masa di rumah
Setiap kali tibanya hujung minggu, si dia lebih gemar menghabiskan masa bersama ahli keluarganya di rumah daripada keluar bersama kamu.
“Daripada keluar tidak berduit, lebih baik aku menghabiskan waktu untuk tidur dan bersantai di rumah.” Keputusan yang dibuatnya itu atas alasan ingin bebas daripada beban kewangan.

Menonton DVD sebagai hobi
Saat si dia poket kering, menonton DVD di rumah lebih memberi keuntungan daripada keluar bersiar-siar atau menonton wayang.
Alasannya: “Hanya perlu menonton beberapa keping DVD sambil menikmati makanan ringan, ringkas dan praktis.”

Makan di gerai murah
Sebelum ini, si dia sering mengajak kamu menikmati hidangan di restoran-restoran eksklusif dan mewah. Tetapi kali ini, dia mengambil keputusan membawa kamu ke gerai murah.

Pulang awal
Selepas menjemput kamu dari pejabat, dia terus membawa kamu pulang ke rumah. Padahal, kebiasaannya si dia selalu membawa kamu keluar makan bersama.
Alasannya: “Sebenarnya, memang saya berhajat untuk membawa kamu keluar bersama, disebabkan badan terasa lemah, apa kata kita pulang saja.”

Tiada hadiah ulang tahun
Selama ini, si dia tidak pernah ketinggalan memberi hadiah menjelang ulang tahun kamu berdua atau menjelang hari-hari istimewa. Tetapi kali ini, si dia hanya memberikan ucapan tanpa pemberian sebarang hadiah.
Alasannya: “Saya belum menemui sebarang hadiah yang sesuai buat kamu, sabar ya…”

Hindari ajakan ke pusat beli-belah
Si dia kelihatan tidak tenang apabila kamu mengajaknya ke pusat beli-belah. Mungkin si dia takut apabila kamu menyuruhnya membelikan sesuatu untuk kamu.
Alasannya: “Lain kali sahajalah kita pergi.”

Destinasi legenda jadi pilihan
Tidak seperti biasa, si dia mengajak kamu mengunjungi ke tempat-tempat peninggalan sejarah lampau seperti muzium mahupun zoo.
Alasannya: “Ia merupakan destinasi yang aman dan tenang untuk kita berdua.”

Hanya menemani
“Maaf, saya sudahpun menikmati hidangan di rumah, saya teman kamu saja ya?” Itulah jawapannya ketika kamu mengajaknya makan di luar. Dengan kata ‘menemani’, ia bererti tiada keperluan untuknya membelanja kamu.

SMS sahaja
Kebiasaannya, setiap saat dan minit si dia rajin menelefon kamu, tetapi kali ini dia lebih gemar menghantar mesej menerusi khidmat pesanan ringkas atau SMS.
Alasannya: “Apa kata kita SMS sahaja, pasti lebih murah dan berbaloi.”

Kereta rosak
Tanpa kamu bertanya, si dia menceritakan soal berkaitan keretanya yang kian meragam. “Selalunya ok, tetapi hari ini saya terdengar suatu bunyi pada enjin, takutnya… Kenapa ini.”
Begitulah alasannya. Si dia mungkin sukar berterus-terang kepada kamu tentang masalah kewangannya dan dia mengharapkan kamu faham keadaan itu melalui perubahan tingkah lakunya..