kehormatan :)

kehormatan :)

Isnin, 28 November 2011

kekejaman wanita terhadap lelaki

Berikut adalah 10 perkara yang menjadikan seseorang lelaki mangsa kekejaman seorang makhluk tuhan yang digelar perempuan. Fakta oleh Fox News.
10. Nombor Telefon
Katakan anda adalah seorang lelaki dan telah berhempas pulas untuk menarik perhatian gadis idaman anda sekaligus mendapatkan nombor telefon si dia. Ya, akhirnya dia kelihatan tertarik kepada anda dan si dia memberi nombor telefon kepada anda. Tetapi bukan nombor telefon dia, tetapi jiran sebelah dia.
9. Kedai percuma
Berhati-hati apabila anda mempunyai kawan perempuan tahap ‘HOT’ baik punye kerana apabila si dia malas untuk keluarkan duit atau ingin rasa dihargai, dia akan mula mengambil handphone dan mencari mangsanya untuk diajak keluar. Kemudian apabila keluar, dia akan mula menunjukkan perangai manje al-gediks semata-mata untuk mendapatkan semuanya secara percuma…Pokai..Pokai….
8. Parasit
Perempuan jenis parasite ini adalah seseorang yang merasakan diriya tidak boleh hidup tanpa berpasangan dengan lelaki. Selagi masih belum jumpa lelaki baru, dia akan terus menghisap segala-galanya daripada anda. Apabila si dia jumpa lelaki yang lebih ‘baik’, dia akan tinggalkan perhubungan yang sedia ada dan mula hinggap ke mangsa yang baru. Segala kata-katanya adalah murahan semata-mata.
7. Ratu Putar Emosi
Menangis…Menangis…Menangis…. Sedingin mana pun lelaki terhadap perempuan, tetapi apabila perempuan mula menangis, lelaki akan mula gelabah dan cari jalan untuk buat perempuan berhenti menangis. Kalau kena yang jenis kuat menangis lepas tu manja, sengsara….
6. FizikalKadangkala susah jugak kalau perempuan ni terlebih pandai. Perempuan akan sesenang hati pukul, debik, dan belasah lelaki tetapi apabila lelaki mula angkat tangan, mulalah kata ayat biasa dia.
“Lelaki tak elok pukui pompuan taw…Dayus…”
5. Kritik
Perempuan tahu malu kalau kena kritik di khalayak umum tapi perempuan tak sedar kadangkala percakapan dan pebuatan dia telah mengkritik lelaki di khalayak ramai dan lebih tak berhari perut sehingga menjatuhkan maruah dan ego seorang lelaki.
4. Available
Anda sebagai seorang lelaki terlalu sayangkan kekasih anda tetapi si dia seolah-olah menganggap dirinya masih available dengan menjadi tumpuan lelaki dan membenarkan bermain cinta dengan lelaki lain dan bagi dia, ianya satu kepuasan!
3. Seks
Seks umpama nyawa kepada lelaki. Namun apabila seorang suami mengajak isterinya untuk ‘ehem…ehem.. dan isterinya menolak tanpa alasan yang tak munasabah, itu sesuatu yang memang kejam! Terseksa jiwa dan raga akibat memendam rasa…
2. Kawan Vs Awek
Si dia tahu anda akan keluar untuk tengok bola final ‘Liga Juara-Juara’ dengan kawan-kawan, tetapi dia dengan ‘slumber dog’ telefon anda untuk datang berjumpa dengannya, kalau tak datang, putus hubungan. Lepas tu kalau nak join tengok bola tak apalah jugak. Ini cuma hanya sebab nak katakan dia cinta anda dan rindukan anda…
1. Mengurat
Kalau lelaki lain mengurat kekasih atau gadis idaman anda mungkin masih boleh ditumbuk-tumbuk lelaki tersebut. Tetapi perempuan memang betul-betul kejam apabila dia tahu anda cinta dan sayangkan anda tapi sengaja mengurat lelaki lain dihadapan anda dengan cara layanan yang tidak pernah anda sendiri rasakan.. Terbako!!! Terbako yang oiii!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan