kehormatan :)

kehormatan :)

Jumaat, 27 Januari 2012

apa yg perlu d buat bila si dia mengis :)

Tidak semua dikalangan kita dapat mengawal emosi apabila berdepan dengan sesuatu krisis dan ia mungkin akan menyebabkan kita rasa ingin menangis sebagai salah satu cara untuk melepaskan tekanan. Kaum wanita dilihat lebih cenderung untuk menangis berbanding lelaki namun ia bukan bermakna lelaki langsung tidak menangis.

5 Perkara Yang Patut Dilakukan Apabila Pasangan Anda Menangis


Apabila pasangan anda melalui saat emosi dan memperlihatkannya dengan cara menangis, apa yang anda akan lakukan? Tindakan anda ketika ini haruslah boleh mengembalikan mood mereka semula dan jangan sampai menyebabkan pasangan anda berasa lebih teruk lagi.

Di bawah ini disenaraikan beberapa tips untuk anda apabila menghadapi keadaan pasangan anda yang sedang menangis atau bersedih.

1. Apabila pasangan anda menangis, jangan abai dan biarkan saja kerana ia adalah satu tanda mereka perlukan perhatian. Wanita lazimnya lebih sukakan seseorang yang mampu mendengar luahan kata mereka ketika mereka sedang bersedih. Janganlah anda bertindak menjauhkan diri ketika ini.

2. Jadilah pendengar yang setia. Diam dan dengar apa yang ingin pasangan anda katakan kerana itulah yang mereka mahukan daripada anda.

3. Jangan beritahu pasangan anda sama ada dia di pihak yang benar atau salah dalam keadaan itu. Jikalau dia bersalah sekalipun, dengarlah apa yang ingin si dia kata dan rungutkan. Si dia mungkin tahu dia memang salah tapi pada masa itu dia tidak mahu mendengar tentang hal itu.

4. Pinjamkan bahu anda (untuk yang berkahwin saja ye). Jangan duduk jadi tunggul kayu saja. Wanita sangat sukakan sentuhan daripada lelaki kerana ia membuatkan mereka berasa selesa.

5. Jangan memberi nasihat kecuali diminta. Wanita biasanya tidak sukakan anda memberi nasihat atau bercakap sesuatu yang boleh melukakan hati mereka apatah lagi di saat mereka sedang berduka. Lebih baik lagi anda elakkan dari ayat begini “..kan saya dah bagitau tadi ..bla bla bla…”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan