kehormatan :)

kehormatan :)

Isnin, 9 Januari 2012

sedarkah kamu semua tentang proton n perodua ??

Tidak ada rakyat Malaysia yang tidak mengenali Proton. Dan tidak ada rakyat Malaysia yang tidak sedar akan ketenatan yang Proton sedang alami. Atau mungkin kita sedar tapi kita tidak ambil kisah kerana kita fikir ianya tidak berkaitan dengan kita.
Ibarat seekor pipit yang mahu berkawan dengan enggang, Proton ditolak mentah – mentah oleh Peugeot-Renault, dan menunggu jawapan dari Walkswagen, seekor helang yang tidak memandang pipit, malah tidak memandang burung lain yang lebih kecil darinya. Jika anda tahu cara kerja orang Eropah, jika mereka fikirkan keadaan teori menang – menang (win win), mereka akan terima tawaran itu secepat mungkin. Namun, jika “hanya-satu-pihak-untung-satu-pihak-tak-dapat-apa-apa”, orang Eropah akan berdiam diri… Wan dah selalu kena. Sebagai contoh, kalau kita ada masalah talian internet, orang akan datang baiki segera, sebab mereka boleh claim elaun kerja luar pejabat, elaun makan dan elaun pengangkutan, dan kita pula dapat internet seperti biasa (situasi win – win). Tapi kalau wan claim insuran, berminggu baru dapat. Sebab hanya kita yang untung, syarikat sana rugi. Mereka akan buat dunno je.. tak angkat phone, tak reply email dan sebagainya…
Begitu juga keadaan Proton dengan Walkswagen. Bukannya Walkswagen tak boleh buat keputusan dalam mesyuarat bulanan, sebenarnya jawapan telah ada sejak bertahun lepas, namun mereka simpan keputusan.. buat dunno je.. Cuba korang kasi satu keuntungan yang Walkswagen akan dapat jika berkerjasama dengan Proton. Ok la, i will pay u RM50 per reason.. tak der kan? Selamat duit aku. (mmg aku tau, mmg takder)
Persaoalannya, kita tahu bahawa Proton tenat dan adakah kita sedar bahawa kita sedang merawatnya? Anda fikir, berapa yang anda sanggup bayar supaya Proton terus hidup? RM2 per person? No lah! Anda, pengguna Proton, sanggup membayar sehingga RM30000 untuk menyaksikan Proton terus hidup! Kenapa saya berkata demikian?
Lihat harga Proton Perdana, ianya RM92000 dan tahan 5 tahun. Lihat harga Mercedes Benz C200k, ianya RM180000 dan tahan 15 tahun. Kemudian, lihat harga Mercedez Benz tersebut di Eropah, ianya ialah 14400euros ataupun RM66528. Jika harga C200K dan Perdana adalah sama seperti harga asal (rm92k berbanding rm66k), adakah anda akan memilih Perdana?
Namun, sebagai seorang rakyat yang mahu menegakkan kembali Proton yang telah lumpuh (ada menteri mengaku bahawa Proton sudah tiada daya saing), kita sanggup membayar sehingga hampir RM30000, semata mata mahu memakai Proton dan bukannya MErcedes. Jika kita menutup mata dan berfikir sejenak, jika tiada Proton, semua pemandu Perdana sekarang sedang memandu Mercedes Benz C200K. Ada bantahan?
Kita sanggup membayar mahal supaya Proton terus bernafas, seterusnya kita sanggup membayar mahal untuk nyawa kita. Tidak keterlaluan kalau wan bgtau, bahawa lebih 70% kemalangan membabitkan kehilangan jiwa di Malaysia, selain motosikal, adalah membabitkan Proton (dan juga Perodua). Belek surat khabar, semuanya pasal Gen2, Waja, Iswara, Wira, kemudian kembali kepada Gen2, Perdana, Gen2, Waja… Balik balik, kereta Proton juga kan?
Kita sanggup membayar mahal, seterusnya menghilangkan tahap keselamatan. Kenapa kita wajibkan pemasangan tali pinggang keledar, dan bukannya mewajibkan penggunaan beg udara? Di Eropah, kebanyakkan kereta dilengkapi dengan beg udara, ianya lebih berkesan ketika kemalangan berbanding tali pinggang keledar. Namun, dalam model Proton, boleh dikira dengan jari tangan kanan sahaja, bilangan variasi model Proton yang ada beg udara.
Proton sebenarnya mendera pengguna. Bila menyebut kita mampu memiliki Savvy pada harga RM34k, sebenarnya kita mampu memiliki Peugeot 206 pada harga yang sama! ataupun Swift, atau kenderaan lain, yang jauh lebih bermutu dari Savvy, dan jauh tahan lebih lama.
Anda fikir kita tabah dengan keadaan sekarang? Wan sebenarnya kasihan kepada kita yang memandu kereta tempatan (termasuk wan sendiri). Perhatikan di sekeliling kita, betapa banyaknya Perodua Kancil yang diadjust menjadi Daihatsu Mira, betapa banyaknya Perodua Kenari yang disobek menjadi Daihatsu Move dan betapa banyaknya Waja, Wira dan Perdana yang dimekapkan menjadi Mitshubishi!
MAlah, wan pernah tengok Proton Gen2 diubah menjadi Mercedez Benz C200 Aeroback. 90% manjadi. Mungkin pemandu itu tidak sedar bahawa dia mampu memiliki C200 Aeroback yang sebenarnya jika Proton tidak wujud!
Sebenarnya, semua pemilik yang mengubah model di atas, adalah mereka yang mampu memiliki Mira, Move, dan mana mana model Mitshubishi.. percayalah, kalau kita ada RM30000 di Jepun, kita akan beli Honda Jazz di sana, dan bukannya menyimpan duit dan membeli Savvy di Malaysia. Dan jika kita ada RM90000 di Eropah, kita akan membeli BMW, Walkswagen, MErcedes ataupun Volvo pada harga tersebut, selain tidak memasukkan Proton dalam list pilihan.
Memetik iklan Petronas: “Jalan mesti ke hadapan, bukan ke belakang”. Namun, Proton sedang mengundur ke belakang dan bukannya maju ke depan! Bandingkan sahaja model Waja keluaran tahun 2000 dengan Gen2 keluaran 2005. Apa komen pengguna Gen2 yang pernah memandu Waja? Sekadar menyebut dua komen. Pertama, bila hendak bukak bonet Gen2, kita perlu buka melalui pintu pemandu dan tidak boleh menggunakan kunci, kereta tidak ada port untuk kunci di bonet Gen2. Kedua, tidak ada lampu berhampiran tempat sumbat suis di Gen2, tapi ada lampu di Waja. Bukannya ianya adalah sesuatu yang berundur ke belakang, kerana lampu di tempat cucuk suis itu adalah benda yang berguna di waktu malam bila nak pergi beli KFC jam 3 pagi?
Kita fikir, Perdana adalah kereta rasmi kepada semua Menteri. Semua menteri, orang kuat kerajaan, pegawai tinggi dan sebagainya, akan memakai Perdana yang dibeli borong oleh kerajaan pusat atau kerajaan negeri. Namun persoalannya, adakah menteri juga sanggup menaiki Perdana? Tidak keterlaluan jika dikatakan ada menteri yang tidak pernah menaiki Proton, malah tidak pernah menyentuh dengan tangan mana2 model atau variasi Proton!
Ianya sekadar kenderaan rasmi jika ada lawatan rasmi atau urusan rasmi. Di luar waktu pejabat, menteri akan menggunakan kereta-bukan-buatan-tempatan untuk pergi bershopping di Isetan, mahupun 7-Eleven! PErnah tengok menteri turun dari Waja, beli prepaid ataupun Utusan Malaysia kat 7-Eleven?
Itu sajer.. Kalau kita sedar, semua menteri memakai kereta lain, selain Proton Pzrdana yang terpaksa dipakai tersebut. Semua menteri biasanya akan ada sebijik Mercedes Benz, paling cikai pun, ialah E230 warna biru tua, paling banyak ialah S320 warna silver dan paling mewah ialah S55 warna silver… pusing2, model sama, warna sama. Percayalah!
Sebabnya, jika kita berfikir seperti menteri, kita tidak akan nampak kelebihan Proton. Kenapa perlu dibangga dengan Proton? Kenapa perlu dibangga dengan benda yang mendera rakyat membayar lebih mahal?
Malah, jika diambil kira negara yang tidak mengeluarkan kereta, iaitu the Emirates UAE, semua rakyat yang tinggal di downtown Abu Dhabi, kawasan skyscapers di Dubai ataupun lembah Ajman memakai kereta import yang berharga murah di sana. PErnah baca artikel mengenai pelajar MAlaysia memakai BMW 5series baru di sana? Anda tahu berapa harga kereta BMW 5series tersebut di sana? Ianya adalah lebih murah dari harga Perdana di Malaysia! Dan ramai pelajar memakai perdana di Malaysia kan? Sepatutnya pelajar yang memakai PErdana memandu BMW 5series.
Berapa harga CRV di JepuN? Ianya adalah RM71,537.40… Murah sedikit berbanding Naza Citra kan? kalau hantar balik + kontena + cukai levi seme dlm rm20k-25k, harga CRV akan menjadi RM95000, mahal sikit berbanding Perdana, namun sangat murah berbanding kualiti!
DI Indonesia, mereka mempunyai projek kereta yang diberi nama Timor. Pembuatan kereta nasional ini bermula pada tahun 1994 dan dimiliki oleh Tommy Soeharto, anak kepada presiden Soeharto. Projek ini menyebabkan harga kereta import ke Indonesia menjadi meningkat dengan mendadak. Situasi yang sama berlaku di Malaysia tanpa kesedaran kita. Kereta Timor ini mengambil model kereta KOrea Selatan, Kia Sephia. Namun, krisis ekonomi Asia pada 1997 menyebabkan KIA terpaksa bergabung dengan Hyundai pada 1998 dan keruntuhan rejim Soeharto, maka projek Timor diberhentikan dan harga kereta import di Indonesia menjadi rendah sehingga 50%, mengambil contoh Toyota Avanza dijual pada harga RM40k.
Ramai mengaku bahawa Proton sudah tidak berdaya saing. Jika di Germany, kita lihat peperangan sihat antara BMW dan Mercedes, seperti mana kita lihat persaingan tiga penjuru antara Nissan, Toyota dan Honda di Jepun. Kesannya, rakyat mempunyai variasi baru untuk pilihan kenderaan model Honda dan Toyota. Lihat saja senarai model Toyota.. sekadar menyenarai beberapa model Toyota, kita ada Toyota Celica, Coaster, Corsa, Brevis, Altezza, Corolla (yup), Echo, Opa, Origin, Sienna, Vista.. dan paling laku ialah Hilux, Wish, Camry dan juga Yaris. Rasanya tak perlu Wan listkan model Honda, anda boleh lihat sendiri di sepanjang jalan Malaysia… Oddssey dan Stream contohnya…
Percayalah, semua pemandu Perdana sekarang sepatutnya memandu S320, semua pemandu waja patut memandu E230 dan pemandu Gen2 patut memandu C180, at least!
Namun sampai bila kita akan terus membantu Proton dengan membayar lebih RM30000 tiap kali membeli Perdana sedangkan kita mampu memakai Mercedes dan berjimat RM30000? Jawapannya satu: kita perlu tunggu kepulangan mantan PM kepada pencipta terlebih dahulu.
Sorry, i’m sick!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan