kehormatan :)

kehormatan :)

Ahad, 11 September 2011

special forces atm






10 Briged Paratrooper - dikenali sebagai 10 PARA - asasnya adalah satu briged infantri dalam cawangan Tentera Darat Malaysia yang dipertingkatkan menjadi satu pasukan elit didalam ATM. 10 PARA adalah elemen Pasukan Aturgerak Cepat, PAC ATM.

SENARAI KANDUNGAN



SEJARAH

Peranan 10 Para ini pada mulanya adalah sebuah pasukan serangan negara pada masa berlakunya peperangan atau darurat. Penubuhan Briged Payung Terjun ini telah dicadangkan oleh badan penasihat pertahanan Malaysia pada akhir tahun 1970an sebagai salah satu daripada rancangan pemodenan bagi sistem ketenteraan Malaysia. Pada asalnya rancangan ini tidak mendapat sebarang sokongan daripada pihak kerajaan yang dianggap berpunca dengan kaitan terhadap formasi briged ini yang bakal menjadi kesangsian oleh negara jiran, khasnya Singapura.
Pada bulan November 1988, Malaysia tidak mampu menyahut permintaan untuk bantuan oleh Maldives semasa negara itu dicerobohi oleh organisasi pengganas upahan Tamil. Atas ketidakmampuan untuk memberi bantuan dengan segera, panglima angkatan tentera Malaysian telah mengemukakan penubuhan unit payung terjun dalam organisasi Tentera Darat Malaysia.

Perihal

  • 1988 – satu batalion infantri Tentera Darat Malaysia daripada Batalion ke-8 Rejimen Renjer Diraja telah mendapat latihan payung terjun dan peranan tradisinya sebagai infantri biasa telah ditukarkan kepada batalion payung terjun. Batalion ini menjadi pasukan pertama aturgerakcepat terbaru.
  • 1990 – Batalion ke-9 Rejimen Askar Melayu Diraja dan Batalion ke-17 Rejimen Askar Melayu Diraja telah menerima kelayakan dan menyertai pasukan aturgerakcepat.
  • 10 Oktober1994 – Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad (sekarang Tun) telah merasmikan penubuhan Briged Infantri ke-10 Malaysia sebagai Briged ke-10 Payung Terjun.
  • Oktober1994 - 10 Para menerima latihan aturgerakcepat, dibantu oleh elemen pasukan elit Grup Gerak Khas Tentera Darat Malaysia dan PASKAL Tentera Laut Diraja Malaysia dan dengan melengkapi sokongan operasi oleh TLDM dan TUDM. Di sekitar pertengahan latihan berupa senario menawan semula Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Kedah daripada penceroboh oleh Pasukan Aturgerak Cepat (PAC) diterajui oleh batalion ke-8 RRD (Para).

PERANAN

10 Briged Para asalnya adalah unit infantri biasa yang kini dinaiktarafkan sebagai unit elit payung terjun.
10 Briged Para asalnya adalah unit infantri biasa yang kini dinaiktarafkan sebagai unit elit payung terjun.
10 Briged Para mempunyai berbagai-bagai kemahiran sepertimana tarafnya sebagai sebuah pasukan elit Tentera Darat. Atas sebab itulah juga, 10 Briged Para diakui mempunyai kelebihannya yang tersendiri dan mampu diaturgerakkan dalam masa yang singkat untuk bergerak ke atas mana-mana kawasan operasi sejajar dengan cogankata briged ini -Tindak Pantas.
Kepantasan unit elit 10 Briged Para ini secara tidak langsung telah memberi satu kelebihan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam melaksanakan misinya bagi memastikan keamanan negara terus dikekalkan sehingga sekarang. Dari segi kebolehan, 10 Briged Para adalah pasukan elit payung terjun yang setanding dengan lain-lain pasukan payung terjun di luar negara, misalnya Delta Force Amerika Syarikat. 10 Briged Para sememangnya adalah sebuah pasukan elit yang mantap tetapi pada masa yang sama sentiasa mempunyai sikap merendah diri dan tidak gemar mendabik dada atas kebolehan yang ada. Semangat setia kawan (esprit-de-corp) menjadi teras utama pasukan ini dan juga boleh diumpamakan sebagai sebuah pasukan yang mengutamakan hubungan silaturahim antara setiap anggota dan pegawai-pegawai atasan.

IDENTITI BERET MERUN 10 PARA

Anggota 10 Para memakai beret merun melambangkan entitinya sebagai pasukan elit. Beret Merun yang dipakai oleh pasukan elit ini juga dikenali sebagai Pegasus. Pegasus bermaksud kuda terbangiaitu seekor kuda yang mempunyai sayap dan banyak terdapat di dalam cerita mitos masyarakat barat, khasnya mitos masyarakat Greek. Kehebatan nama haiwan ini telah digunakan oleh pasukan Paratrooper British sewaktu mereka melaksanakan ujian pemilihan ke atas anggota tentera darat British sebelum mereka layak diterima sebagai anggota Paratrooper dan seterusnya layak memakai beret merun. Dalam formasi ini antara syarat untuk melayakkan pemakaian beret merun adalah lulus kursus asas payung terjun dan berjaya menamatkan kursus penyesuaian Beret Merun (Pegasus) 1.

INSIGNIA

Motto
Motto bagi 10 Para dikenali sebagai Tindak Pantas.
Lagu perbarisan
Lagu perbarisan 10 Para ialah Tiada Misi Terlalu Sukar, Tiada Pengorbanan Terlalu Besar, Tugas Diutamakan.
Beret Merun
Digelar sebagai Pegasus. Melambangkan identiti pasukan 10 Para dan juga melambangkan unit payung terjun tentera British semasa Perang Dunia Kedua.
Sayap Berdarah
Gelaran kepada sayap penerjun yang dipakai oleh setiap ahli payung terjun 10 Para. Gelaran ini diberi sempena memperingati pengorbanan pegawai dan anggotanya sepanjang penubuhan pasukan ini.sayap ini juga diguna pakai oleh anggota 69 KomandoPGK PDRM.
Genggaman PARA
Melambangkan gabungan lima jari dalam satu genggaman. Ianya melibatkan kesatuan kepimpinan dan disiplin anggota 10 Para sama ada dari peringkat atasan hinggalah ke peringkat bawahan. Kesemua jari mempunyai maksudnya yang tertentu. Ibu jari mewakili Pegawai Tinggi Rejimen, jari telunjuk mewakili Kolonel Rejimen atau Pegawai Memerintah, jari hantu mewakili pegawai berpangkat RSM, KSM dan PTT kanan, jari manis mewakili PTT Rendah dan jari kelingking mewakili anggota pangkat rendah. Genggaman menunjukkan maksud semangat bersatu hati dikalangan warga 10 Briged Para didalam melaksanakan setiap tugas dan tanggungjawab yang diberikan.

LATIHAN

Anggota-anggota elit 10 Briged Para semasa operasi menggempur lokasi pengganas semasa latihan Ops Pasir di Pulau Berhala, Sabah pada 13 November 2007. Anggota hadapan didapati bersenjatakan mesingan FN Minimi.
Anggota-anggota elit 10 Briged Para semasa operasi menggempur lokasi pengganas semasa latihan Ops Pasir di Pulau Berhala, Sabah pada 13 November 2007. Anggota hadapan didapati bersenjatakan mesingan FN Minimi.
Mana-mana yang ingin menyertai pasukan ini dikehendaki lulus dalam ujian fizikal atau dikenali sebagai Latihan Semangat Waja sebelum layak memakai beret Pegasus dan Sayap Berdarah.
Latihan Semangat Waja ini terdiri daripada:
  1. Senaman perang
  2. Larian hutan berpaya
  3. Mara lasak sejauh 12 kilometer
  4. Pelaksanaan serbuan khas
  5. Latihan 5 kilometer bagi membolos dan mengelakkan diri
  6. Latihan abseilling
  7. Latihan rapelling
  8. Junam selesa
  9. Jalan laju 22 kilometer
  10. Mendaki Gunung Ledang
  11. Ikhtiar hidup
  12. Pandu arah 33 kilometer
  13. Berjalan lasak 65 kilometer
  14. Mendayung perahu tempur sejauh 32 kilometer
  15. Berlari sejauh 7 kilometer
  16. Merentas desa
  17. Larian balak
  18. 32 kilometer bagi larian berpasukan
  19. Larian 42 kilometer
  20. Kawad tempur seksyen dan platun
  21. Kemahiran mengendalikan senjata
Latihan ini untuk ujian mental dan fizikal yang melayakkan diri seseorang itu untuk menyertai pasukan ini.
Latihan khas pula meliputi:
  1. Operasi pendaratan secara taktikal melalui udara (TALO)
  2. Latihan payung terjun
  3. Latihan tempur jarak dekat (CQC)
  4. Latihan penerjun bebas (HALO/HAHO)
  5. Kursus penembak tepat
  6. Kepakaran menggunakan bahan letupan
  7. Kebolehan menembak
  8. Menembak pantas

Setelah berjaya menamatkan kursus, upacara pemakaian Beret Merun dan Sayap Berdarah kepada pegawai dan anggota akan disempurnakan oleh Panglima 10 Briged Para.

KELENGKAPAN

Senjata
PistolSenapang PatahSubmesinganRaifal/KarbinSniper RiflesMesingan
Beretta M92F/SRemington M870HK MP5SD2Colt M4A1 SOPMOD Block IAcc-Int. PMFN MAG
Browning HP Mk.3
HK MP5SD3Colt M16A1 Model 653MacMillan M96FN Minimi
Colt M1911A1

Steyr AUG
HK 11A1
Glock 17




HK P9S




HK USP9




Sig Sauer P226




Sig P2022




Vektor SP1





Data Senjata Pelancar Roket dan Grened
Pelancar GrenedNegaraAnti Kereta KebalNegaraPertahanan UdaraNegara
M203Flag of the United StatesAmerika SyarikatAT-4Bendera SwedenSwedenStarburstFlag of the United KingdomUnited Kingdom
M79Flag of the United StatesAmerika SyarikatCarl Gustav recoilless rifleBendera SwedenSwedenSA-16 Igla 9K310Bendera RusiaRusia
Milkor MGLFlag of the United StatesAmerika SyarikatM72 LAWFlag of the United StatesAmerika SyarikatMisil Anza Mk.IIBendera PakistanPakistan


Eryx SRAAWBendera PerancisPerancisBlowpipeFlag of the United KingdomUnited Kingdom

KOMPOSISI 2008

Anggota Batalion Elit ke-8 Rejimen Renjer Diraja (Para) dengan karbin Colt M4A1 dilengkapi dengan sistem SOPMOD yang terdiri daripada pejera optik dari jenis Aimpoint CompM4.
Anggota Batalion Elit ke-8 Rejimen Renjer Diraja (Para) dengan karbin Colt M4A1 dilengkapi dengan sistem SOPMOD yang terdiri daripada pejera optik dari jenis Aimpoint CompM4.
Pada Ogos 2006, 10 Para berpangkalan di Kem TerendakMelaka dan terdiri daripada:
  • 3 Batalion Elit Para:
    • Batalion ke-8 Rejimen Renjer Diraja (Para)
    • Batalion ke-17 Rejimen Askar Melayu Diraja (Para)
    • Batalion ke-9 Rejimen Askar Melayu Diraja (Para)
  • Rejimen Artileri Diraja
    • Rejimen Pertama Artileri Diraja (Para)
  • Skuadron Kereta Perisai
    • Skuadron Armor Diraja (Para)
      • dilengkapi dengan senjata Alvis Scorpion buatan British dengan 90mm Cockerill Mk III gun dan Stormer APCs dengan 20 mm Oerlikon Contraves guns. Skuadron kereta perisai dikenali sebagai Skuadron "B" Armor ke-11 dan dihantar sebagai komponen kepada 10 Para pada tahun 1992.
  • unit sokongan meliputi
    • Kompeni Bantuan (Para)
    • 10 Skuadron Semboyan Diraja (Para)
    • Kor Polis Tentera Diraja (Para)
    • 361 Bateri Rejimen Artileri Diraja PU (Para)
    • Kor Kesihatan Diraja (Para)
    • 10 Komp Kor Perkhidmatan Diraja (Para)
    • 10 Komp Ordnan Diraja (Para)
    • 10 Skuadro Askar Jurutera Diraja (Para)
    • 10 Kompeni Workshop Medan (Para)
    • Platun Pandura


10 Briged Para

Lambang 10 PARA
Aktif1970 - kini
NegaraBendera Malaysia Malaysia
CawanganAngkatan Tentera Malaysia
JenisPasukan Elit
PerananPencegah Keganasan, Pasukan elit Payung Terjun
KeanggotaanBatalion ke-8 Rejimen Renjer Diraja (Para),Batalion ke-17 RAMD (Para),
Batalion ke-9 RAMD (Para)]],
Rejimen Pertama Artileri Diraja,
Skuadron Pertama Kereta Perisai,
dan pasukan bantuan khas meliputi Pasukan Isyarat,
kejuruteraan,
Perubatan,
Platun Pandu Arah
Sebahagian dariTentera Darat Diraja Malaysia
Pasukan Operasi Khusus Malaysia
Markas/Ibu pejabatMarkas 10 PARA, Kem Terendak,Melaka
GelaranPasukan Aturgerak Cepat (PAC)
MottoTindak Pantas
Warna BeretBeret Merun
KawatTiada Misi Terlalu Sukar, Tiada Pengorbanan Terlalu Besar, Tugas Diutamakan
Perang/pertempuranOperasi Astute
Ops Pasir
MALCON - UNIFIL 2007
Laman Web Log [1]
Komander
Kolonel
Rejimen
Brigadier General Suhaimi bin Mohd Zuki








Pasukan Khas Laut atau nama singkatannya PASKAL merupakan pasukan elit dari Tentera Laut Diraja Malaysia. Unit ini juga yang diperkatakan sebagai sebuah pasukan elit No.1 di Malaysia kerana terkenal dengan sistem persenjataan, taktikal dan kelengkapan yang jauh lebih moden daripada pasukan-pasukan elit Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ini memulakan operasinya pada 1 Oktober 1980 dikawasan perairan Malaysia dan menjalankan 3 cabang operasi meliputi darat, laut dan udara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan