kehormatan :)

kehormatan :)

Ahad, 11 September 2011

paskal


Pasukan Khas Laut atau nama singkatannya PASKAL merupakan pasukan elit dari Tentera Laut Diraja Malaysia. Unit ini juga yang diperkatakan sebagai sebuah pasukan elit No.1 di Malaysia kerana terkenal dengan sistem persenjataan, taktikal dan kelengkapan yang jauh lebih moden daripada pasukan-pasukan elit Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ini memulakan operasinya pada 1 Oktober 1980 dikawasan perairan Malaysia dan menjalankan 3 cabang operasi meliputi darat, laut dan udara.


PASKAL

SENARAI KANDUNGAN



SEJARAH

Unit anti pengganas PASKAL dalam sesi latihan amfibia. Perhatikan senjata raifal Steyr yang menjadi senjata utama ATM.
Unit anti pengganas PASKAL dalam sesi latihan amfibia. Perhatikan senjata raifal Steyr yang menjadi senjata utama ATM.
Pada tahun 1975, TLDM memerlukan sebuah pasukan khusus untuk menguatkuasakan perairan Malaysia dari diceroboh oleh sebarang keganasan di laut, misalnya lanun. Pasukan ini dikehendaki untuk menjalani latihan peperangan moden dilaut. Atas keperluan inilah, TLDM telah menghantar 30 orang pegawai dan anggota di Pusat Latihan Peperangan Khas, Kem Sungai Udang, Melaka dan seterusnya dihantar ke Surabaya, Indonesia untuk mendapat latihan khas dari pasukan elit KOPASKA (Komando Pasukan Katak) Tentera Nasional Indonesia - Angkatan Laut dan bermulanya detik penubuhan pasukan elit TLDM ini. Walaubagaimanapun, salah seorang daripada 69 anggota pelatih TLDM yang menjalani latihan asas komando di Surabaya gagal menamatkan latihan setelah terpaksa dihantar ke hospital akibat kecederaan patah kaki. Selepas menjalani latihan dari KOPASKA, pasukan ini kemudiannya dihantar berkursus ke London di bawah sel latihan oleh Royal Marine Commando British dan Amerika Syarikat oleh US Navy SEALs.
Bersama dengan anggota-anggota SEALs Amerika yang menerima latihan asas komando, anggota PASKAL yang dilatih oleh SEALs ini mengikuti latihan asas komando di seluruh formasi latihan asas tentera laut Amerika, khasnya di CoronadoCalifornia dan Norfolk,Virginia terutamanya latihan yang melibatkan operasi dibawah permukaan air, amfibia, sabotaj serta latihan-latihan lain yang cukup mencabar yang tidak dapat dilakukan oleh pasukan tentera yang biasa. Antara pegawai PASKAL yang turut mendapat latihan daripada pasukan elit Amerika ini ialah Leftenan Komander Ahmad Ramli bin Kardi. Setelah menamatkan latihan daripada ketiga-tiga pasukan elit ini, PASKAL memulakan pengoperasiannya di Malaysia pada tahun 1 Oktober, 1980 mempertahankan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) sejauh 200 batu nautika dari perairan Malaysia.

PERANAN

Peranan PASKAL adalah melancarkan operasi membebaskan kawasan perairan, darat dan udara daripada cengkaman pihak musuh. PASKAL dilatih dengan pelbagai teknik operasi maritim seperti membanteras lanun, memusnahkan rampasan ke atas kapal dan pelantar minyak. Lebih 30 pelantar petroleum diperairan Malaysia adalah dibawah kawalan dan seliaan PASKAL. Kini, PASKAL mempunyai kemampuan untuk menjalani latihan khas di kesemua pelantar petroleum diseluruh perairan Malaysia.
Misi PASKAL juga terdiri daripada operasi dipantai, pengintipan dan perisikan khas, letupan khas dan sabotaj. PASKAL turut berkebolehan dalam operasi didarat untuk serangan amfibia daripada tentera darat, melakukan serangan komando ke atas kapal di pelabuhan musuh, operasi dikapal khas, kepakaran anti-pengganas, operasi membersihkan periuk api didarat mahupun diperairan dan menyertai operasi bersepadu dengan pasukan elit tentera darat seperti teknik penerjunan bebas.
Keanggotaan PASKAL turut diletakkan dibawah pejabat seliaan khas di Pulau Layang-Layang dibawah pengawasan kapal TLDM. Sepertimana unit elit yang lain misalnya SEAL Amerika, PASKAL dilengkapi dengan persenjataan dan kelengkapan khas seperti submesingan dan amunisi khusus dan mempunyai peralatan khas bagi pengoperasian dibawah permukaan air. Antara kelengkapan khas PASKAL adalah motor selam mini yang mana adalah salah satu kenderaan khusus yang dikenali sebagai UDV - Underwater Delivery Vehicle, bot laju dan kenderaan marin yang lain. Subskimmer adalah kenderaan selam yang terbaik digunakan untuk menyusup ke dalam air tanpa dikesan. Selain itu, PASKAL turut mempunyai misi khusus dalam memerlukan kepakaran dalam tugas keselamatan negara.

LATIHAN

Perbarisan Tamat Latihan Asas PASKAL.
Perbarisan Tamat Latihan Asas PASKAL.
Untuk layak memakai beret komando PASKAL ini, bukanlah sesuatu pencapaian yang mudah kerana mereka perlu menjalani latihan intensif yang menguji ketahanan fizikal dan mental, mampu melakukan pelbagai tugas yang mungkin sukar dilakukan oleh anggota tentera biasa. Syarat bagi pegawai dan anggota TLDM yang ingin menyertai pasukan elit ini adalah umur tidak melebihi 30 tahun dan mempunyai rekod kesihatan yang lebih baik.
Kriteria untuk melayakkan seseorang menganggotai Paskal bukanlah mudah kerana mereka perlu menempuh latihan-latihan asas komando yang sangat mengguji ketahanan mental dan fizikal yang luar biasa.
Latihan Asas Kelayakan PASKAL :
1. Ujian Pemanasan / Ujian Kelayakan
2. Kursus Asas Komando PASKAL ( meliputi Darat, Laut dan Hutan serta Paya)
3. Penyelam Kapal & Penyelam Tempur Oksigen
4. Asas Payung Terjun
5. Tempur Jarak Dekat dan Tempur Tanpa Senjata.
Pegawai dan anggota akan dianugerahkan dengan beret komando apabila tamat latihan asas PASKAL dan lencana trimedia setelah menjalani kursus kepakaran anggota PASKAL. Mereka akan menjalani latihan lanjutan secara berterusan bagi mendalami kepakaran masing - masing bagi melayakkan mereka menyertai sebarang operasi. Anggota PASKAL juga diwajibkan menjalani ujian kecekapan & kecergasan setiap 3 bulan bagi menilai tahap kesiapsiagaan anggota. Antara ujian yg dijalankan ialah :
1. Larian 7.8km dalam masa 28 minit
2. Berenang 1.5km tidak lebih dari 25 minit (kolam renang)
3. Berenang 6.4km di lautan dengan peralatan tempur lengkap dalam masa 120minit
4. Terjunan bebas malam/siang di lokasi tertentu bangunan,laut,bukit.
5. Renang gaya bebas 1.5km dalam masa 31 minit.
6. Selaman bebas tanpa peralatan di kedalaman 7m.
7. Ikhtiar hidup dalam air dengan kaki dan tangan diikat.
PASKAL telah menghantar pegawai dan anggota untuk menjalani kursus khas dengan pasukan elit Special Air Service British, NGSLO, SEALs, Submarine Escape (Australia), Assault Swimmer and Clearance Diving Team (Australia), Sniper Supervisor (Australia), Mountain Climbing (Perancis), ASASR Australia dan sebagainya. Pada 26 Ogos 1991, Kementerian Pertahanan mengistiharkan PASKAL sebagai pasukan utama dalam operasi memerangi keganasan bagi mempertahankan pelantar minyak dan kapal-kapal dan bertindak sebagai Pasukan Tindakan Pantas dalam apa jua situasi.

Kepakaran / Kursus Khas

Pasukan elit PASKAL dengan senjata MP5A5 yang dilengkapi pejera Optik Taktikal CompM2 dan lampu suluh Surefire sedang bersiap sedia untuk menggempur musuh.
Pasukan elit PASKAL dengan senjata MP5A5 yang dilengkapi pejera Optik Taktikal CompM2 dan lampu suluh Surefire sedang bersiap sedia untuk menggempur musuh.
Meliputi dalam negara
  1. Ujian Ikhtiar Hidup/Misi
  2. Pertempuran khas
  3. Mencari dan Menyelamat
  4. Operasi dalam bangunan
  5. Pertempuran Bukan Konvensional
  6. Ketua Seksyen
  7. Sarjan Platun
  8. Komander Komander
  9. Kepakaran Perubatan Tempur
  10. Tae Kwon Do (Tempur Tanpa Senjata)
  11. Tempur Jarak Dekat (CQC)
  12. Asas Penerjunan Bebas
  13. Teknik Abseiling dan Penyelamat Udara
  14. Pendakian Taktikal
  15. Rondaan Pengintipan Jarak Jauh
  16. Mematikan Bahan Letupan
  17. Penembak Tepat
  18. Ketua Penyelam Gempur
  19. Pengendalian Bot Kecil
  20. Pengendalian Kenderaan Tempur Permukaan
  21. Jurulatih Penerjunan Bebas
  22. Jurulatih Penembak Tepat
  23. Jurulatih Pendakian Taktikal
  24. Perisikan Khas
  25. Sarjan Pasukan Data Khas
  26. Pegawai Pasukan Data Khas
  27. Fotografi
  28. Penggunaan Pelbagai Bahasa

PERSENJATAAN DAN KELENGKAPAN

Persenjataan khusus merupakan isu penting dalam pasukan elit dalam menjalankan beberapa operasi-operasi khas. Dalam menjaga lebih 30+ pelantar minyak syarikat dengan aset yang paling berharga di perairan Malaysia, kelengkapan PASKAL meliputi kemajuan dan kecanggihan peralatan khusus dalam inventori pasukan keselamatan. Kini, PASKAL dilengkapi dengan persenjataan yang jauh lebih ringan dan moden serta kelengkapan khusus seperti alat pandang malam, bot taktikal, motor selam mini, pejera laser bagi senjata raifal dan karbin. Dibawah adalah senarai persenjataan khas PASKAL.

Data Senjata Ringan
PistolSenapang PatahSubmesinganRaifal / KarbinAnti MaterialPenembak TepatMesingan
Glock 17Franchi SPAS-12Brugger & Thomet MP5A5AK 102Barrett M82AI - AWMCETME Ameli
STI GrandmasterMossberg 500FN P90 PDWCAR-15Robar RC-50HK G3/SG-1FN Minimi

Remington M870HK MP5A51Bushmaster M4
HK MSG-90M60E2.

Remington M1100HK MP5K PDWColt M16A1




HK MP5SD2Steyr AUG


1Demi mencipta kelainan daripada pasukan elit Malaysia yang lain, persenjataan MP5A5 buatan Heckler & Koch (HK) yang digunakan oleh PASKAL ini telah digantikan dengan MP5A5 buatan Brugger & Thomet (B&T) dari Switzerland. B&T MP5A5 direka khusus dengan penyaduran bahan khas supaya ianya boleh digunakan dikawasan perairan dalam tempoh yang amat ekstrem, seakan sama dengan MP5-Navy buatan HK.

Data Pelancar Grened, Anti Kereta Kebal dan Anti Pesawat
Pelancar GrenedNegaraAnti Kereta KebalNegaraAnti PesawatNegara
M79Flag of the United StatesAmerika SyarikatAT-4Bendera SwedenSwedenStarburst VSHORADSFlag of the United KingdomUnited Kingdom
M203Flag of the United StatesAmerika SyarikatCarl GustavBendera SwedenSweden

PASKAL sememangnya mempunyai latihan khas yang terbaik sesuai dengan mottonya Sentiasa Terbaik, kelengkapan yang canggih dan unit sokongan khas dalam cabang Angkatan Tentera Malaysia. Penggunaan karbin ringan Bushmaster M4 buatan Amerika Syarikat telah dilihat sebagai contoh utama dimana unit ini setanding atau lebih baik daripada US Navy SEALs.

IDENTITI PASKAL

Komando PASKAL dengan raifal AK 102.
Komando PASKAL dengan raifal AK 102.
Beret Ungu
Melambangkan identiti pasukan elit ini dan juga melambangkan hubungan persahabatan pasukan ini dengan Kor Marinir Indonesia memandangkan jalinan erat antara Malaysia dengan Indonesia adalah kukuh.
Celoreng
Celoreng yang menjadi pakaian seragam PASKAL merupakan celoreng yang sama dipakai oleh US Navy SEALs dan juga turut merupakan hubungan baiknya dengan pasukan elit Amerika Syarikat ini kerana pasukan itu jugalah yang menjadi tunggak utama penubuhan PASKAL hingga sekarang.
Trimedia
Trimedia merupakan lambang rasmi yang dipakai oleh setiap anggota PASKAL.Maksud :
1. Lambang Sayap Terjun - Berkeupayaan untuk penyusupan melalui udara
2. Lambang Jet Fin & Face Mask - Berkemampuan untuk melakukan penyusupan melalui bawah air
3. Pisau Komando - mampu melaksanakan operasi di dalam hutan.
4. Lambang Sauh - salah satu unit dalam TLDM.

PASKAL

LOGO PASKAL
Aktif1975 - Sekarang
NegaraMalaysia
CawanganTentera Laut Diraja Malaysia
JenisPasukan Elit / Pasukan Operasi Khusus Malaysia
PerananOperasi Khas Laut, Darat & Udara , Pasukan Anti-pengganas.
KeanggotaanSulit
Sebahagian dariAngkatan Tentera Malaysia
Markas/Ibu pejabatPangkalan TLDM Lumut, Perak
MottoSentiasa Terbaik
WarnaWarna Ungu ( beret )
Perang/pertempuranKepulauan Spratleys
UNIVEM II 1998, Angola
MALCON - UNIFIL, Lubnan
Komander
Kolonel
Rejimen
Laksamana Pertama Nasaruddin bin Othman
Tanda kebesaran
Lencana Trimedia PASKAL

Tiada ulasan:

Catat Ulasan