kehormatan :)

kehormatan :)

Ahad, 11 September 2011

komando


Grup Gerak Khas adalah satu pasukan elit utama negara dalam naungan Angkatan Tentera Malaysia dan juga merupakan pasukan komando elit yang disegani ramai kerana kesanggupan mereka melakukan apa sahaja. Pasukan ini beroperasi di Sungai Udang diMelaka dan Kuala Kubu Bharu.

SENARAI KANDUNGAN



SEJARAH

Penubuhan pasukan elit tentera darat ini bermula selepas konfrontasi yang melibatkan Persekutuan Malaysia-Indonesia pada tahun 1965. Sebagai jalan penyelesaian kepada masalah yang timbul dari konfantasi tersebut, Menteri Pertahanan Malaysia pada ketika itu,Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein, telah memberi arahan untuk mengadakan unit ujian. Menteri Pertahanan telah mengarahkan sukarelawan dan sejumlah sukarelawan dari tentera darat dan laut untuk mengambil bahagian. Pada 25 Februari 1965, satu latihan asas komando diperkenal dan dikendalikan oleh Regimen ke-40 Komando Marin DiRaja British (40th British Royal Marines Commando) di Kem Majidee, Johor BahruJohor.
Daripada 300 sukarelawan yang mengambil bahagian, hanya 15 orang sahaja yang terpilih untuk menjalani latihan asas Komando selama 6 minggu. Pada akhir latihan, hanya 4 Pegawai dan 9 anggota dari lain-lain pangkat berjaya dalam latihan ini dan juga merupakan trup nukleus yang pertama. Mereka adalah :
  1. Leftenan Kolonel Shahrul Nizam Bin Ismail (Jeneral Bersara)
  2. Mejar Abu Hassan bin Abdullah (Kolonel Bersara)
  3. Leftenan Mohd Ramli bin Ismail (Mejar Jeneral Bersara)
  4. Leftenan Dua Ghazali bin Ibrahim (Mejar Jeneral Bersara)
  5. Leftenan Dua Hussin bin Awang Senik (Kolonel Bersara)
  6. 6842 Sarjan Ariffin bin Mohamad
  7. 300152 Sarjan Anuar bin Talib
  8. 4861 Sarjan Zakaria bin Adas
  9. 201128 Sarjan Yahya bin Darus
  10. 202072 Koperal Silva Dorai
  11. 203712 Koperal Moo Kee Fah
  12. 13852 Lans Koperal Johari bin Haji Morhd Siraj
  13. 10622 Lans Koperal Sabri bin Ahmad
Kejayaan ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia juga berkebolehan untuk mengambil apa jua peranan dan tugas yang diberikan. Dengan bimbingan dan tunjuk ajar daripada jurulatih khas dari Rejimen ke-40 Royal Marines Commando British, Grup Gerak Khas mula melebarkan sayap pada tahun yang sama, mereka berjaya mengatasi 6 latihan asas komando.
Mejar Abu Hassan bin Abdullah merupakan Pegawai Komand Pertama bagi Grup Grak Khas (GGK), dan Sarjan Ariffin menjadi Mejar Skuadron yang pertama. Pada akhir 1965, kekuatan GGK adalah sebanyak 70%. Bagi memastikan pembangunan yang seiring dengan pasukan elit, pegawai dari pelbagai pangkat dihantar keluar negara untuk menjalani kursus-kursus khas seperti penyusupan lintas udara, penerjunan bebas, operasi-operasi khas, renjer, teknik amfibia dan sebagainya.
Anggota Grup Gerak Khas dengan senjata raifal Colt M16A1 dalam sesi latihan. Pasukan ini telah banyak mengharumkan nama negara sepanjang kariernya memerangi keganasan.
Anggota Grup Gerak Khas dengan senjata raifal Colt M16A1 dalam sesi latihan. Pasukan ini telah banyak mengharumkan nama negara sepanjang kariernya memerangi keganasan.
GGK juga mengadakan latihan bersama dengan pasukan elit dari negara lain seperti KOPASSUS TNI-AD dari Indonesia, Special Air Service (AustraliaBritain), Special Service Group (Pakistan), US Delta Force dan Green Beret (Amerika Syarikat). KOPASSUS yang merupakan pasukan elit Indonesia yang paling kerap mengadakan latihan silang bersama dengan GGK ini kerana bagi menjaga nama baik kedua-dua negara serumpun selepas konfrontasi tersebut, pasukan ini mengadakan hubungan persahabatan dengan unit elit ini. GGK telah mengadakan operasi di Timur Malaysia dan semasa insiden13 Mei 1969. Selepas Konfrontasi 1967, terdapat perbincangan sama ada untuk menyambung atau mengekalkan unit khas ini. Ini kerana terdapat implikasi kewangan dari unit GGK di mana ia bersamaan dengan keperluan dua Batalion Infantri. Oleh kerana isu tersebut, GGK telah dipindahkan ke Kem Segenting, Port Dickson pada 1968.
Insiden 13 Mei telah membuktikan bahawa GGK merupakan aset yang berharga buat kerajaan dan patut dikekalkan dan dikembangkan kepada regimen. Apabila elemen dan unit baru diserap ke dalam GGK, mereka telah dipindahkan ke Kem Sungai Udang, Melaka dan pada 1 Ogos 1970Regimen Gerak Khas pertama telah dibentuk. Walaupun GGK telah mendapat kredit pada 1971 tetapi keanggotaannya masih menjadi milik kor masing-masing. Situasi ini menyebabkan masalah bagi merancang kerjaya anggotanya. Untuk mengatasi masalah ini, sukarelawan yang di buang dari senarai untuk menyertai Regimen Khas. Pada 1973, kor telah ditugaskan kepada 6 pegawai.

PERKEMBANGAN

Kem Sungai Udang telah diberi gelaran sebagai "Markas Komando". Ia telah berjaya menarik minat ramai sukarelawan dari regimen lain. Leftenan Kolonel Borhan bin Ahmad merupakan pegawai yang bertanggung jawab mencari jalan untuk mengembangkan GGK. Banyak aktiviti termasuk sukan dan aktiviti ketenteraan lain telah di susun untuk memastikan GGK terlibat. Program bersama dipimpin oleh negara lain seperti BritishNew ZealandAustralia dan jugaAmerika Syarikat untuk mengembangkan pengetahuan dan mendapat pengalaman baru dalam aspek khusus dalam operasi khas.
Dalam rancangan malaysia Ke-3 dan penambahan pasukan bersenjata, Pusat Latihan Perang Khas (PULPAK) telah dibina pada 1 Ogos 1976. Fungsi utama adalah untuk memastikan keperluan latihan untuk pasukan khas dipenuhi. Selepas itu, Regimen kedua GGK telah dibentuk. Kesemua tiga unit menjadikan Kem Sungai Udang, Melaka sebagai tapak. Pada 1979, Pusat Latihan telah siap sepenuhnya dan Kolonel Borhan bin Ahmad menjadi Komandan bagi pusat latihan khas ini.

PERSENJATAAN

Grup Gerak Khas dibekalkan dengan kelengkapan dan teknologi bagi semua unit elit Malaysia. Kelengkapan GGK bukan sahaja terdiri daripada sistem persenjataan biasa, tetapi turut dibekalkan dengan beberapa model baru.

Data Senjata Ringan
PistolSenapang PatahSubmesinganRaifal / KarbinAnti MaterialPenembak TepatMesingan
Beretta M92FSFranchi SPAS-12HK MP5A2CAR-15Barrett M95AI - AWMMesingan M60
Browning HPRemington M870HK MP5A3Colt M4A1
Blaser R93 TacticalFN Minimi
Colt M1911Remington M1100HK MP5KColt M16A1 Model 653
HK G3/SG-1RPK-74
Glock 17
HK MP5K-A5HK G36C
HK MSG-90
Glock 19
HK MP5SD2Steyr AUG


Glock 26





HK P9S





HK Mark 23





Sig Sauer P226





Vektor SP1





Yavuz 16 Compact






Data Pelancar Grened, Anti Kereta Kebal dan Anti Pesawat
Pelancar GrenedNegaraAnti Kereta KebalNegaraAnti PesawatNegara
M79Flag of the United StatesAmerika SyarikatAT-4Bendera SwedenSweden

M203Flag of the United StatesAmerika SyarikatCarl GustavBendera SwedenSweden


INSIGNIA

Motto Rejimen
Cepat Dan Cergas
Lambang Rejimen
Digelar sebagai "Harimau Berjuang", wajah harimau mengaum dan pisau komando. Warna hijau melambangkan status Rejimen Komando dan melambangkan warna hijau juga sebagai warna suci agama Islam. Warna Biru melambangkan hubungan erat antara Rejimen Gerak Khas dengan 40th Royal Marines Commando British. Harimau melambangkan keberanian, dan ketangkasan. Pisau Komando merupakan pertanda status anggota resimen – hanya anggota komando sahaja yang layak menyandang pisau komando.
Beret Hijau
Anggota Rejimen Gerak Khas menggunakan Beret Hijau, merupakan simbol am diantara komuniti pasukan komando di seluruh dunia. Lambang "harimau berjuang" diletakkan pada beret hijau.
Lanyard Biru
Anggota Rejimen Gerak Khas juga menggunakan lanyard berwarna biru, sebagai tanda penghargaan dari 40th Royal Marines Commando British. Anggota dari 40th Royal Marines dan Gerak Khas menggunakan lanyard biru tradisional.

TANGGUNGJAWAB

Anggota pasukan elit Grup Gerak Khas dengan senjata Steyr AUG mengawal kem tamat latihan.
Anggota pasukan elit Grup Gerak Khas dengan senjata Steyr AUG mengawal kem tamat latihan.
Grup Gerak Khas bertanggungjawab menyediakan kemudahan dan kelengkapan menjalankan gerakan khas termasuk gerakan payung terjun dan gerakan perairan. Gerakan ini boleh dilaksanakan secara bersendirian, bersama atau bekerjasama dengan pasukan tetap yang lain di dalam kawasan musuh.
Rejimen Gerak Khas
Mengadakan Skuadron mencari, melapor, mengharu dan menghancur musuh dengan penyusupan jarak jauh dan di samping itu bekerja rapat dengan pasukan gerila. Melaksanakan operasi ofensif secara bebas yang memerlukan kepakaran melalui laut, darat dan udara di dalam kawasan yanng dikuasai oleh musuh dan juga mendapatkan maklumat.
LATIHAN
Tentera Darat membuat pengambilan latihan Kursus Asas Komando 3(tiga) kali setahun, siri AK/1, AK/2 dan AK/3.Kursus ini mengambil masa selama 12 minggu, terbahagi kepada 5 fasa.Syarat untuk menyertai kursus ini seseorang itu haruslah berkhidmat dalam Tentera Darat terlebih dahulu,sekurang-kurangnya setahun dan mempunyai rekod yang cemerlang.Pendek kata kursus ini hanya untuk anggota Tentera Darat bukan orang awam.Kursus ini juga merupakan kemuncak kepada kemampuan seorang anggota Tentera Darat.Biasanya,50 peratus anggota akan berjaya mengharungi kursus ini sehigga tamat.Contohnya kursus siri AK/3/2006. 180 anggota diterima menyertai kursus ini setelah lulus orientasi selama 30 hari di Markas 21 GGK.Akhirnya 90 anggota berjaya menamatkan kelima-lima fasa dengan jayanya pada 24 Februari 2007,bermula pada 2 Disember 2006.
Sebelum menyertai Kursus Asas Komando Gerup Gerak Khas 12 minggu,pelatih wajib terlebih dahulu mengikuti orientasi selama 30 hari bagi menilai apakah mereka layak menyertai kursus tersebut.Oleh itu mereka diuji dengan keras.
FASA 1: KEM (5 minggu)
Setelah berjaya diorientasi barulah mereka boleh menyertai kursus.Objektif peringkat permulaan ini untuk menguji ketahanan mental dan fizikal anggota.Antara latihannya seperti abseiling,senjata,bahan letupan,perubatan dan sebagainya.Pada permulaan peringkat ini, pelatih akan berlari sejauh 76 km, seterusnya 76 km lagi pada waktu malam.Pertengahan pula jalan lasak 25 km.Di akhir peringkat ini pelatih harus keluar dari Kem Sg. Udang memandu arah sejauh 138 km tanpa henti.
FASA 2: HUTAN (2 minggu)
Latihan di perngkat ini seperti ikhtiar hidup,peperangan hutan dan sebagainya. Pelatih juga dilatih memandu arah sejauh 90 km.Di akhir peringkat ini mereka juga akan berjalan sejauh 160 km dalam masa 3 hari.Biasanya, aktiviti inilah yang paling ramai pelatih gagal kerana menyerah dan tidak mampu bertahan lagi berjalan sejauh itu.
FASA 3: PAYA (1 minggu)
Walaupun hanya seminggu dan tiada apa-apa aktiviti fizikal di peringkat ini,tetapi mereka terpaksa bertahan untuk terus hidup dengan hanya berbekalkan seluar dalam, sebilah parang,beberapa batang mancis dan tiada langsung bekalan makanan diberi.Latihan lain ialah ikhtiar hidup,peperangan di paya dan sebagainya.
FASA 4: LAUT (2 minggu)
Latihan di perngkat ini seperti serangan pantas,menyelam di dasar laut,sabotaj dan sebagainya.Pelatih juga dikehendaki berdayung dengan kanu todak sejauh 20 km.Selain itu pandu arah laut 10 km dengan kanu yang sama.Setiap anggota komando WAJIB mahir dan pakar dalam tiga dimensi peperangan iaitu laut,darat dan udara.
FASA 5: LATIHAN PENAMAT (2 minggu)
Sekarang tibalah masa untuk pelatih mengaplikasikan segala apa yang telah dipelajari dan diharungi pada peringkat sebelumnya.Peringkat inilah merupakan ujian sebenar pelatih. Permulaan ujian mereka terpaksa berdayung sejauh 100 km menuju ke kawasan operasi.Tiba di sana,mereka perlu mencari dan mengenalpasti lokasi kawasan musuh,mengatur gerak dan seterusnya melancarkan serangan ke kawasan itu.Setelah serangan berjaya dilaksanakan dan objektif tercapai,mereka terpaksa pula melarikan diri dari musuh yang cuba memusnahkan mereka.Dalam pelarian ini,mereka juga perlu mengelak dari ditangkap.Inilah yang dinamakan escape & evasion.Jikalau ditangkap,mereka akan diseksa sebenar-benarnya.Jarak pelarian ini sejauh 240 km!!!Untuk mengelak dari ditangkap,mereka tidah boleh leka atau tidur sepanjang E&E itu.Masa yang diambil kira-kira 5 hari untuk menamatkan jarak sejauh itu.Bayangkalah keperitan yang mereka alami.Maka layaklah mereka digelar KOMANDO,iaitu manusia yang mempunyai ketahanan mental dan fizikal yang amat tinggi
Segala ujian yang mereka harungi ini tak mungkin mampu dilakukan oleh manusia biasa.Saya sendiri bagaikan tak percaya apa yang mereka buat.Jumlah keseluruhan perjalan mereka sejauh lebih 900 km.
Mereka akan diberi rehat seminggu selepas itu sebelum hari penganugerahan beret. Anggota yang berjaya akan membuat satu demonstrasi serangan pantai keatas kubu musuh yang berada hampir dengan gigi air kepada tetamu kehormat.
Penganugerahan
Mulanya anggota itu akan melutut dihadapan penganugerah.Topi celoreng yang dipakai akan dibuang manakala beret hijau akan disarungkan.Kemudian anggota akan mendepakan tangan kanannya sambil menggenggam untuk penganugerah mengikat lanyard biru.Akhir sekali anggota perlu berdiri semula untuk penganugerah menyarungkan pisau fairbairn & sykes yang sarungnya telah berada tersedia di dada kiri.Penganugerahan ini diberi terlebih dahulu kepada pegawai.
Diploma juga turut diberikan kepada anggota-anggota iitu.

OPERASI YANG DIKETAHUI


Insurgensi 1966-1990Pada insurgensi mulai tahun 1966 hingga 1690, Rejiment Gerak Khas terlibat dalam beberapa siri operasi menentang pengganas komunis diseluruh kawasan hutan Malaysia. Ramai diantara pengganas komunis yang berjaya dibunuh, dicederakan dan ditawan serta sejumlah besar senjata api, bahan letupan dan kelengkapan dirampas.


Kepulauan Spratley

Memandangkan unit Rejimen Gerak Khas adalah aset berharga kerajaan, perkara yang perlu difahami oleh pasukan elit tentera darat dan marin ATM adalah menjaga kawasan yang berhampiran dengan Kepulauan Spratley. Grup Gerak Khas danPASKALTentera Laut Diraja Malaysia dihantar bertugas menjaga pulau-pulau kecil yang berhampiran dengan perairan Malaysia. Dua detasemen elit ini telah ditempatkan di Pulau Terumbu Ubi, Terumbu Mantanani dan Terumbu Layang-Layang serta Terumbu Siput dan Terumbu Peninjau.[1]


Pertempuran di Mogadishu, Somalia (1993)

Grup Gerak Khas terlibat dalam operasi berprofil tinggi termasuklah operasi bersepadu denganRejimen Askar Melayu Dirajadan tentera Pakistan dalam tugas menyelamat pasukan Renjer dan pasukan elit Delta Force Amerika Syarikat yang terperangkap didalam pertempuran dengan tentera militan Jeneral Farah Aidid di Pasar Bakhara,Mogadishu,Somaliayang mengorbankan seorang krew kereta perisai MALBATT RAMD iaitu Allahyarham Koperal Aznan Awang dan 7 lagi cedera. GGK turut kehilangan dua anggotanya semasa pertempuran di bulatan K4 dimana unit ini terlibat dalam operasi yang diterajui oleh Amerika dalam tugas menangkap beberapa orang kanan Aidid.


Sukan Kommonwel ke-16

Grup Gerak Khas turut digandingkan bersama pasukan polis anti-pengganas Pasukan Gerakan Khas PDRM dalam tugas keselamatan khas dan bersedia untuk tugas operasi menyelamat tebusan dan mematikan bahan letupan (sekiranya berlaku ancaman dan kekacauan dari pihak-pihak tertentu) sempena Sukan Kommonwel ke-16 di Kuala Lumpur pada tahun 1998.


Bosnia Herzegovina

Unit-unit Grup Gerak Khas turut dihantar sebagai unit pengaman di Bosnia, yang mana satu dan hanya unit komando daripada Asia Timur-Selatan telah ditugaskan di Bosnia.


Timor Leste 2006

Grup Gerak Khas juga dihantar bersama dengan truper elit dari10 Briged Paradan pasukan elit PDRM,Pasukan Gerakan Khasdalam operasi pengaman diTimor Leste, yang diketuai oleh Australia yang dikenali sebagai Operasi Astute.[2]


Insiden Genting Sempah

PadaJulai,2007, Rejimen ke-22 Grup Gerak Khas bersama dengan anggota 10 Briged Para dari Kem Terendak, PASKAU TUDM dan Pasukan Gerakan Khas PDRM dengan disokong oleh Tentera Laut Amerika Syarikat, Pasukan Gerakan Am PDRM, Renjer Perhutanan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) serta penduduk tempatan dalam usaha mencari dan menyelamat 6 krew helikopter Sikorsky S61 Nuri yang terhempas di Genting Sempah pada13 Julailalu. Walaubagaimanapun, keenam-enam wira negara tersebut telah terkorban sebelum pesawat malang itu ditemui oleh unit-unit penyelamat tersebut.


MALCON - UNIFIL

Unit ini juga terlibat dalam misi pengaman MALCON - UNIFIL diLubnanbersama dengan tiga lagi elemen pasukan elit ATM (terdiri daripada 10 Briged Para, PASKAL dan PASKAU) dan ditempatkan di dalam Kontinjen India dalam menjaga keamanan di negara yang mengalami kemusnahan akibat serangan oleh rejim Israel. Keempat-empat pasukan elit ini bertindak sebagai Pasukan Tindakan Pantas dalam menghadapi sebarang bentuk ancaman dikawasan pentadbiran ATM disana.


Grup Gerak Khas

GGK Insignia
Aktif25 Februari 1965 - Nukleus Pertama
NegaraMalaysia
CawanganAngkatan Tentera Malaysia
JenisPasukan Elit
PerananPasukan Anti Pengganas
Keanggotaan3 rejimen
Sebahagian dariTentera Darat Malaysia
Pasukan Operasi Khusus Malaysia
Markas/Ibu pejabatKem Iskandar, Mersing, Johor
MottoCepat dan Cergas
WarnaHijau Gelap (Beret)
Perang/pertempuranInsurgensi Kedua
Ops Subuh
Pasar Bakhara, Bulatan K4,MogadishuSomalia
UNPROFOR, Balkan
Insiden Genting Sempah
MALCON - UNIFIL 2007
Komander
Briged KomanderBrigedier Jeneral Dato' Ahmad Rodi Zakaria
Kolonel
Rejimen
Kolonel Abd. Samad Yaakob

Tiada ulasan:

Catat Ulasan