kehormatan :)

kehormatan :)

Jumaat, 27 Januari 2012

mkann ni d perbuat dari jeng jeng jeng


Serius..Bila aku fikir je pasal entri, aku mula terbayang sorang-sorang, apa jenis makanan la yang diorang ni buat dengan guna bahan-bahan yang boleh buat aku rasa geli tekak ni..Mula-mula tu, aku ingat kalau bahan dah tak berapa nak senonoh, makanan pun dah tentu la yang tak senonoh..Itu apa yang bermain di fikiran aku la, kalau korang tak tahu la fikir macam mana pulak kan..



Tapi kan, bila aku tengok ja gambar makanan tu, aku terkesima sebentar..Monolog dalaman mula memainkan peranan dengan berkata " Ehh, ini macam makanan yang aku selalu dok telan, biar betul toqq..Meh tengok sekali lagi, tak kan kot"..Bila start aku tengok dua kali, sah..Benda yang kita dok telan hari-hari yang dok terpampang kat situ..Bila fikir balik, mungkin bahan yang diorang pakai tu juz untuk kegunaan keluaran negara diorang je kot..Tapi tak boleh percaya juga 100%, mana tahu ada yang termasuk kat dalam Malaysia ni..Kalau pendatang tanpa izin yang terang-terang punya besar pun boleh terlepas sempadan masuk Malaysia, ini kan bahan-bahan makanan yang kita tak tahu mana asal nya..Apa pun, aku nasihatkan, cek label dahulu sebelum beli apa-apa produk makanan..Geli siott~~


1. Skittles dan Jellybeans



Diperbuat daripada kokon serangga yang telah dihancurkan yang dikenali sebagai "Laka@shellac", dimana telah digunakan untuk membuat lapisan dan menimbulkan kesan berkilat pada permukaan makanan.


2. Aiskrim Vanila.




Castoreum, atau dikenali sebagai rembesan dubur bercampur dengan air kencing dari sejenis binatang dikenali sebagai BEAVER. Merupakan bahan yang diluluskan oleh FDA sebagai perasa tambahan yang sering dijumpai dalam perasa vanila dan rasberry..serta dalam minyak wangi..


3. Gula




Diperbuat daripada tulang haiwan yang dibakar atau tulang char. Tulang char digunakan untuk menapis dan melunturkan warna gula mentah.


4. Jell-O.




Diperbuat daripada kolagen, iaitu tisu penghubung yang telah direbus yang biasanya boleh ditemui dalam haiwan.


5. Wendy's Chilli.




Diperbuat daripada burger yang telah luput dan silikon dioksida..atau apa yang korang belajar dalam kelas Kimia, KACA..


6. Gula-gula Getah.




Selalunya diperbuat daripada Lanolin, atau dikenali sebagai 'rembesan kambing biri-biri' untuk melembutkan campuran gula-gula getah.


7. Apa-apa yang kaler pink/merah yang korang makan.




Pewarna merah ini diperolehi dengan menggunakan serangga yang berwarna merah yang telah direbus dan dihancurkan. Bahan tersebut dikenali sebagai 'carmine'.


8. Keju Kisar.




Cellulose, yang pada asalnya adalah serbuk kayu yang digunakan untuk mengelakkan keju tersebut daripada melekat antara satu sama lain.


9. Roti.




Kebanyakkan roti komersial termasuk agen yang melembutkan doh roti yang dikenali sebagai L-Cyesteine, diperbuat daripada rambut manusia. 


10. Apa-apa produk berkaitan ayam yang telah diproses.




Selalu beringat, ini lah apa yang orang maksudkan sebagai 'daging'.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan