kehormatan :)

kehormatan :)

Selasa, 27 Mac 2012

syarat-syarat umum yang diperlukan untuk menjadi Pegawai Kadet UPNM ?

SYARAT KELAYAKAN AM
Jantina.
  • Lelaki dan Wanita.
Umur.
  • 17 tahun 6 bulan hingga 19 tahun pada 31 Mei 12. Calon-calon yang berumur di antara 17 tahun 6 bulan hingga 18 tahun perlu mendapat kebenaran dan kelulusan ibu-bapa/penjaga.
Fizikal.
  • Tinggi minimum : 1.62m (Lelaki)/ 1.57m (Wanita).
  • Berat minimum : 47.5 kg (Lelaki)/ 45.0 kg (Wanita).
  • Ukuran dada minimum (Lelaki sahaja) : 76sm.
  • Body Mass Index (BMI) 18.0 hingga 23.0.
Taraf Kesihatan.
  • Tahap penglihatan ialah 6/6 tanpa kaca mata dan kanta lekap. Calon-calon mesti lulus pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan ATM iaitu memenuhi taraf Darjah Kesihatan Tubuh (DKT - Forward Everywhere (FE).
Kriteria Pemilihan.
  • Proses pemilihan adalah berdasarkan kepada merit Kelayakkan Akademik, Ujian Kepimpinan, Ujian Fizikal dan Prestasi Temuduga. Kecemerlangan dalam bidang sukan akan diberi keutamaan.
SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK
Kelayakan Akademik.
  • Mendapat Gred A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan serta sekurang-kurangnya DUA (2) A dalam mata pelajaran seperti berikut Fizik, Kimia atau Biologi dalam peperiksaan SPM.
  • Calon-calon yang berminat mengikuti Program Asasi Perubatan Pertahanan perlu mendapat sekurang-kurangnya LAPAN (8) A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan termasuk mata pelajaran Sains.
PERLANTIKAN DAN PENTAULIAHAN
Pelantikan.
  • Calon-calon yang berjaya terpilih akan dilantik sebagai Pegawai Kadet untuk menjalani pengajian akademik di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan pengajian ketenteraan.
Pentauliahan.
  • Pegawai kadet yang berjaya lulus dengan cemerlang dalam pengajian akademik dan pengajian ketenteraan serta TERPILIH sahaja akan dianugerahkan Tauliah Jangka Pendek (TJP) dengan menyandang pangkat Leftenan Muda (Lt Muda) atau setaraf setelah diperkenan oleh SPB Yang Di Pertuan Agong.
Gaji.
  • Berdasarkan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SPBA - ATM) yang sedang berkuatkuasa.
Calon-calon yang berjaya disenarai pendek dikehendaki membuat permohonan kemasukan Universiti secara rasmi melalui Unit Pengambilan Universiti (UPU) selepas keputusan peperiksaan sebenar SPM diumumkan.
DOKUMEN DIPERLUKAN
Dokumen Sokongan.
Tiada borang khusus disediakan untuk tujuan permohonan. Permohonan boleh dibuat dengan menyertakan salinan dokumen-dokumen seperti berikut:
  • Butir-butir peribadi (resume) beserta no telefon dan alamat e-mail yang boleh dihubungi.
  • Salinan keputusan percubaan SPM.
  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon, Ibu dan bapa.
  • Salinan Sijil Berhenti Sekolah.
  • Salinan Sijil Kelahiran Pemohon, Ibu dan bapa.
  • Salinan Sijil Sukan dan Ko-kurikulum.
  • Sekeping gambar berukuran pasport.
  • Sekeping sampul Pos Ekspress berukuran 229 mm x 162mm, beralamat sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan