kehormatan :)

kehormatan :)

Jumaat, 12 Ogos 2011

apakah mksdnya!!!!!


Father Terry Jones la'natullah

Salam 2 all.

Saya mengutuk keras tindakan Father Terry Jones la'natullah daripada Gereja Dove World Outreach Center, Florida, Amerika Syarikat yang mengisytiharkan 11.09.2010 sebagai Hari Pembakaran Al Quran Antarabangsa. Pada hari tersebut beliau dan pengikutnya bercadang membakar Al Quran atas alasan bahawa "Al Quran bercanggah dengan Bible dan mengajar manusia kejahatan".

Tindakan beliau ini dibuat untuk kononnya memperingati kemusnahan bangunan World Trade Center dalam peristiwa 11 Sept 2001. Beliau mempersalahkan Islam dan Al Quran sebagai punca kejadian tersebut.

Sebenarnya gereja tersebut hanyalah sebuah gereja kecil dengan pengikut tak sampai pun 50 orang. Tetapi kita khuatir dengan tindak-tanduk beberapa orang paderi dan gereja yang akhir-akhir ini seolah-olah mencabar Islam dan tamaddun kemanusiaan. Di Malaysia sendiri kita sudah ada pader yang mengaku secara terbuka sebagai peliwat dan pengamal homoseks.

Yang peliknya kelihatan pihak berkuasa dan pihak kepimpinan gereja dan agama kristian seolah-olah tidak mampu berbuat apa-apa selain mengeluarkan kenyataan mengkritik dan mengutuk. Apakah benar mereka tidak boleh berbuat apa-apa, atau sengaja tidak mahu berbuat apa-apa.

Saya boleh bayangkan apa akan jadi jika seorang imam sebuah surau kecil di ceruk Baling sana membuat kenyataan akan membakar Bible. Saya pasti Bangsa-Bangsa Bersatu akan membuat sidang khas dan Majlis Keselamatan dan Nato akan menghantar tentera menyerang surau tersebut. Amerika jangan katalah, dia akan hantar bala tentera dan menceroboh serta menakluk Malaysia, dan mungkin meletakkan paderi peliwat dan homoseks itu sebagai Presiden Malaysia!!

Kenyataan Setiausaha Negara Amerika Hillary Clinton bahawa kerajaan Amerika tidak dapat berbuat apa-apa adalah sangat memalukan. Konon cerita First Amendment Perlembagaan Amerika menjamin hak kebebasan bersuara, oleh itu mereka tidak mampu menahan Terry Jones daripada membakar Al Quran tersebut kerana itu hak kebebasan bersuara!

Inilah padahnya kalau hak kebebasan bersuara dan hak asasi kemanusiaan dipertuhankan sangat, sehingga akhirnya kerajaan dan pemerintah serta rakyat menjadi mandul, dayus dan lumpuh bila berhadapan dengan puak-puak ini.

Saya kadang-kadang terfikir ada bagusnya Akta Keselamatan Dalam Negeri yang kita ada , kerana tindakan orang saperti Terry Jones itu sudah pasti akan membolehkan Kerajaan mengambil tindakan menahan beliau demi keselamatan negara.

Saya juga hairan sehingga kini tiada sebarang komen atau tindakan samada daripada Majlis Gereja Malaysia, Majlis Perunding Agama-Agama Bukan Islam, Majlis Peguam, DAP dan lain-lain. Selalunya mereka cepat membuat kenyataan mengutuk sana-sini, tambah kalau yang membuat kenyataan itu orang Islam/ Melayu, ataupun menyentuh hak Islam/ Melayu!

Sejarah membuktikan bahawa orang kafir ini apabila menyentuh perkara atau isu mengenai Islam, mereka akan bertindak secara zalim dan diluar batasan kemanusiaan. Lihat sahaja peristiwa yang berlaku di Iraq & Afghanistan. Kita masih ingat sejarah penyembelihan umat Islam Bosnia. Kita tidak lupa pembunuhan umat Islam di Granada, Sepanyol. Masih segar dalam ingatan kita penghapusan umat Islam di Jerusalem, Chechen, Kashmir, Selatan Thailand, Selatan Filipina, dan didepan mata kita umat Islam Falastin. Bukan sahaja pembunuhan dan penyembelihan, malah wanita Islam dirogol secara genocide, masjid dibakar dan diruntuh, Al Quran dibakar dan ada yang dikencing dan dibuang dalam tandas!!

Dan cuba lihat sejarah Islam. Tidak ada langsung catatan menyebut tentang kezaliman umat Islam terhadap penganut agama lain. Malah apabila Saidina 'Umar membuka Baitul Maqdis, bukan sahaja gereja dan synagogue dipelihara, beliau enggan bersolat didalamnya kerana khuatir akan menjejaskan rumah ibadah mereka. Akhlak yang sama ditunjuk oleh Sultan Salahuddin Al Ayubi semasa membebaskan Al Aqsa. Dan dimana sahaja negara umat Islam memerintah, hak dan amalan kumpulan minoriti dari agama lain dijaga dan dipelihara. Tetapi kalau umat islam menjadi minoriti, tunggulah penyembelihan, pembunuhan, perakusan, perogolan, penganiayaan dan macam-macam lagi tindakan tidak bertamaddun yang akan dilakukan.

Sebab itu saya menyeru umat Islam, dimana sahaja kita berada, bersatulah kita dibawah tali ALLAH, berpegang kepada Al Quran & Sunnah. Siapa sahaja yang menyebut kalimah toyyibah La ila haillallah, mereka adalah saudara kita. Jangalah kita terjebak kepada apa yang telah Nabi sawsabdakan, "diakhir zaman nanti kamu hanya saperti buih yang langsung tidak punya sebarang harga, kerana ramai kamu tetapi boleh diratah oleh kafir yang bersatu. Ini berlaku kerana kamu tidak boleh nak bersatu dibawah Al Quran. Maka dicabut perasaan takut musuh kepada kamu, dan dicampak perasaan wahan kepada kamu, iaitu terlalu cintakan dunia dan takut mati!!".

Tidak ada tuhan melainkan ALLAH yang Satu, kepada ALLAH kita ikhlas memperhambakan diri, walau kafir, musyrik dan munafik tidak menyukainya. Kerana ALLAH itu benar, dan ALLAH akan membantu kita dengan mengalahkan musuh Islam, dan meletakkan mereka dibawah tapak kaki kita".
Itulah maksud takbir raya yang akan kita kumandangkan dalam masa 4-5 jam lagi. Hayatilah maksud takbir tersebut. Insaflah wahai umat Islam. Sekiranya kita tidak memenuhi syarat-syarat untuk mendapat bantua ALLAH, maka ALLAH tidak akan memberikan narullah kepada kita. Dan syarat mendapat nasrullah & bantuan ALLAH ini ialah dengan kita kembali menjalani kehidupan benar-benar menurut Al Quran, mengimaninya, membacanya, mengamal & melaksanakannya, serta menyebar dan menyampaikannya keseluruh pelusuk kemanusiaan.

Jika tidak, ingatlah janji ALLAH, kita akan dihina dimana juga kita berada. Dan terbukti didepan mata kita, apabila sebuah gereja kecil hendaka membakar Al Quran, kita tidak mampu berbuat apa-apa! Apabila ada paderi peliwat & homoseks membuka gereja didalam negara kita, juga kita hanya sekadar boleh ttengok dan menggeleng kepala. Kita sebenarnya telah muncul menjadi umat yang dayus, lemah lagi hina, Dan itu semua kerana kesalahan kita sendiri!!

Wallahua'lam & wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan