kehormatan :)

kehormatan :)

Jumaat, 12 Ogos 2011

darjah kebesaran PDRM


SERI PAHLAWAN GAGAH PERKASA (S.P)


Darjah Kebesaran dan Bintang Kehormat SERI PAHLAWAN GAGAH PERKASA (S.P) merupakan anugerah Persekutuan yang tertinggi dan paling kanan dalam senarai keutamaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan. Ia dizahirkan pada 29 Julai 1960 dan diwartakan pada 11 Ogos 1960. Anugerah ini dikurniakan kepada sesiapa sahaja yang menunjukkan keberanian luar biasa atau melakukan sesuatu dengan gagah berani dan penuh pengorbanan. Ia juga boleh dianugerahkan kepada mereka yang telah meninggal dunia. Darjah kebesaran ini diperbuat daripada perak dan berbentuk bulan sabit dengan tiga lapisan. Di lapisan tengah terdapat cogan kata 'Gagah Perkasa'. Di dalam lingkungan bulan sabit terdapat bintang pecah empat belas. Kedua-dua hujung bulan sabit tersebut dihubungkan dengan ukiran dan ditengahnya terdapat gelungan kecil untuk menghubungkan bintang dan pita. Pita ini berwarna kuning diraja selebar 3.81 sentimeter dan dikedua-dua tepinya terdapat jalur merah selebar 0.32 sentimeter.
Pengurniaan bintang ini tidak terhad kepada sekali penerimaan sahaja dan ini ditunjukkan melalui jumlah palang yang disematkan di atas pita bintang kehormatan tersebut. Apabila pita sahaja dipakai, setiap kurniaan ini dilambangkan oleh satu anak (miniature) bintang kehormatan tersebut yang disematkan di atas pita.
Penerima pertama darjah kebesaran ini adalah mendiang Konstabel Khas Vellu A/L Raja Velu, iaitupada tahun 1963. Beliau dianugerahkan kerana keberanian dan semangat kemasyarakatan dalam membenteras rompakan di Klang pada Ogos 1962 sehingga mengorbankan nyawanya.
Mulai Jun 1983, seseorang yang menerima anugerah ini yang masih hidup layak untuk menerima elaun sebanyak RM 400.00 sebulan, manakala bagi penerima yang dikurniakan darjah ini yang setelah meninggal dunia, elaun kenangan akan dibayar kepada waris kadim penerima secara sekali gus sebanyak RM 20,000.00 Perkara ini termaktub dalam Undang-Undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan)Tahun 1990. Bayaran elaun kenangan ini akan dihentikan setelah seseorang penerima itu:
1. Meninggal dunia
2. Disabitkan di atas sesuatu kesalahan oleh mahkamah di dalam Persekutuan dan dikenakan hukuman mati,atau pemenjaraan selama apa-apa tempoh selain ganti rugu pemenjaraan sebagai ganti denda: atau
3. Dibatalkan penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuannya itu mengikut seksyen
VIII Statut Seri Pahlawan Gagah Perkasa.

Penerima Darjah Kebeesaran dan Bintang Kehormatan Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P)

Bil.         Nama Penerima                                                                                     Tarikh Terima
1. Konstabel Khas 44875 Vellu A/L Raja Velu                                                          5 Jun 1963
2. konstabel 29987 Abu Bakar Bin Ngah Wahab                                                    31 Ogos 1969
3. Koperal 1351 Yeap Sean Hua                                                                              2 Jun 1971
4. Konstabel 30279 Fong Thean Kit                                                                         2 Jun 1971
5. Dato' Syed Mohd Mokhtar Bin Syed Zubir Barakahbah                                        7 Jun 1972
6. Sub Inspektor 78739 Ngalinuh Bala @ Kilah Atu                                                 6 Julai 1972
7. Koperal 78885 Itim A/K Bijam                                                                            6 Julai 1972      
8. Inspektor I/4928 Reggie A/K Deli                                                                  15 November 1973
9. Cif Inspektor I/1952 Chin Chin Kooi                                                              15 November 1973
10. Koperal 1443 Othman Bin Ahmad                                                                     4 jun 1975
11. Konstabel 1602 Nuing A/K Saling                                                                     2 Jun 1976
12. Supritendan G/6160 Paul Kiong                                                                         1 Jun 1983
13. Deputi Supritendan Polis G/5790 Sia Boon Chee                                               1 Jun 1983
14. Koperal75748 Md. NasruddinBinChe Yeob                                                      6 Jun 1998
15. Deputi Supritendan Polis G/10958 Abdul Razak Bin Mohd. Yusoff                    2 Jun 2001

DARJAH-DARJAH KEPAHLAWANAN PASUKAN POLIS

Di halaman ini anda dibawa untuk melihat dan mengenali Darjah-darjah Kepahlawanan Pasukan Polis Diraja Malaysia.

PANGLIMA GAGAH BERANI (P.G.P.P.)

Meraka yang layak menerima pengurniaan ini ialah Inspektor Jeneral Polis (IGP). Deputi Inspektor Jeneral (DIG)dan Pengarah-Pengarah di dalam Jabatan Polis Diraja Malaysia. Pegawai-Pegawai Polis Negara Asing yang mempunyai kedudukan setaraf layak menerima secara Kehormat.

PANGLIMA SETIA PASUKAN POLIS (P.S.P.P.)

Darjah pangkat kedua ini dianugerahkan kepada mana-mana pegawai tinggi Pasukan Polis Diraja Malaysia yang berpangkat Deputi Komisioner Polis (DCP), Senior Asisten Komisioner Polis (SAC) atau Asisten Komisioner Polis (ACP). Pegawai-Pegawai Polis Negara Asing yang setaraf juga layak menerima pengurniaan Kehormat.

PAHLAWAN PASUKAN POLIS (P.P.P.)

Darjah ini dianugerahkan kepada mana-mana Pegawai Polis yang berpangkat Superintenden Polis (Supt), Deputi Superintenden Polis (DSP)dan Asisten Superintenden Polis (ASP). Darjah pangkat ketiga ini boleh dikurniakan kepada Pegawai-Pegawai Polis Negara Asing yang mempunyai pangkat setaraf sebagai pengurniaan Kehormat.

KESATRIA PASUKAN POLIS (K.P.P.)

Darjah pangkat keempat ini dianugerahkan kepada mana-mana Pegawai Polis yang berpangkat Chief Inspektor Polis (C/Insp), Inspektor Kanan (Comfirmed Inspector)dan Inspektor. Pegawai-Pegawai Polis Negara Asing yang mempunyai pangkat setaraf juga layak menerima pengurniaan Kehormat.

BENTARA PASUKAN POLIS (B.P.P.)

Darjah pangkat kelima ini dianugerahkan kepada semua peringkat Pegawai Rendah Polis termasuk kurniaan Kehormat kepada Pegawai- Pegawai Rendah Polis Negara Asing yang mempunyai pangkat setaraf.

PINGAT KEBERANIAN POLIS (P.K.P.)

Darjah ini dianugerahkan kepada semua peringkat Pasukan Polis Diraja Malaysia yang telah menunjukkan keberanian sewaktu menjalankan tugas tetapi tidak layak mencapai kelayakan bagi menerima bintang Kehormatan Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P) dan Panglima Gagah Berani (P.G.B.).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan