.bley jadi...nngok naseb le..!!...nnGok mCm mane dea orG cover area yG sepatot.nye..kalO trkena kat wire 2x..yg trlUka..mUngkIn bley..short!!!..mngikot info mekanik keta yG djaga dGn baek bley tahan hiNgga 20thn..kalo korang ikUt nie info kat bwh nie..kekekeke!
• Periksa tekanan angin tayar dan check kerosakan pada tayar dengan kerap. Tukar tayar jika ada benjol, dinding koyak, kelihatan benang tayar, atau lubang yang agak besar atau dalam.
• Periksa semua lampu sama ada menyala atau tidak, tukar mentol yang terbakar.
• Periksa pengilap cermin berfungsi dengan baik dan "blade" getahnya masih elok. Kalau tak elok, kasi tukar la, itu pun mau cakap ka..haiyaaa!!
• Periksa, tambah atau tukar bila perlu minyak pelincir, penapis minyak, air dalam radiator serta coolantnya, air dalam bekas washer tingkap winshield dan juga air bateri.
• Periksa setiap hos samada ada kerekahan especially pada hos radiator
• Periksa setiap belt samada dah crack pecah-pecah atau masih elok especially timing belt.
• Periksa sistem ekzos anda samada ader lubang atau pecah jika ekzos anda bunyi macam ekzos buluh atau bergegar.
Korang dicadangkan menyelenggarakan keto anda tu mengikut jadual dan dibawah adalah senarai alatan penting pada keto anda yang patut di periksa dan diselenggarakan.
• Timing belts
• Cecair Coolant enjin serta sambungannya pada hos
• Salur hidraulik atau kabel brek serta sistem breknya
• Bateri keto serta terminalnya
• Minyak gear
• Saluran petrol
• Valve
• Sistem Suspension, struts serta penyerap hentak (Absorber)
• Sistem Ekzos
• Wayar Ignition
• Sistem steering
• Kipas radiator serta air-cond
• Tayar keto
Apabila servis tuh, elok menggantikan peralatan berikut beb.
• Minyak enjin serta penapis minyaknya sekali
• Palam pencucuh
• Penapis Udara
• Gasket valve
• Minyak gear, minyak brek dan aper sajer jenis minyak yang ader
FUSE
Fuse keto biasanya terletak dalam satu panel di dalam boot hadapan keto anda atau pun berada dibawah steering kereta pada kebanyakan keto. Keto sorong takde ler. Periksa semua fuse sama ada masih elok atau pun dah terbakar. Gantikan fuse yang terbakar tu dengan yang baru dan jangan lupa simpan fuse lebihan sekurang-kurangnya 1 dari setiap jenisnya. Apabila menggantikan fuse, selalulah menggantikannya dengan fuse sama amp nyer. Jika anda menggunakan fuse yang lebih tinggi dari sepatutnya buleh menyebabkan kerosakan alat elektrik kereta anda kerana fuse yang sepatutnya terbakar tu masih lagi elok dibawah bebanan tinggi. Jika fuse yang betul dimasukkan dan fuse masih terus terbakar, ini bermakna ader masalah dalam litar elektrik tersebut, boleh jadi short circuit la tuh.
MINYAK ENJINAdalah penting supaya minyak enjin berada pada paras yang betul. Periksa paras minyak enjin kereta anda selalu supaya tidak berada dibawah paras minimum. Masa terbaik untuk check adalah selepas kenderaan tersebut tidak berjalan atau di hidupkan enjinnya semalaman. Semasa check tu, adalah lebih elok kalau keto tu berada atas tanah yang rata sebab bacaan anda nanti adalah lebih tepat. Anda cuma perlu tambah minyak pelincir tambahan apabila deepstick menunjukkan minyak di paras MIN. Disarankan setiap pemilik keto supaya menukar minyak enjin keto setiap 5,000km atau pun 3 bulan yang mana terdahulu. Penapis minyak juga wajib ditukar apabila penukaran minyak enjin dibuat.
PENAPIS UDARA
Jika anda memandu dalam keadaan biasa, elok ler kalau check keadaan penapis udara keto anda dalam sebulan sekali. Tapi kalau korang bawak selalu bawak dalam keadaan yang extremely berhabuk, disarankan supaya tukar atau bersihkan oil filter tu setiap 2,000km. Sekarang nie ramai yang suka pakai re-useable filter yang tahan lebih lama dan boleh dicuci semula, so yang nie cuma perhatikan tahap kebersihan filter tersebut dan bersihkan apabila perlu.
SISTEM PENYEJUK
Air dalam radiator boleh diperiksa lebih kurang 6 bulan sekali. Jika didapati air bersama bahan coolant di dalam radiator berkarat, isi kandungan radiator harus dibuang, dibilas beberapa kali dengan air bersih, kemudian diisi semula dengan air bersih dengan bahan coolant yang baru. Perhatikan juga sirip radiator supaya tiada bahan-bahan asing seperti daun, serangga, batu kecil, tanah atau apr sajer tidak tersangkut pada sirip tersebut. Jika sirip tersebut kotor, anda cuma perlu membersihkannya dengan menyembur air tekanan rendah dari hos paip rumah anda. Periksa bahagian reserve tank untuk coolant samada perlu diisi semula dengan coolant tambahan atau tidak.
BRAKE
Brek adalah alat yang penting giler dalam keto anda. Adalah tersangat penting giler brake pad atau brake shoe yang dah haus diganti dengan yang baru. Periksa juga salur hidraulik brek kalau ader crack atau longgar kat mana-mana part yang buleh menjejaskan prestasi berhenti ketika membrek.....
p/s... AWAS!!! Jangan tertipu dengan mekanik...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan