kehormatan :)

kehormatan :)

Isnin, 28 November 2011

rahsia lelaki


1.Lelaki Tidak Detail Dalam Percakapan
Contoh kes: Kakaknya baru saja putus cinta.Bila cik awek tanya..
‘macam mana boleh putus awak…?’ cik abg akan jawab…
‘..dah nak putus nak buat macam mana…’
Alasan : Tak usah bimbang sebab secara genetik lelaki tidak dibentuk untuk petah bercakap mcm perempuan.Menurut seorang pakar,wanita boleh mengeluarkan antara 6 hingga 8 ribu kata per hari.sementara lelaki rata2 hanya mengeluarkan antara 2 hingga 4 ribu kata sahaja.

2.Lelaki Tahan Berjaga Sepanjang Malam Demi Hobi
Contoh Kes : Cik awek sering tak menemui jawapan kenapa cik abg sanggup mengadap game sepanjang malam tanpa henti (dari mengadap dirinya..kahkahkah)..lepas tengok piala Malaysia,tgk badminton All England plak..pastu, sambung tgk EPL pulak kan…sampai jam 3 pagi..
Alasan : sebelah kanan otak lelaki mempunyai bahagian yang tidak dimiliki oleh kebanyakkan wanita,seperti untuk mengukur sudut pandang(angle),kecepatan dan jarak.Namanya adalah Kesedaran Ruang Visual (VSA),yang amat penting peranannya di zaman dulu dimana lelaki harus berburu utk mendapatkan makanan.

3.Lelaki Rela Menghabiskan Banyak Wang Untuk Peralatan Elektronik Atau Aksesori Kereta
Contoh Kes : Cik abg rela keluarkan wang simpanan utk menambah aksesori kereta…tapi kenapa mereka memBEBEL kalau tengok cik awek bershopping??
Alasan : Alat2 elektronik atau aksesori kereta bolehlah dikatakan sebagai alat permainan lelaki dewasa.Bagi lelaki,benda 3 dimensi ni terlihat lebih menarik dan menstimulasi area VSA otak mereka.Dengan demikian mereka secara tidak sedar dgn happy2 jer buang duit utk benda2 tu.

4.Lelaki Jarang Muncul Dengan Jambangan Bunga.
Contoh kes : Dekat filem2 drama2,sering kita lihat hero/cik abg muncul tiba2 di rumah cik aweknya dgn sejambak bunga.Kenyataan nye?..huh hampeh!!
Alasan : Dari awal lagi,otak lelaki lebih mengutamakan hal praktik.Kebetulan, hal2 bunga nih tak menarik ruang logik otak mereka.Beli sesuatu yang bakal layu dalam beberapa hari benar2 satu pembaziran…itu tanggapan org lelaki laa kan..baik belanja makan!kenyang perot…

5.Lelaki Tidak Bergosip
Contoh Kes : Bila cik awek bace gosip kat magazine sambil ckp:
‘eh betul ke ni..?’cik abg dgn pantas memotong
‘pegi makan jom!dah lapar nie…’
Alasan : Sebenanye lelaki juga bergosip.Tapi cara dan gaya mereka bergosip tidak sejelas cik2 awek bergosip dan juga tidak pada saat objek yag nak digosip berada dekat situ.
Dan kalau mereka punya masalah dengan seseorg,biasanya mereka menyelesaikannya, atau melupakannya.

6.Lelaki selalu mengaggungkan IBU mereka.
Contoh kes: Lelaki jarang mengkritik ibu mereka,apatah lagi kalau hubungan mereka akrab.Lebih panas lagi kalau dia kata pada cik awek,
‘eleh ayang,macam tu pun tak reti buat ke?mak i pejam mata pun boleh buat tau…’
Alasan : Bagi lelaki,ibu mereka merupakan wanita ideal dan inti dari hidup mereka.Lelaki juga belajar mengenal rasa melindungi dari hubungan kedua orang tuanya sebagaimana ayah mereka melindungi ibunya.Makanya, tak perlulah mintak dia persoalkan apa apa ttg ibunya.

7.Lelaki sanggup menyimpan semua edisi terhad komik,cd,jeans, jam tangan,jersey dan apa2 saja!
Contoh kes : ‘Borinngg..!’katanya si cik awek….
sekejap sekejap cik abg ajak g petaling street,kemudian kedai komik lps tu carik lens kamera… semata-mata nak cukupkan koleksinya.
Alasan : Berbalik kepada asal mereka sebagai pemburu,lelaki senang menghimpun persediaan keperluan mereka sebanyak mungkin.Mereka selalu berwaspada dan beranggapan bakal diadili oleh lelaki lain,sehingga tidak hanya mengumpul kuantiti,tapi juga kualiti yang dimilikinya. Bagi mereka,punyai sesuatu yang boleh dibanggakan adalah prestasi tersendiri yang dapat memacu ego mereka.

8.Lelaki Senang Melihat Wanita Memakai Skirt Pendek(mini skirt)- Asalkan Bukan Kekasihnya.
Contoh kes : Cik abg memuji setinggi langit kaki nicole kidman ketika memakai mini skirt.Tapi kalau cik aweknya yg pakai,komennya pula…
‘I tak suka ahh!! tukar lain…macam penyapu lidi je..kalo u pakai baju kurung bertudung litup, laaaaggiiiii i sukeee..’
Bengang kan cik2 awek sume…?
Alasan : Bagi lelaki,kaki cantik adalah simbol kesuburan wanita.Kalau buah hati sendiri yang mempamerkan kaki dan bahagian2 yang lain pada yang bukan sepatutnya..mereka jadi waspada kerana itu merupakan sasaran mata lelaki-lelaki lain


p/s : pasni harap kaum2 hawa faham la lelaki ini mcm mana.. :D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan