kehormatan :)

kehormatan :)

Selasa, 27 Disember 2011

organisasi tentera(pangkat)

Unit-unit tentera disusun di dalam organisasi bagi melicinkan pentadbiran semasa aman atau perang. Organisasi ini mungkin terdiri daripada sejumlah tentera, kapal, kenderaan atau kapal terbang. Tentera darat, laut dan udara diatur mengikut susunan dalam kumpulan pelbagai saiz bagi tujuan fungsi, taktik atau pentadbiran.
Secara teknikal, sebuah unit adalah organisasi tentera tunggal yang homogenus; tidak bercampur dengan elemen atau pasukan lain, seperti sebuah batalion (infantri) atau sebuahrejimen (kavalri) secara berasingan menjalankan fungsi pentadbiran dan pemerintahan "pada tahap unit". Organisasi lebih kecil seperti kompeniplatun dan seksyen disebut "unit kecil". Di dalam bahasa Inggeris disebut sebagai unit dan minor unit.
Apabila unit-unit bergabung di bawah satu pemerintahan (command, atau Angkatan Tentera Malaysia lazimnya menggunakan kata "markas"), ianya disebut formasi. Justeru formasi bermula dengan brigeddivisyenkor dan seterusnya ke atas.
Senarai komposisi spesifik unit-unit dan formasi-formasi yang terdapat di dalam sesuatu pasukan tentera dikenali sebagai "Senarai Tempur" atau Order of Battle.

[sunting]Hierarki pertubuhan tentera darat

Artikel ini memberi satu gambaran keseluruhan beberapa terma yang digunakan bagi menggambarkan unit-unit tentera dalam angkatan bersenjata di seluruh dunia. Mungkin terdapat perbezaan dalam penggunaan terma-terma dalam pasukan bersenjata yang datang daripada negara-negara yang berbeza. Kebanyakan unit-unit diterima-pakai berdasarkan contoh daripada Tentera Darat British dan Angkatan Tentera Amerika Syarikat. Para pembaca yang berminat dengan maklumat-maklumat lebih terperinci disyorkan agar merujuk terus pada rencana-rencana yang berkaitan dengan negara tersebut.
SimbolNamaJumlah anggotaJumlah unit bawahanPegawai Memerintah
XXXXXXKawasan atau Medan tentera darat200,000 +2+ kumpulan tentera daratJeneral Tentera Darat (AS) atau Fil Marsyal (British)
XXXXXKumpulan tentera darat100,000 +2+ tentera daratJeneral Tentera Darat (AS) atau Fil Marsyal (British)
XXXXTentera darat50,000-60,000+2+ korJeneral
XXXKor tentera darat30,000-50,0002+ divisyenLeftenan Jeneral
XXDivisyen10,000–20,0002-4 briged atau rejimenMejar Jeneral
XBriged3000–50002+ rejimen atau 3–6
batalion atau rejimen Komanwel
Brigedier JeneralBrigedier (British) atau Kolonel
IIIRejimen2000–30002–4 batalionKolonel
IIBatalion atau Rejimen (Armor)300–10002–6 kompeni atau skuadronLeftenan Kolonel
IKompeniSkuadron atau Bateri (artileri)60–2502–8 platun atau trupKapten atau Mejar
•••Platun atau Trup25–402+ skuad atau seksyenLeftenan Muda atau Leftenan
••Seksyen8–122+ pasukan penyerangKoperal sehingga Staff Sarjan
Skuad or krew8–122+ pasukan penyerangKoperal hingga Staf Sarjan
ØPasukan penyerang4–5Tidak berkaitanLans Koperal hingga Sarjan
ØPasukan peninjau2Tidak berkaitanSebarang
Susunan unit ini mungkin melangkau turutan; sebagai contoh dalam sebuah batalion di UK mungkin satu formasi bersaiz rejimen. Hanya negara yang mempunyai kekuatan tentera yang kuat yang mungkin mempunyai susunan unit sehingga ke tingkat paling atas, sebagai contoh, unit tentera bagi negara Kanada yang paling besar adalah briged.
Tentera dan negara berbeza mungkin juga mempunyai nama-nama unit tradisi yang berbeza, menjadikan kekeliruan: sebagai contoh, rejimen berperisai (batalion) Britain dan Kanada (battalion) dibahagikan kepada skuadron (kompeni) dan trup (platon), manakala skuadron kavalri (batalion) Amerika Syarikat terdiri dibahagikan kepada trup (kompeni) dan platun.
Oleh kerana saiznya yang kecil, Tentera Darat Malaysia sebenarnya hanya bersaiz kor yang mempunyai empat divisyen infantri. Di dalam Tentera Darat Malaysia pemerintahan (kor) ini dipanggil Markas Pemerintahan Medan Tentera Darat ataupun Markas Medan Tentera Darat dan dipimpin oleh seorang Leftenan Jeneral. Panglimanya dipanggil Panglima Pemerintah Medan Tentera Darat atau Panglima Medan Tentera Darat.

[sunting]Hierarki pertubuhan tentera laut

Berbeza dengan pasukan darat, organisasi tentera laut, pada kebanyakan masa secara amnya, hampir tidak statik. Ini sering berlaku terutama bagi formasi flotilla dan formasi yang lebih besar darinya. Formasi-formasi kadangkala mengalami perubahan dengan cepat sama ada diceraikan atau digabungkan untuk memenuhi objektif atau tugasan tertentu yang ditetapkan oleh tentera laut. Bagaimanapun wujud organisasi yang dapat dikenalpasti dan dianggarkan saiznya walaupun tidak tetap malahan bukan untuk jangkamasa yang panjang.
NamaJenis kapalJumlah kapalPegawai memerintah
Seluruh Tentera lautKesemua kapal2+ armadaLaksamana Armada
ArmadaKesemua kapal di dalam kawasan yang ditakrifkan dibawah armada tersebut2+ pasukan tugasan atauTask ForceLaksamana
Pasukan tugasan atau Task Force (AS) ataupun Force (British)Jumlah yang besar merangkumi berbagai kapal, biasanya berpusatkan sebuah kapal pengangkut pesawat2+ kumpulan tugasan atauTask GroupLaksamana Madya
Kumpulan tugasan atau Task GroupJuga merangkumi berbagai jenis kapal2+ skuadron tentera lautLaksamana Muda
FlotillaBiasanya mengumpulkan kapal-kapal untuk fungsi yang sama2+ skuadronLaksamana Pertama
Skuadron tentera lautBiasanya mengumpulkan kapal-kapal dari jenis yang sama2 hingga 6 kapal, kadangkala sehingga 8Laksamana Pertama atau Komodoratau Kepten kanan
Elemen tunggalSebuah kapal1Kepten atau Komander
Tentera Laut Diraja Malaysia bukanlah sebuah pasukan tentera laut yang besar sepertimana Tentera Laut Amerika dan tidak mempunyai formasi sebesar kumpulan tugasan atau Task Group. Di dalam TLDM terdapat Markas Wilayah Laut yang bertindak seperti Task Group tetapi kedudukannya lebih bersifat tetap atau statik. Ianya ialah markas atau command di daratan tidak di kapal laksamana atau kapal induk sebagaimana kumpulan tugasan. Sesebuah Markas Wilayah Laut lazimnya diletakkan di bawah pemerintahan seorang Laksamana Pertama.

[sunting]Organisasi tentera udara

Organisasi tentera udara adalah lebih bersifat statik daripada tentera laut dan disusun mengikut kawasan pemerintahan.
NamaBilangan anggotaBilangan pesawatJumlah unit bawahanPegawai memerintah
Seluruh Tentera udaraSeluruh tentera udaraSeluruh pesawat tentera udaraSemua Major Commandsatau Markas utamaMarsyal TUDMGeneral of the Air Force (AS) atauMarshal of the Royal Air Force (British)
Markas utama atau Major CommandSemua pasukan di dalam kawasan tadbiran markas tersebutSemua pesawat di dalam kawasan tadbiran markas tersebutDiberikan satu kawasan tadbiran tertentuJeneral TUDM atau Air Chief Marshal (British)
Tentera udaraMengikut kawasan2+ Sayap udara, Wing(AS) atau Group (British)Mejar Jeneral TUDM atau Air Vice Marshal (British)
Sayap udara, Wing (AS) atauGroup dan Station (British)1,000-500048-1002+ Group (AS) atau Wing(British)Brigedier Jeneral TUDM atau Air Commodore(British)
Group (AS) atau Wing (British)300-1,00017-483-10 skuadronKolonel TUDM atau Group Captain (British)
Skuadron100-3007-162-4 FlightLeftenan Kolonel TUDMWing Commander atauSquadron Leader (British)
Flight20-1004-6Seksyen serta krew penyelenggara pesawatKapten TUDM atau Flight Lieutenant (British)
Di dalam Tentera Udara Diraja Malaysia, organisasinya lebih mirip Tentera Darat Malaysia. TUDM mempunyai tiga divisyen udara yang diletakkan di bawah Markas Operasi Udara. Menyamai TDM sesebuah divisyen udara dipimpin oleh Mejar Jeneral TUDM dan Markas Operasi Udara dipimpin oleh seorang Leftenan Jeneral TUDM. TUDM tidak menggunakan formasi yang lebih besar ini, justeru pangkat TUDM yang disertakan dalam jadual di atas hanya sebagai perbandingan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan