Kali nie just nak cerita tentang karier juruterbang.Tapi lebih kepada soalan-soalan common yang akan selalu ditanya oleh panel penemuduga.Aku tulis post nie coz aku pernah bercita-cita untuk jadi airforce pilot.Tapi soalan2 nie lebih kepada commercial pilot.Ok,korang sume mesti dah tahu pilot tu macam mane.Profession sebagai seorang pilot nie memang sangat disegani,aku tak tahu macam mana pasaran kerja di Malaysia,tapi berdasarkan pertanyaan aku pada ex-APFT(Asian Pacific Flight Training),ramai graduan APFT yang unemployed until now.Tapi aku pernah baca Utusan ramai pilot diperlukan menjelang 2035(berdasarkan pengeluaran airbus).Lagi2 sekarang ramai yang mampu untuk self sponsored untuk masuk akademi.So,the secure way is join cadet yang ditawarkan oleh airlines.
Ini antara common questions yang ditanya sewaktu interview:
(aku tulis dalam BM so senang nak baca)
1.Ceritakan kepada kami tentang diri anda?
2.Apakah kepentingan menguasai beberapa bahasa kepada seorang juruterbang?
3.Ceritakan kepada kami tugas seorang juruterbang.
4.Apakah matlamat atau sasaran anda apabila menjadi seorang juruterbang?
5.Apakah kelemahan yang ada pada diri anda?
6.Berkenaan gaji,berapa banyak yang awak mahukan?
7.Apa yang anda akan lakukan untuk menjadi seorang juruterbang yang berjaya?
8.Apakah yang mendorong anda untuk menjadi juruterbang yang berjaya?
9.Siapakah yang menjadi role-model atau orang yang mempengaruhi anda untuk memilih profession ini?
10.Sebelum melakukan penerbangan,Kapten anda minum minuman keras,apa yang kamu akan lakukan untuk mengatasi perkara tersebut?
11.Jika anda seorang juruterbang professional dan anda mempunyai jadual penerbangan pada awal pagi,bagaimana anda akan mempersiapkan diri untuk penerbangan ini?
12.Jika anda tidak lagi boleh melakukan penerbangan disebabkan faktor kesihatan,apakah yang anda akan lakukan?
13.Selain gaji yang menarik,mengapa anda mahu menjadi juruterbang professional?
14.Apa yang membuatkan seorang juruterbang itu hebat dan berkaliber?
15.Ceritakan kepada kami tentang pangkat dan posisi seorang juruterbang.
16.Bagaimana anda mengukur kemampuan anda untuk menjadi seorang juruterbang?
17.Cuaca buruk semasa penerbangan,apa yang anda akan lakukan?
18.Semasa dalam penerbangan,tiba-tiba enjin mengalami kerosakan,apakah perkara utama yang perlu anda lakukan?
19.Apabila mendapati terdapat kerosakan pada pesawat,bagaimana anda akan mengendalikan penumpang di dalam pesawat tersebut?
20.Adakah anda rasa kelayakan yang anda peroleh akan membantu anda untuk menjadi seorang juruterbang?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan