kehormatan :)

kehormatan :)

Khamis, 9 Februari 2012

kejadian tembak menembak d somalia

Bulatan K4, perhatikan bangunan tinggi. Lokasi strategik untuk keduduk sniper

pemandangan dari sisi lain, K4
bangunan tinggi di kawasan K4
1. Tanpa disangka sahabat yang saya sudah kenal selama 8 tahun iaitu jurukamera Bernama TV, Allahyarham Norafaizul Bin Mohd Nor meninggal dunia selepas terkena tembakan sewaktu membuat tugasan di Somalia.
2. Allahyarham merupakan sahabat yang peramah dan kali terakhir saya bertemu beliau ialah ketika saya menghadiri satu mesyuarat di Kuala Lumpur kira-kira setahun yang lepas.
3. Malangnya memang tabiat orang kita selalu mempolitikkan apa sahaja yang berlaku termasuk jika ia menyentuh kematian orang, dari kematian seorang penyokong pembangkang semasa demontrasi BERSIH 2.0 dahulu dan terkini Norafaizul.
4. Selepas kematian Allahyarham, ada segelintir puak yang menyalahkan Putera Umno Malaysia yang kononnya cuba mendapatkan nama ekoran kerja-kerja amal yang cuba mereka buat di Somalia.
5. “Ramai lagi rakyat Malaysia kebulur, masih ada yang rumah tidak ada lampu…buat apa nak tolong orang lain?” begitulah di antara alasan yang saya baca.
6. Saya malas nak ulas mereka yang beri tohmahan begini kerana pada pengalaman saya, Umno melalui sayap pemudanya sudah lama membuat operasi kemanusiaan di luar negara tetapi ada juga yang langsung tidak mendapat pendedahan media seperti yang saya jumpa di Afghanistan dahulu.
7. Keputusan hendak pergi ke Somalia di bawah Putera Umno sendiri pun bukan dibuat secara paksa tetapi di atas rasa sukarela wartawan atau jurukamera itu sendiri dan mereka sentiasa  mempunyai pilihan untuk menolak tugasan itu.
8. Hujan peluru ke atas wartawan dan NGO Malaysia sudah pun berlaku semasa lawatan media tempatan untuk memasuki Baghdad pada tahun 2003 dahulu.
9. Saya merupakan antara yang terpilih untuk memasuki Baghdad sejurus selepas tentera Saddam Hussein ditewaskan oleh Amerika Syarikat tetapi sebaik sahaja mahu pergi mengambil jaket kalis peluru di Kementerian Pertahanan, tugasan saya dibatalkan.
10.Apa yang berlaku pada tahun 2003 itu, kumpulan wartawan Malaysia akhirnya diserang sehingga menyebabkan seorang penterjemah mereka dari rakyat Iraq terkorban.
11.Saya tidak ada sebarang halangan untuk wartawan Malaysia mempunyai liputan konflik di luar negara terutama di zon bermasalah.
12.Cuma, tidak perlulah dibawa macam satu rombongan sehingga 20 ke 30 orang, memadailah dengan dua atau empat orang wakil media, itu sahaja sudah cukup.
13.Selain memudahkan mobiliti, pergerakkan kita di rantau orang perlu berada dalam keadaan “low profile” dan tidak boleh terlalu menonjol kerana bukan senang untuk kita baca fikiran pihak-pihak yang bertelagah di sana.
14.Bab prosedur keselamatan sudah pasti perlu tetapi tidak ada jaket kalis peluru yang dapat menahan hujan tembakan.
15.Memang ajal maut terletak di tangan Tuhan, tetapi saya berharap selepas ini, pihak media atau mana-mana pertubuhan akan bekerjasama dengan Kementerian Pertahanan untuk meminjam jaket kalis peluru milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
16.Walaupun berat tetapi jaket-jaket kalis peluru milik ATM berada pada tahap tidak  kurang dari 3A, jika kesemua prosedur keselamatan sudah diambil dan kemalangan masih berlaku, jadi tidak ada sesiapa yang akan menunding jari kepada kita.
ANALISIS TEMBAKAN
17.Analisa serangan ke atas kumpulan wartawan Malaysia ini dibuat dengan bantuan bekas penembak tepat terbaik ATM yang mempunyai “9 Confirmed Killed” dan pernah bertugas di Somalia malahan, rakan beliau sendiri pernah menjadi korban di negara itu.
18.Beliau dikenali sebagai “Sniper Gunung”, baru sahaja balik dari Afghanistan untuk membantu pasukan khas kita menjalankan operasi di sana.

sniper gunung-penembak tepat renjer dengan 9 confirmed kill
19.Kami bertemu pada 3 Sept untuk membincangkan tembakan yang membunuh kameraman Bernama itu tetapi saya tidak berani untuk menulis analisis yang kami buat sehinggalah pada pukul 12.53pm, 5 Sept, beliau memberi “Clearance” untuk saya melampirkan artikel terbaru ini kerana sudah mendapat pengesahan dari berita  bahawa mangsa terbunuh akibat tembakan dari peluru jenis “Armour Piercing”  (AP bullet) yang digunakan oleh penembak tepat atau Sniper.
20.Perbincangan selepas pertemuan 3 Sept diteruskan melalui emel dan panggilan telefon selepas gambar luka mangsa mula dikeluarkan, saya pula cuba mendapatkan pengesahan dari anggota media yang sudah pulang ke tanahair dari Somalia untuk mengetahui saiz peluru yang terkena pada badan mangsa.
21.Akhirnya kita tahu bahawa ada dua das tembakan. Salah satu tembakan mungkin tersasar dan satu lagi terkena kenderaan yang membawa Allahyarham, menembusi ketiak. Peluru dari jenis 7.62mm AP itu kemudian bergerak di dalam tubuh mangsa melalui satu proses yang dipanggil “Ricochet” dan
keluar pada bahu mangsa melalui lubang luka yang kita panggil “Outlet”.
22.Proses Ricochet ini menyebabkan paru-paru mangsa luka, terpelantun akibat terkena tulang  dalam badan mangsa dan keluar ke atas melalui bahu.
peluru ni yang no.1 jenis match sniper pakai. anak peluru panjang. yang tengah tu 7.62x51mm NATO (GPMG, HK G3, SLR, HK11A1 etc-ect pakai) dan no. 3 tu 7.62x39mm AK pakai (peluru ketiga hampir meragut nyawa Sniper Gunung dan kini disimpan sebagai kenang-kenangan)ks.
JENIS SENJATA
23.Teori awal bahawa peluru datang dari sistem senjata GPMG sudah kami tolak awal lagi kerana secara psikologi operator GPMG atau PKM tidak akan melepaskan tembakan satu atau dua das dari jenis senjata mesingan.
24.Ada dua das tembakan yang didengar agak kuat oleh saksi iaitu wartawan Bernama TV yang duduk di sebelah pemandu.
25.Kemungkinan tembakan dilepaskan tidak kurang dari 300 ke 400 meter dan bergantung kepada arah angin, bunyi itu dibawa sekali jika angin menuju kepada kenderaan media Malaysia.
26.Melalui pengalaman Sniper Gunung, kawasan K4 yang menjadi medan serangan tersebut merupakan syurga penembak tepat kerana terdapat banyak bangunan tinggi.
27.K4 merupakan gelaran yang diberi oleh askar marin Amerika Syarikat (AS) sebagai singkatan kepada Kilometer 4 dan menjadi bulatan strategik untuk mana-mana pihak yang mahu pergi ke Pasar Bakara atau lapangan terbang, stadium etc.
28.Di antara senjata yang paling popular diguna oleh penembak tepat di sana ialah dari jenis buatan Russia versi lama iaitu Dragunov SVD, kadang-kadang raifel jenis G3 digunakan.

raifel sniper SVD
raifel G3 buatan german yang kadang-kadang diguna untuk sniping di somalia

 SIAPA PENEMBAK
29.Terlalu awal untuk menuduh tentera African Union melepaskan tembakan kerana dalam situasi perang seperti yang berlaku di Somalia, kita tidak tahu tuan empunya peluru, bukan ada cop pun pada peluru tersebut.
30.Krebiliti saksi yang diwawancara juga boleh dipertikaikan kerana keadaan masyarakat sana yang sudah berpecah belah dan setiap seorang merupakan milik salah satu puak dari puluhan puak dan warlord yang ada di negara tersebut.

Mati katak-orangramai mengerumi mangsa yang terkorban selepas terkena tembakan Ak47 milik pemandu dalam kenderaan di hadapan. Kesalahan mangsa hanyalah mencuri sekampit beras yang diletakkan di belakang kenderaan itu. Gambar dari kedudukan sniping Sniper Gunung

MOTIF
31.Melalui pengalaman Sniper Gunung di Somalia, motif tembakan dan pembunuhan berlaku akibat hal yang remeh temeh.
32.Curi beras dari belakang kenderaan menyebabkan nyawa manusia melayang, orang di sana kadang-kadang suka untuk menembak sesiapa sahaja mungkin sebagai satu penghantaran message.
33.Mungkin dalam senario yang menimpa media Malaysia, ada puak yang marah kerana bantuan tidak sampai kepada mereka, mungkin bantuan disampaikan kepada puak atau kabilah yang menjadi musuh mereka.
PERLINDUNGAN
34.Kalau peluru dari jenis AP sudah digunakan, tidak ada jaket kalis peluru yang boleh menyelamatkan anda kerana ia diguna untuk merobek dinding kereta perisai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan