kehormatan :)

kehormatan :)

Khamis, 23 Februari 2012

sebab perlu memaafakn pasagan

 Hanya sekadar perkongsian..tujuh sebab kenapa anda perlu memaafkan pasangan anda.Apabila pasangan anda melakukan sesuatu kesalahan, janganlah terlalu cepat dan kuat memarahi dia. Tenangkan diri dan maafkanlah dia. Jika anda tidak tahu bagaimana hendak memaafkan dia, anda boleh rujuk tujuh sebab kenapa anda perlu memaafkan pasangan anda di bawah.

 Sebab pertama ; Cinta.
 Tiada guna anda mencintai pasangan anda jika anda tidak berupaya untuk memaafkan dia. Maafkanlah dia kerana cinta. Perasaan cinta bermakna anda sedia untuk menerima dia.

Sebab kedua : Anda perlukan dia.
 Walaupun anda tidak perasan, anda sebenarnya perlukan dia dalam hidup anda.Maafkanlah dia kerana anda perlukan dia seperti mana dia perlukan anda utnuk mendidik kesalahan dia.

Sebab ketiga  : Hadiah pada diri sendiri.
 Memaafkan pasangan anda adalah satu hadiah untuk diri anda sendiri. Ini kerana apabila anda memaafkan kesalahan pasangan anda, anda sebenarnya sedang memberi peluang untuk anda berdua lebih kenal antara satu sama lain.

Sebab keempat : Matang dan kuat.
 Apabila anda memaafkan pasangan anda, dia akan jadi lebih matang dan kuat. Selain itu, ia juga akan mematangkan diri anda sendiri. Ini kerana,  memaafkan seseorang membolehkan anda untuk perbaiki diri sendiri dan beri peluang pada diri sendiri untuk mara kehadapan.

Sebab kelima ; Anda juga tidak di maafkan.
Tiada siapa yang tahu apa yang akan terjadi pada masa akan datang. Apabila anda tidak maafkan kesalahan pasangan anda, anda juga mungkin tidak akan di maafkan dia atau orang lain di masa akan datang. Anda perlu terima bahawa tiada manusia yang sempurna.

Sebab keenam ; Tunjuk teladan yang baik pada anak – anak.
 Anak – anak akan ikut telunjuk anda. Anda boleh jadi contoh dengan memaafkan kesalahan pasangan dan teruskan hidup dengan gembira tanpa ada perasaan dendam.

Sebab ketujuh ; Hubungan akan berkekalan.
 Maafkan pasangan anda dan pasti hubungan anda akan kekal untuk masa yang lama. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan