kehormatan :)

kehormatan :)

Jumaat, 6 April 2012

terkenang kisah dulu :(

tadi mase duk godek2 lappy then terjumpe file raya 2009 punye...
then aq tgk pix 2 aq teringat pulak dkt arwah kak aq yg telah lama meninggalkn aq ... hmm aq rindu sgt2 dekat dy.!!tanpa aq sedar air mata aq pun mengalir laju je dekat pp aq ni..aq ni jarang or amat pyh untuk mengis last aq mengis bile arwah  atok n akak aq meninggal pada taon yg same.. kalo ko ada lgi laila mesti happy je uma ni,mesti bising je coz dgr kite berdua gado an but skrg semua da menyepi je..
aq rindu nk bergurau dgn ko,nk bergado dgn ko,aq rindu semua 2...kalo aq skit or cedera ko la owg yg pling byk mulut n owg pling bz tok tolong aq an... ko ingt lagi x tym aq exsident yg lutut aq koyak dalam 2...
ko la yg cuci luke 2 smpai aq bershuffle an huhu...then ko ingt lagi x tym aq exsident naik motor ko yg mate sebelah kiri aq xleh nk bukak coz tisu aq koyak then mate aq kua darah 2...doc ckp kalo kne lagi 2mm aq leh bute 2 an ...tym lepas exsident 2 aq blik um dgn selambe je mcm xde pape bile aq tgk mate aq kua darah terus aq jatuh dpn pintu an then ko n kak long terus anta aq g hospital an..tym otw g ospital aq ngantuk sgt tpi ko xbg aq tydo coz ko kn beljar medic ko tau apa akan jd an kalo lpas exsident kite tydo terus tydo selamanya an ko terus cucuk ubat cap kapak lam hidung aq an huhu...aq da bermatian2 da ingt aq da bute huhu..
then mse aq amik spm dlu ko jnji nan aq kalo result aq cntik ko akan hadiahkn aq moto kesukaan aq an..
now alhamdullilah aq da bole pakai moto 2 dgn berkat usaha aq sendri huhu...kalo bulan pose mesti ko salu je ajak aq g bazar ramdhan an skrg ni aq g bazar pon sowang2 je :(...xlama lgi aq nk hbs beljar da n start keje..aq act harap sgt ko ada sebelah aq teman aq dlm apa jua aq wat...
skrg ni ma da ada migrain,darah tngy n kolestrol lebih ... kalo ko ada mesti ko da membebl n mcm2 ubat ko bwk blik an...huhu....aq ske dgr ko membebel... ko ingt lagi x tym kite kecik2 ary2 kite gado an huhu...
ko ingt lagi x kite main kt sebelah uma main tangga then kaki aq terkena paku 2..smpai skrg ada kesan 2 lagi aq xpenah lupe pon kesan 2..then mse kecik2 kite salu g mand sungai same2..mand ujan sme2 then ayah mara dy g pukol ko tpi aq xkne  pon an huhuhu..skrg ni aq byk bersedih dari aq bergembira...mmg lah muke aq ni senyum je an tpi ko pon fhm pergai aq mcm mne an..ko je yg memahami aq an...huhu skrg ni owg da x memahami aq sedih kot :(...
aq harap an dunia ni leh putar mase mcm dlu an..aq nk je lgi ko bersama kiteowg..aq nk sgt dgr ko gelak,ko mara,membebel,bergado,ko wat suara gedix, n so on aq rindu sgt nan ko...maaf la da lame aq xpergy ziarah ko..act aq nk ziarah ko tpi aq sebak bile g sne..kdang2 aq ase dunia ni kejam..nape harus ambil owg yg aq syg.??nape apa yg aq mahu xdpt tpi aq xmahu dpt pulak nape cm ni!!!....kdang2 aq ase mcm xde gne aq hdp , mcm xde arah aq nk hdp..g mne2 owg duk perkecilkn aq...ye dlu mmg aq jhat tpi skrg aq da berubah aq xmcm dlu lgi...
hmm lastly laila aq rindu sgt2 kt ko..aq ase nk peluk ko kuat2 .. ko jenguk2 la kiteowg ni dari sne ek..xlame lagi kiteowg pown akan menyusul ko... ko doakn la aq berjaya ek laila...nty da berjaya aq nk bawak 1fmly kite g haji ^^'...n aq sentiasa doakn agar aman n sejahtera kt sne :)...
akhir kalam laila... moge ko d tempatkn d kalagan owg yg beriman :)..
kami semua syg sgt kt ko... i love u so much dear :D..
maaflah atas semua salah silap aq nan ko selama ni ek :(

Rabu, 4 April 2012

cokmar upnm


Cokmar Universiti

Cokmar UPNM adalah berasaskan Pedang Zulfaqar yang pernah dipakai oleh Nabi Muhammad S.A.W dan menantunya Sayyidina Ali bin Abi Talib Karramullah Wajha. Panjang pedang ini ialah 5 kaki. Ia diperbuat daripada logam perak dengan campuran besi dan bersalut emas. Petikan Al-Quran dari surah Al-Anfal ayat 60 turut ditatahkan pada pedang.

Bahagian hujung sarung pedang pula dihiasi dengan batu manikam (Topaz) berwarna Kuning Diraja khusus bagi melambangkan kedaulatan Raja-Raja Melayu. Ini diikuti dengan batu delima (Ruby) yang memancarkan cahaya warna merah cili bagi melambangkan Angkatan Tentera Darat Malaysia. Warna bagi mewakili Tentera Udara Diraja Malaysia dilambangkan pada batu nilam (Sapphire) berwarna biru tua sementara batu nilam (Sapphire) berwarna biru laut dilekatkan berhampiran bahagian paling atas pedang sebagai melambangkan Tentera Laut Diraja Malaysia.

Logo universiti yang diperbuat daripada emas tulen dilekatkan pada bahagian tengah hulu pedang.

Jalaran motif daun sireh dan bunga raya menyaluti sebahagian besar sarung pedang yang memancarkan maksud kehalusan budi Melayu yang terus dipertahankan di universiti ini.

Sesungguhnya paduan bilah pedang, ayat daripada Al-Quran dan kilauan batu-batu galian bernilai tinggi adalah manifestasi paduan falsafah ilmu yang tinggi dan hadirnya semangat juang yang tidak akan pernah luntur di kalangan warga universiti.

Isnin, 2 April 2012

kejadian bom di thailand


HAADYAI: Serangan di sebuah hotel di bandar ini selepas letupan bom yang menggegarkan pekan Yala dan Pattani di wilayah selatan Thailand, membunuh lima orang termasuk seorang warganegara Malaysia.
Rakyat Malaysia telah dikenal pasti sebagai Low Thian Hock, 46, dari Kulim.

Walau bagaimanapun, masih terdapat laporan yang tidak disahkan menurut stesen televisyen PBS Thai bahawa dua lagi pelancong Malaysia mungkin terbunuh.

27 rakyat Malaysia juga antara 300 hingga 400 orang yang cedera dalam serangan bom ini.
Ketua Polis Thailand Preawpan Damapong kemudiannya mengesahkan bahawa letupan di hotel 33 tingkat, Lee Garden Hotel yang pada mulanya dipercayai disebabkan oleh kebocoran gas, sebenarnya disebabkan oleh bom kereta.
Datuk Bandar Haadyai, Prai Pattano berkata bom itu terletak di tingkat bawah tanah hotel.
Serangan yang berlaku hanya beberapa minit selepas letupan Yala, datangnya dari kereta yang diletak di tingkat B2 hotel, menyebabkan silinder gas di dapur dan stor di tingkat atas outlet makanan segera meletup.
Konsul Besar Malaysia di Songkhla, Mohd Aini Atan berkata setakat ini, hanya seorang rakyat Malaysia telah disahkan terbunuh dalam serangan itu.
“Sepuluh rakyat Malaysia yang cedera dalam serangan itu telah dimasukkan ke wad di Hospital Haadyai manakala 17 yang lain menerima rawatan pesakit luar,” katanya.
Rakyat Malaysia yang cedera dalam letupan di Lee Garden Plaza Hotel pada Sabtu, kira-kira pukul 1.00 petang telah terperangkap di dalam bangunan itu selama kira-kira dua jam, tambah Mohd Aini.
Tiga letupan bom berasingan di Yala, membunuh sekurang-kurangnya 10 orang dan mencederakan lebih daripada 100.
Beberapa rumah kedai berhampiran tapak letupan telah terbakar manakala kereta dan motosikal telah rosak akibat letupan kuat.
Mengenai insiden di Haadyai, rakyat Malaysia Irwan Ahmad Rejab, 30, berkata dia baru sahaja meninggalkan hotel dan mahu ke Songkhla bersama isteri, tiga orang anak dan ibu apabila dia mendengar letupan itu.
“Saya menyuruh pemandu berpatah balik untuk melihat apa yang berlaku. Apabila saya sampai di hotel saya, saya melihat kaca bertaburan di sepanjang jalan dan suasana kecoh anggota polis dan kakitangan perubatan di mana-mana.
“Nasib baik saya keluar 30 minit lebih awal. Saya sukar untuk berfikir apa yang akan berlaku kepada saya dan keluarga saya jika kita masih di dalam bilik, “kata penjawat awam dari Kajang, Selangor.
Seorang lagi rakyat Malaysia, yang mahu dikenali hanya sebagai Lim, 43, dari Pulau Pinang, berkata dia berada di sebuah kuil berdekatan dan berdoa apabila mendengar letupan itu.
“Saya sepatutnya meninggalkan Haadyai dalam beberapa hari lagi tetapi sekarang saya mahu kembali secepat mungkin,” katanya.
Bangunan itu telah dikepung oleh pihak polis.
**act an aq baru bla dari tmpt kejadian ni baru 1 jam lebih ..huhu...
tau2 je da meletop hoho nsb bek xkne..eh2 pacek elak  haha!!!