kehormatan :)

kehormatan :)

Ahad, 1 Julai 2012

khas untuk anak lelaki

Assalamualaikum wbth...
Saya ingin berkongsi khutbah jumaat siang tadi khas buat anak lelaki yang boleh membuat kita merenung dn mulai merindui ibu kita. Khutbah mengenai bagaimana seorang ibu mengandung bayi, dan membawa kandungan nya yang membesar semakin membesar kemana saja, bukan 1 hari...bukan 1 bulan tapi 9 bulan dalam situasi yang susah dan payah.

Kemudian ketika proses kelahiran ...satu lagi azab harus di tanggung yang tidak akan ada seorang lelaki pun yang sanggup mengharunginya. Selepas melahirkan satu lagi kesakitan dan kepayahan di hadapinya akibat kesan jahitan dalam proses berpantang selama 3 bulan. Bila si ibu sihat tugasnya tidak habis disitu...maka bermulalah era mendidik dgn penuh kasih sayang, kemana saja sianak pergi sibu pasti bimbang... malah kerap merindui si anak...

Bila si anak dewasa mula bekerja ...si anak masih lagi tidak lupakan ibunya dari segi kewangan dan sakit pening ibu. Tapi... apabila si anak masuk saja ke alam perkahwinan dan mempunyai cahaya mata , maka disini sikap rindu, ingatan pada ibunya sudah mula berkurangan....tahu kenapa ? kerana rasa rindu dan ingatan sudah bertukar pada isteri dan cahaya mata nya.

kalau dulu kerap menziarah dan bertanya khabar ibunya...tapi sikap itu sudah makin menurun....malah si anak selalu bermewah makan luar bersama isteri dan cahaya mata nya sehinggakan tidak terlintas di dalam hatinya : '' ibu aku makan apa hari ini ya '' . Malah jika dia mendengar berita anaknya sakit di sekolah atau hostel...walaupun demam biasa saja ...maka susah bagaimana pun, jauh bagaimana pun dia sanggup mendapatkan anak nya.

Tapi kasih si anak sudah lama berubah...bila dengar berita ibunya demam maka si anak tadi mulalah mencari alasan. Alasan yang paling famous sekali '' tidak ada masa ''. Maka si ibu pun carilah panadol sendiri....! Kita harus bayangkan bagaimana orang tua demam panas dalam sakit semua badan....sejuk kan ?? Tapi tau apa si ibu akan jawab ?...'' tak apa lah dia sibuk tu... '' Allahu rabbi...ingat lah wahai anak lelaki , tanggung jawab anak lelaki pada kedua ibu bapa nya sepanjang hayat mereka.

Selagi ada lagi sedikit umur mereka kita sayangi dan ambil beratlah tentang ibu bapa kita. Kadang2 kita bukan tidak ambil berat kan? tapi kita terlupa...maka di ruang yang sempit ini saya mengingatkan diri saya dan juga anda iaitu... hidup seperti roda , hari ini kita layan ibu bapa kita begini...nanti di masa akan datang anak kita pula yang akan layan begitu juga....Rindui lah mereka seperti mana mereka merindui kita, tapi mereka tidak luahkan...seperti biasa mereka akan kata:...'' tak apalah dia sibuk tu...! ''..............

balasan baik keatas orang yg beramal soleh :)

“Jenazah Misteri” membuatkan Tiga penggali kubur tergamam apabila menemui mayat dipercayai berusia lebih 30 tahun dalam keadaan elok dan sempurna, ketika mereka menggali liang lahad itu untuk tujuan pengebumian di Tanah... Perkuburan Islam. Peristiwa ini berlaku di Kangar.

Mayat lelaki yang tidak dikenali itu ditemui sebaik sahaja mereka menggali liang lahad terbabit pada kedalaman 1.5 meter. Mayat lelaki itu bukan saja masih elok dari segi fizikal, malah kain kafan jenazah juga masih sempurna, kecuali sedikit kotor akibat diselaputi lumpur. kayu keranda yang digunakan untuk melindungi mayat sudah reput dimamah usia.

Penggali kubur tersebut berkata penemuan jenazah itu amat mengejutkan, kerana sepanjang pengetahuannya liang lahad yang digali itu memang kosong. keadaan jenazah itu tidak berbau dan masih sempurna dengan kulit serta isi yang...

-> http://www.harian-metro-online.com/jenazah-misteri-berusia-puluhan-tahun-tidak-reput

selama 30 tahun menggali kubur di sini, tetapi tidak pernah menemui kejadian sedemikian, walaupun pernah mendengar cerita mengenainya sebelum ini.”

“Sepanjang pengetahuan, mayat yang masih elok dan sempurna walaupun berusia ratusan tahun kebiasaannya milik orang alim kerana jenazah mereka dilindungi Tuhan berikutan amalan baik yang dilakukan sepanjang hayat.”

“Tergamam apabila melihat wajah serta tubuh mayat yang masih elok seperti baru meninggal dunia, ketika mengangkat mayat terbabit untuk dialihkan ke liang lahad baru, sempat melihat keadaan susuk tubuh mayat berkenaan yang berkulit sawo matang, namun tidak berani menatapnya terlalu lama, penemuan mayat berkenaan adalah suatu misteri kerana jarang dilihat walaupun oleh penggali kubur.” – kata mereka. Subhanallah….

Renungan:

Sepuluh Golongan Yang Mayatnya Tidak Reput Dan Busuk

Didalam hadis Rasulullah s.a.w pernah menyebut mengenai sepuluh golongan yang mayatnya tidak reput dan tidak busuk, mereka akan bangkit dalam keadaan tubuh yang asal diwaktu mati :

1. Para Nabi

2. Para Ahli Jihad

3. Para Alim Ulama’

4. Para Syuhada

5. Para Penghafal Al Quran

6. Imam atau Pemimpin yang Adil

7. Tukang Azan

8. Wanita yang mati kelahiran/beranak

9. Orang mati dibunuh atau dianiaya

10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Juma'at jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah r.a. sabda Rasulullah s.a.w.: Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah s.w.t. memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:

“Wahai Ridhwan , sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( ahli puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan dan buah buahan syurga.”

Maka Malaikat Ridhwan menyeru sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah s.w.t. di dalam Surah Al-Haaqqah yang bermaksud :

(Masing-masing dipersilakan menikmatinya dengan dikatakan): “Makan dan minumlah kamu makanan dan minuman sebagai nikmat yang lazat dan baik kesudahannya, dengan sebab (amal-amal soleh) yang telah kamu kerjakan pada masa yang lalu (di dunia)!” (Surah Al-Haaqqah :24)

Sesungguhnya Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

“Dan (ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.” (Surah Al-Baqarah: 237)

Wallahu’alam,