kehormatan :)

kehormatan :)

Selasa, 27 Disember 2011

organisasi tentera(pangkat)

Unit-unit tentera disusun di dalam organisasi bagi melicinkan pentadbiran semasa aman atau perang. Organisasi ini mungkin terdiri daripada sejumlah tentera, kapal, kenderaan atau kapal terbang. Tentera darat, laut dan udara diatur mengikut susunan dalam kumpulan pelbagai saiz bagi tujuan fungsi, taktik atau pentadbiran.
Secara teknikal, sebuah unit adalah organisasi tentera tunggal yang homogenus; tidak bercampur dengan elemen atau pasukan lain, seperti sebuah batalion (infantri) atau sebuahrejimen (kavalri) secara berasingan menjalankan fungsi pentadbiran dan pemerintahan "pada tahap unit". Organisasi lebih kecil seperti kompeni, platun dan seksyen disebut "unit kecil". Di dalam bahasa Inggeris disebut sebagai unit dan minor unit.
Apabila unit-unit bergabung di bawah satu pemerintahan (command, atau Angkatan Tentera Malaysia lazimnya menggunakan kata "markas"), ianya disebut formasi. Justeru formasi bermula dengan briged, divisyen, kor dan seterusnya ke atas.
Senarai komposisi spesifik unit-unit dan formasi-formasi yang terdapat di dalam sesuatu pasukan tentera dikenali sebagai "Senarai Tempur" atau Order of Battle.

[sunting]Hierarki pertubuhan tentera darat

Artikel ini memberi satu gambaran keseluruhan beberapa terma yang digunakan bagi menggambarkan unit-unit tentera dalam angkatan bersenjata di seluruh dunia. Mungkin terdapat perbezaan dalam penggunaan terma-terma dalam pasukan bersenjata yang datang daripada negara-negara yang berbeza. Kebanyakan unit-unit diterima-pakai berdasarkan contoh daripada Tentera Darat British dan Angkatan Tentera Amerika Syarikat. Para pembaca yang berminat dengan maklumat-maklumat lebih terperinci disyorkan agar merujuk terus pada rencana-rencana yang berkaitan dengan negara tersebut.
SimbolNamaJumlah anggotaJumlah unit bawahanPegawai Memerintah
XXXXXXKawasan atau Medan tentera darat200,000 +2+ kumpulan tentera daratJeneral Tentera Darat (AS) atau Fil Marsyal (British)
XXXXXKumpulan tentera darat100,000 +2+ tentera daratJeneral Tentera Darat (AS) atau Fil Marsyal (British)
XXXXTentera darat50,000-60,000+2+ korJeneral
XXXKor tentera darat30,000-50,0002+ divisyenLeftenan Jeneral
XXDivisyen10,000–20,0002-4 briged atau rejimenMejar Jeneral
XBriged3000–50002+ rejimen atau 3–6
batalion atau rejimen Komanwel
Brigedier Jeneral, Brigedier (British) atau Kolonel
IIIRejimen2000–30002–4 batalionKolonel
IIBatalion atau Rejimen (Armor)300–10002–6 kompeni atau skuadronLeftenan Kolonel
IKompeni, Skuadron atau Bateri (artileri)60–2502–8 platun atau trupKapten atau Mejar
•••Platun atau Trup25–402+ skuad atau seksyenLeftenan Muda atau Leftenan
••Seksyen8–122+ pasukan penyerangKoperal sehingga Staff Sarjan
•Skuad or krew8–122+ pasukan penyerangKoperal hingga Staf Sarjan
ØPasukan penyerang4–5Tidak berkaitanLans Koperal hingga Sarjan
ØPasukan peninjau2Tidak berkaitanSebarang
Susunan unit ini mungkin melangkau turutan; sebagai contoh dalam sebuah batalion di UK mungkin satu formasi bersaiz rejimen. Hanya negara yang mempunyai kekuatan tentera yang kuat yang mungkin mempunyai susunan unit sehingga ke tingkat paling atas, sebagai contoh, unit tentera bagi negara Kanada yang paling besar adalah briged.
Tentera dan negara berbeza mungkin juga mempunyai nama-nama unit tradisi yang berbeza, menjadikan kekeliruan: sebagai contoh, rejimen berperisai (batalion) Britain dan Kanada (battalion) dibahagikan kepada skuadron (kompeni) dan trup (platon), manakala skuadron kavalri (batalion) Amerika Syarikat terdiri dibahagikan kepada trup (kompeni) dan platun.
Oleh kerana saiznya yang kecil, Tentera Darat Malaysia sebenarnya hanya bersaiz kor yang mempunyai empat divisyen infantri. Di dalam Tentera Darat Malaysia pemerintahan (kor) ini dipanggil Markas Pemerintahan Medan Tentera Darat ataupun Markas Medan Tentera Darat dan dipimpin oleh seorang Leftenan Jeneral. Panglimanya dipanggil Panglima Pemerintah Medan Tentera Darat atau Panglima Medan Tentera Darat.

[sunting]Hierarki pertubuhan tentera laut

Berbeza dengan pasukan darat, organisasi tentera laut, pada kebanyakan masa secara amnya, hampir tidak statik. Ini sering berlaku terutama bagi formasi flotilla dan formasi yang lebih besar darinya. Formasi-formasi kadangkala mengalami perubahan dengan cepat sama ada diceraikan atau digabungkan untuk memenuhi objektif atau tugasan tertentu yang ditetapkan oleh tentera laut. Bagaimanapun wujud organisasi yang dapat dikenalpasti dan dianggarkan saiznya walaupun tidak tetap malahan bukan untuk jangkamasa yang panjang.
NamaJenis kapalJumlah kapalPegawai memerintah
Seluruh Tentera lautKesemua kapal2+ armadaLaksamana Armada
ArmadaKesemua kapal di dalam kawasan yang ditakrifkan dibawah armada tersebut2+ pasukan tugasan atauTask ForceLaksamana
Pasukan tugasan atau Task Force (AS) ataupun Force (British)Jumlah yang besar merangkumi berbagai kapal, biasanya berpusatkan sebuah kapal pengangkut pesawat2+ kumpulan tugasan atauTask GroupLaksamana Madya
Kumpulan tugasan atau Task GroupJuga merangkumi berbagai jenis kapal2+ skuadron tentera lautLaksamana Muda
FlotillaBiasanya mengumpulkan kapal-kapal untuk fungsi yang sama2+ skuadronLaksamana Pertama
Skuadron tentera lautBiasanya mengumpulkan kapal-kapal dari jenis yang sama2 hingga 6 kapal, kadangkala sehingga 8Laksamana Pertama atau Komodoratau Kepten kanan
Elemen tunggalSebuah kapal1Kepten atau Komander
Tentera Laut Diraja Malaysia bukanlah sebuah pasukan tentera laut yang besar sepertimana Tentera Laut Amerika dan tidak mempunyai formasi sebesar kumpulan tugasan atau Task Group. Di dalam TLDM terdapat Markas Wilayah Laut yang bertindak seperti Task Group tetapi kedudukannya lebih bersifat tetap atau statik. Ianya ialah markas atau command di daratan tidak di kapal laksamana atau kapal induk sebagaimana kumpulan tugasan. Sesebuah Markas Wilayah Laut lazimnya diletakkan di bawah pemerintahan seorang Laksamana Pertama.

[sunting]Organisasi tentera udara

Organisasi tentera udara adalah lebih bersifat statik daripada tentera laut dan disusun mengikut kawasan pemerintahan.
NamaBilangan anggotaBilangan pesawatJumlah unit bawahanPegawai memerintah
Seluruh Tentera udaraSeluruh tentera udaraSeluruh pesawat tentera udaraSemua Major Commandsatau Markas utamaMarsyal TUDM, General of the Air Force (AS) atauMarshal of the Royal Air Force (British)
Markas utama atau Major CommandSemua pasukan di dalam kawasan tadbiran markas tersebutSemua pesawat di dalam kawasan tadbiran markas tersebutDiberikan satu kawasan tadbiran tertentuJeneral TUDM atau Air Chief Marshal (British)
Tentera udaraMengikut kawasan2+ Sayap udara, Wing(AS) atau Group (British)Mejar Jeneral TUDM atau Air Vice Marshal (British)
Sayap udara, Wing (AS) atauGroup dan Station (British)1,000-500048-1002+ Group (AS) atau Wing(British)Brigedier Jeneral TUDM atau Air Commodore(British)
Group (AS) atau Wing (British)300-1,00017-483-10 skuadronKolonel TUDM atau Group Captain (British)
Skuadron100-3007-162-4 FlightLeftenan Kolonel TUDM, Wing Commander atauSquadron Leader (British)
Flight20-1004-6Seksyen serta krew penyelenggara pesawatKapten TUDM atau Flight Lieutenant (British)
Di dalam Tentera Udara Diraja Malaysia, organisasinya lebih mirip Tentera Darat Malaysia. TUDM mempunyai tiga divisyen udara yang diletakkan di bawah Markas Operasi Udara. Menyamai TDM sesebuah divisyen udara dipimpin oleh Mejar Jeneral TUDM dan Markas Operasi Udara dipimpin oleh seorang Leftenan Jeneral TUDM. TUDM tidak menggunakan formasi yang lebih besar ini, justeru pangkat TUDM yang disertakan dalam jadual di atas hanya sebagai perbandingan.

Rabu, 21 Disember 2011

kematian :'(

SUARA YANG DI DENGAR MAYAT

Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga hal yaitu;
1. Keluarga
2. Hartanya
3. Amalnya

Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya yaitu;
1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali
2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.

Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad …Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik, ‘Wahai Fulan Anak Si Fulan..
· – Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu
· – Apakah Kau Yang Telah Mengumpul Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Mengumpulmu
· – Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu
· – Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu.’

Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan ….Terdengar Dari Langit Suara Memekik, ‘Wahai Fulan Anak Si Fulan…
· – Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Terkulai Lemah
· – Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara
· – Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa
· – Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Raib Tak Bersuara’

Ketika Mayat Siap Dikafan …Suara Dari Langit Terdengar Memekik,’Wahai Fulan Anak Si Fulan
· – Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Ridha
· – Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah
· – Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal
· – Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya
· – Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan.’

Ketika MayatDiusung. ….. Terdengar Dari Langit Suara Memekik, ‘Wahai Fulan Anak Si Fulan..
· – Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan
· – Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Taubat
· – Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat.’

Ketika Mayat Siap Disholatkan ….Terdengar Dari Langit Suara Memekik, ‘Wahai Fulan Anak Si Fulan…
· – Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat
· – Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik
· – Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk.’

Ketika MayatDibaringkan Di Liang Lahat…… terdengar Suara Memekik Dari Langit,’Wahai Fulan Anak Si Fulan…
·Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini
Wahai Fulan Anak Si Fulan…
· – Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis
· – Dahulu Kau Bergembira,Kini Dalam Perutku Kau Berduka
· – Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa.’

Ketika Semua Manusia Meninggalkannya Sendirian… … Allah Berkata Kepadanya, ‘Wahai Hamba-Ku…. .
· Kini Kau Tinggal Seorang Diri
· Tiada Teman Dan Tiada Kerabat
· Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap..
· Mereka Pergi Meninggalkanmu. …. Seorang Diri
· Padahal, Karena Mereka Kau Pernah Langgar Perintahku
· Hari Ini,….
· Akan Kutunjukan Kepadamu
· Kasih Sayang-Ku
· Yang Akan Takjub Seisi Alam
· Aku Akan Menyayangimu
· Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya’.

Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman, ‘Wahai Jiwa Yang Tenang
· Kembalilah Kepada Tuhanmu
· Dengan Hati Yang Puas Lagi Diridhai-Nya
· Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba- Ku
· Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku’

Anda Ingin Beramal Soleh ?
Tolong kirimkan Kepada Rakan-Rakan Muslim Lainnya Yang Anda Kenal…!!! Semoga Kematian akan menjadi pelajaran yang berharga bagi kita dalam menjalani hidup ini.
Rasulullah SAW…. menganjurkan kita untuk senantiasa mengingat mati (maut) dan dalam sebuah hadithnya yang lain, beliau bersabda ‘wakafa bi almauti wa’idha’, ertinya, cukuplah mati itu akan menjadi pelajaran bagimu!
Semoga bermanfaat bagi kita semua, Amiin….

Alhamdulillah, Anda beruntung telah terpilih untuk mendapatkan kesempatan membaca email ini.
Aktifitas keseharian kita selalu mencuri konsentrasi kita. kita seolah lupa dengan sesuatu yang kita tak pernah tau bila kedatangannya. Sesuatu yang bagi sebahagian orang sangat menakutkan.

Tahukah kita bila kematian akan menjemput kita

Rabu, 7 Disember 2011

tips kesihatan wanita

Kepada perempuan/wanita, berapa banyak yang anda benar-benar tahu mengenai Zon V anda? Mungkin banyak yang masih tidak tahu kerana malu untuk mempersoalkan secara terbuka tentang permasalahan ini..
Tapi, sekarang jangan risau kerana anda boleh mendapatkan info selengkap nya tentang diri kamu dan tubuh badan kamu sini
KLIK..
Ni antara soal jawab yang dikemukan..
Jadi apa lagi yang di tunggu? Pelajari tentang tubuh badan kamu sekarang untuk info selengkapnya..
KLIK
Psst, Anda punya hak untuk ketahui..
Kenali tubuh kamu, kenali diri kamu.. :)

soalan nk jadi pilot

Kali nie just nak cerita tentang karier juruterbang.Tapi lebih kepada soalan-soalan common yang akan selalu ditanya oleh panel penemuduga.Aku tulis post nie coz aku pernah bercita-cita untuk jadi airforce pilot.Tapi soalan2 nie lebih kepada commercial pilot.Ok,korang sume mesti dah tahu pilot tu macam mane.Profession sebagai seorang pilot nie memang sangat disegani,aku tak tahu macam mana pasaran kerja di Malaysia,tapi berdasarkan pertanyaan aku pada ex-APFT(Asian Pacific Flight Training),ramai graduan APFT yang unemployed until now.Tapi aku pernah baca Utusan ramai pilot diperlukan menjelang 2035(berdasarkan pengeluaran airbus).Lagi2 sekarang ramai yang mampu untuk self sponsored untuk masuk akademi.So,the secure way is join cadet yang ditawarkan oleh airlines.
Ini antara common questions yang ditanya sewaktu interview:
(aku tulis dalam BM so senang nak baca)
1.Ceritakan kepada kami tentang diri anda?
2.Apakah kepentingan menguasai beberapa bahasa kepada seorang juruterbang?
3.Ceritakan kepada kami tugas seorang juruterbang.
4.Apakah matlamat atau sasaran anda apabila menjadi seorang juruterbang?
5.Apakah kelemahan yang ada pada diri anda?
6.Berkenaan gaji,berapa banyak yang awak mahukan?
7.Apa yang anda akan lakukan untuk menjadi seorang juruterbang yang berjaya?
8.Apakah yang mendorong anda untuk menjadi juruterbang yang berjaya?
9.Siapakah yang menjadi role-model atau orang yang mempengaruhi anda untuk memilih profession ini?
10.Sebelum melakukan penerbangan,Kapten anda minum minuman keras,apa yang kamu akan lakukan untuk mengatasi perkara tersebut?
11.Jika anda seorang juruterbang professional dan anda mempunyai jadual penerbangan pada awal pagi,bagaimana anda akan mempersiapkan diri untuk penerbangan ini?
12.Jika anda tidak lagi boleh melakukan penerbangan disebabkan faktor kesihatan,apakah yang anda akan lakukan?
13.Selain gaji yang menarik,mengapa anda mahu menjadi juruterbang professional?
14.Apa yang membuatkan seorang juruterbang itu hebat dan berkaliber?
15.Ceritakan kepada kami tentang pangkat dan posisi seorang juruterbang.
16.Bagaimana anda mengukur kemampuan anda untuk menjadi seorang juruterbang?
17.Cuaca buruk semasa penerbangan,apa yang anda akan lakukan?
18.Semasa dalam penerbangan,tiba-tiba enjin mengalami kerosakan,apakah perkara utama yang perlu anda lakukan?
19.Apabila mendapati terdapat kerosakan pada pesawat,bagaimana anda akan mengendalikan penumpang di dalam pesawat tersebut?
20.Adakah anda rasa kelayakan yang anda peroleh akan membantu anda untuk menjadi seorang juruterbang?

Selasa, 6 Disember 2011

antara soalan yg akn d interview bile nk jadi pilot huu

Perempuan yang perasan cantik akan menggedik dengan lelaki,
Perempuan yang perasan cantik akan suka membuka auratnya,
Perempuan yang perasan cantik akan mula make up tebal-tebal,
Perempuan yang perasan cantik akan tunjuk semua gambarnya pada lelaki,
Perempuan yang perasan cantik akan merasakan dirinya paling 'cute',
Perempuan yang perasan cantik akan rasa diri dia paling ramai peminat,

Sedangkan HAKIKAT KECANTIKAN wanita ialah:

Muslimah yang cantik tidak akan menggedik dengan lelaki,
Muslimah yang cantik tidak akan membuka auratnya,
Muslimah yang cantik tidak perlu make up tebal-tebal,
Muslimah yang cantik tidak akan tunjuk wajahnya pada lelaki bukan mahram,
Muslimah yang cantik akan sentiasa rasa dirinya biasa-biasa saja,
Muslimah yang cantik akan merasa terhina apabila dirinya dikelilingi 'kumbang',

Kecantikan wanita tidak bererti andai tiada iman, taqwa dan ilmu padanya. Tariklah perhatian Allah, bukan menarik perhatian lelaki yang tidak halal bagi kamu.

rahsia tarikh kelahiran

Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2
Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4
Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5
Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6
Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9

no.1
—-
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2
—-
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no.3
—-
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no.4
—-
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5
—-
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no.6
—-
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7
—-
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

no.8
—-
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no.9
—-
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda mer