kehormatan :)

kehormatan :)

Rabu, 28 Mac 2012

cara askar benti okok






Mereka disuruh menghisap sepuluh batang rokok kemudian
disuruh minum air daripada campuran bawang putih dan tembakau


Read more: http://www.borakkosong.com/2011/03/gilacara-askar-ini-berhenti-merokok.html#ixzz1qPWmlw00

Selasa, 27 Mac 2012

syarat-syarat umum yang diperlukan untuk menjadi Pegawai Kadet UPNM ?

SYARAT KELAYAKAN AM
Jantina.
  • Lelaki dan Wanita.
Umur.
  • 17 tahun 6 bulan hingga 19 tahun pada 31 Mei 12. Calon-calon yang berumur di antara 17 tahun 6 bulan hingga 18 tahun perlu mendapat kebenaran dan kelulusan ibu-bapa/penjaga.
Fizikal.
  • Tinggi minimum : 1.62m (Lelaki)/ 1.57m (Wanita).
  • Berat minimum : 47.5 kg (Lelaki)/ 45.0 kg (Wanita).
  • Ukuran dada minimum (Lelaki sahaja) : 76sm.
  • Body Mass Index (BMI) 18.0 hingga 23.0.
Taraf Kesihatan.
  • Tahap penglihatan ialah 6/6 tanpa kaca mata dan kanta lekap. Calon-calon mesti lulus pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan ATM iaitu memenuhi taraf Darjah Kesihatan Tubuh (DKT - Forward Everywhere (FE).
Kriteria Pemilihan.
  • Proses pemilihan adalah berdasarkan kepada merit Kelayakkan Akademik, Ujian Kepimpinan, Ujian Fizikal dan Prestasi Temuduga. Kecemerlangan dalam bidang sukan akan diberi keutamaan.
SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK
Kelayakan Akademik.
  • Mendapat Gred A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan serta sekurang-kurangnya DUA (2) A dalam mata pelajaran seperti berikut Fizik, Kimia atau Biologi dalam peperiksaan SPM.
  • Calon-calon yang berminat mengikuti Program Asasi Perubatan Pertahanan perlu mendapat sekurang-kurangnya LAPAN (8) A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan termasuk mata pelajaran Sains.
PERLANTIKAN DAN PENTAULIAHAN
Pelantikan.
  • Calon-calon yang berjaya terpilih akan dilantik sebagai Pegawai Kadet untuk menjalani pengajian akademik di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan pengajian ketenteraan.
Pentauliahan.
  • Pegawai kadet yang berjaya lulus dengan cemerlang dalam pengajian akademik dan pengajian ketenteraan serta TERPILIH sahaja akan dianugerahkan Tauliah Jangka Pendek (TJP) dengan menyandang pangkat Leftenan Muda (Lt Muda) atau setaraf setelah diperkenan oleh SPB Yang Di Pertuan Agong.
Gaji.
  • Berdasarkan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SPBA - ATM) yang sedang berkuatkuasa.
Calon-calon yang berjaya disenarai pendek dikehendaki membuat permohonan kemasukan Universiti secara rasmi melalui Unit Pengambilan Universiti (UPU) selepas keputusan peperiksaan sebenar SPM diumumkan.
DOKUMEN DIPERLUKAN
Dokumen Sokongan.
Tiada borang khusus disediakan untuk tujuan permohonan. Permohonan boleh dibuat dengan menyertakan salinan dokumen-dokumen seperti berikut:
  • Butir-butir peribadi (resume) beserta no telefon dan alamat e-mail yang boleh dihubungi.
  • Salinan keputusan percubaan SPM.
  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon, Ibu dan bapa.
  • Salinan Sijil Berhenti Sekolah.
  • Salinan Sijil Kelahiran Pemohon, Ibu dan bapa.
  • Salinan Sijil Sukan dan Ko-kurikulum.
  • Sekeping gambar berukuran pasport.
  • Sekeping sampul Pos Ekspress berukuran 229 mm x 162mm, beralamat sendiri.

syarat-syarat umum yang diperlukan untuk menjadi pegawai di dalam Tentera Darat Malaysia?

SYARAT KELAYAKAN AM
Jantina:
  • Lelaki dan Wanita.
Umur.
  • Tidak melebihi 27 tahun.
Fizikal:
  • Tinggi minimum : 1.62m (Lelaki) / 1.57m (Wanita).
  • Berat minimum : 47.5 kg (Lelaki) / 45.0 kg (Wanita).
  • Ukuran dada minimum (Lelaki sahaja) : 76sm.
  • Body Mass Index (BMI) 18.0 hingga 23.0.
Taraf Kesihatan.
  • Tahap penglihatan ialah 6/6 tanpa kaca mata dan kanta lekap. Calon-calon mesti lulus pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan ATM iaitu memenuhi taraf Darjah Kesihatan Tubuh (DKT - Forward Everywhere (FE).
Kriteria Pemilihan.
  • Proses pemilihan adalah berdasarkan kepada merit Kelayakkan Akademik, Ujian Kepimpinan, Ujian Fizikal dan Prestasi Temuduga. Kecemerlangan dalam bidang sukan akan diberi keutamaan.
SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK
  • Lulus SPM ATAU kelayakan setaraf dengan mendapat Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan), Bahasa Inggeris dan Matematik.
  • Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dan memperolehi keputusan Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) 2.70 ke atas dan memiliki kelulusan di dalam jurusan yang diperlukan seperti berikut:
  • Kejuruteraan dan Arkitek.
    • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Petroleum (Kepujian).
    • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Ukur & Geomatik (Kepujian).
    • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Persekitaran (Kepujian).
    • Ijazah Sarjana Muda Senibina (Kepujian).
    • Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan (Kepujian).
  • Pengurusan Dan Perniagaan.
    • Ijazah Sarjana Muda Kesihatan dan Keselamatan Persekitaran (Kepujian).
    • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian).
    • Ijazah Sarjana Muda Kewangan (Kepujian).
    • Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Perhubungan Awam) (Kepujian).
    • Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hotel & Katering (Kepujian).
    • Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Perkhidmatan Makanan.
    • Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Seni Kulinari.
    • Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hartanah (Kepujian).
    • Ijazah Sarjana Muda Knowledge Management (Kepujian).
    • Ijazah Sarjana Muda Facilities Management (Kepujian).
    • Ijazah Sarjana Muda Pengangkutan (Kepujian).
    • Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Kerja Sosial (Kepujian) Kajian Jenayah.
  • Sains Sosial Dan Kemanusiaan.
    • Ijazah Sarjana Muda Perhubungan Dasar Luar Negara (Kepujian).
    • Ijazah Sarjana Muda Psikologi & Kaunseling (Kepujian).
    • Ijazah Sarjana Muda Sains Politik (Kepujian).
  • Lain-Lain Jurusan.
    • Ijazah Sarjana Muda Sains Statistik (Kepujian).
    • Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian).
    • Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Remote Sensing.
    • Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Kepujian).
    • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan TESL/TESOL (Kepujian).
    • Ijazah Sarjana Muda Bahasa Asing (Jepun/Arab/Perancis/Rusia/Sepanyol) (Kepujian).
    • Ijazah Sarjana Muda Digital Forensic (Kepujian).
    • Ijazah Sarjana Muda Veterinar (Kepujian).
PERLANTIKAN DAN PENTAULIAHAN
Pelantikan.
  • Calon-calon yang berjaya terpilih akan dilantik sebagai Pegawai Kadet untuk menjalani pengajian ketenteraan.
Pentauliahan.
  • Pegawai Kadet yang berjaya lulus dengan cemerlang dalam pengajian ketenteraan akan dianugerahkan Tauliah Jangka Pendek (TJP) dengan menyandang pangkat Leftenan Muda (Lt Muda) atau setaraf setelah diperkenan oleh SPB Yang Di Pertuan Agong.
Gaji.
  • Berdasarkan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA - ATM) yang sedang berkuatkuasa.
KEPERLUAN DOKUMEN
Tiada borang khusus disediakan untuk tujuan permohonan. Permohonan boleh dibuat dengan menyertakan salinan dokumen-dokumen seperti berikut:
Profil peribadi (resume) beserta nombor telefon dan alamat e-mail yang boleh dihubungi.
  • Salinan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang yang ditawarkan.
  • Salinan Transkrip Akademik.
  • Salinan Sijil SPM/SPMV.
  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon, Ibu dan bapa.
  • Salinan Sijil Berhenti Sekolah.
  • Salinan Sijil Kelahiran Pemohon, Ibu dan Bapa.
  • Salinan Sijil Sukan dan Ko-kurikulum.
  • Surat Pengesahan JPA (sekiranya berkaitan).
  • Sekeping gambar berukuran pasport.
  • Sekeping sampul Pos Ekspress berukuran 229mm x 162mm, beralamat sendiri.

Jumaat, 9 Mac 2012

hadiah yang selalu d lupai buat orang tersayang

Hadiah Mendengar
Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.



Hadiah Tanda Kasih
Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.
Hadiah Sehelai Nota
Ia mungkin ringkas seperti “Sayang Awak” atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.
Hadiah Ketawa
Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, “Saya suka ketawa bersama awak.”
Hadiah Puji-Pujian
Sesuatu yang simple seperti “Warna biru memang ngam dengan awak” atau “Sedap masakan awak” mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia.
Hadiah Bantuan

Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.
Hadiah Bersendirian
Ada ketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.
Hadiah Keceriaan
Cubasedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.
Hadiah Riadah
Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.
Hadiah Doa
Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.

sikap wanita yg lelaki sukai :)


1. Keanak-anakkan
Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda.

2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya.

3. Menghargai
Lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

4. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman.


5. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita. (bersifat terbuka)

6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda.

7. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.

8. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia.

Khamis, 1 Mac 2012

Mig-29 akan d bubarkn,wajarkah??





Dua buah MiG-29N, tunjang pemintasan udara TUDM-foto oleh Chaity

Apabila Menteri Pertahanan baru, YB Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan pada 1 Jun 2009 bahawa Skuadron MiG-29N akan dibersarakan, bukanlah satu berita yang mengejutkan kepada pemerhati pertahanan tempatan. Berita mengenai persaraan ini telah bertiup kencang sejak beberapa tahun lalu setelah pembelian Su-30MKM dimeterai.

Alasan yang diberikan adalah kerana kos penyelenggaraan yang terlalu tinggi. Selain itu, kesukaran mendapatkan alat ganti daripada pihak pembekal iaitu Russia menyebabkan kerajaan sedikit tawar hati untuk mengekalkan pesawat ini.

Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin berkata, sementara kajian mengenainya dilakukan, pesawat MiG-29N akan beroperasi seperti biasa. Ini termasuk operasi senggara berkala tetap dilaksanakan. Penamatan khidmat MiG-29N bermakna kerajaan perlu mencari sekurangnya 18 buah pesawat MRCA seperti Su-30MKM atau Super Hornet bagi menggalas tugasan pemintasan yang dilaksanakan oleh MiG-29N selama ini. Ada juga khabar bahawa pesawat satu enjin seperti Gripen dan Rafale turut mengintai peluang dan mungkin Eurofighter juga ada hasrat meluaskan pasaran mereka di Asia Tenggara sendiri.

Tetapi satu perkara yang pasti, skuadron MiG-29N tidak boleh dibersarakan selagi skuadron penggantinya beroperasi sepenuhnya. Jika tidak, akan jadilah pepatah yang dikejar tidak dapat, yang dikendung berciciran.
Imbas kembali, pemilikan MiG-29N oleh TUDM sebenarnya memberikan impak yang besar kepada senario pertahanan serantau. Kesan pembelian tersebut menyebabkan beberapa negara serantau melengkapkan pertahanan mereka dengan senjata terkini antaranya AMRAAM. Ini dilandaskan kepada keupayaan MiG-29N sendiri yang memiliki sistem radar yang membolehkan ia melancarkan R-77 Adder, peluru berpandu BVR (beyond visual range) ini membolehkan MiG-29N memusnahkan sasaran pada jarak sehingga 90km pada kelajuan 3.0 Mach adalah satu keupayaan yang tiada saingannya ketika itu. Bagaimanapun, tiada bukti atau sebarang pengumumuman bahawa TUDM membeli peluru berpandu tersebut. Tunjang sistem peluru berpandu MiG-29N adalah R-27R1 dan R-73E1 AAM yang mana, R-73 adalah sistem peluru berpandu jarak sederhana dengan jarak tembakan sehingga 30km.


R-77 Adder, peluru berpandu BVR Russia
Persoalan yang di benak fikiran adalah kewajaran persaraan MiG-29N sendiri. Tanpa maklumat terperinci daripada kerajaan, maka sukar untuk membuat andaian bahawa pengoperasian kos MiG terlalu tinggi dan tiada kewajaran untuk diteruskan. Berdasarkan maklumat tidak rasmi, TUDM lebih selesa mengoperasikan F/A-18 Hornet berbanding MiG-29N kerana Hornet lebih mudah diselenggara dan mesra pengguna berbanding MiG. Ini tidak dapat disangkalkan lagi kerana doktrin teknologi kedua negara amatlah berbeza. Manual yang lengkap dan teliti serta ditulis dalam bahasa Inggeris bukan diterjemahkan bermakna anggota TUDM tiada masalah mengendalikan F/A 18.
Tetapi setelah lebih 10 tahun mengendalikan MiG, TUDM juga memperolehi kepakaran yang tinggi dan pastinya lebih arif terhadap kerenah pesawat ini. ATSC, syarikat yang bertanggungjawab mengendalikan selenggaranya juga pasti telah memiliki tahap kepakaran yang sama bagi membolehkan mereka berdikari dan inovatif dalam melaksanakan selenggara pesawat tersebut.
Selain Malaysia, antara negara yang mengoperasikan MiG-29 adalah Myanmar, Bangladesh, Yaman, Poland, Bulgaria, Slovakia dan lain-lain. Buat masa ini, antara negara antara negara yang telah secara rasmi membersarakan MiG-29 adalah Luftwaffe, pasukan udara Jerman dan Republik Czech. Bagaimanapun, lebih 30 negara masih mengoperasikan pesawat ini. Bahkan ada versi terbaru telah diperkenalkan oleh Russian seperti versi MiG-29 SMT. Pakej tingkat upaya ini membolehkan MiG-29 memiliki keupayaan terkini seperti radar Phazotron Zhuk ME dengan keupayaan mengesan 10 sasaran pada jarak 245km. Pesawat ini juga miliki jarak operasi yang lebih jauh dan sistem penerbangan digital dan kokpit kaca.

Bagaimanapun, isu utama yang ditekankan bahawa MiG-29N masih mampu berkhidmat sekurangnya 10 sehingga 15 tahun lagi. Melainkan Kerajaan mampu menyediakan kepada TUDM 1 skuadron MRCA dalam tempoh 5 tahun, maka barulah wajar untuk membersarakan MiG-29N. Masalahnya sekarang ini, projek EC-725 masih tertangguh, projek AEW juga begitu dan ini adalah projek yang dianggap memakan masa sekurangnya 10 tahun untuk direalisasikan secara keseluruhan. Adalah agak sukar untuk yakin bahawa Kerajaan akan menyediakan dana yang cukup bagi melaksanakan program-program tersebut.

Cuba lihat satu contoh, Poland antara pengguna MiG-29, pada asalnya hanya membeli 12 pesawat pada 1989, iaitu 9 MiG-29 dan 3 MiG-29UB. Lebih rendah kuantiti berbanding TUDM yang memiliki 18 buah MiG-29. Pada 1994, Poland memperolehi 10 buah MiG-29 daripada Republik Czech, di mana 9 buah MiG-29 dan 1 buah MiG-29 UB.

Pada tahun 1998, apabila Poland menyertai NATO maka kesemua MiG-29 miliknya ditingkat upaya kepada standard operasi NATO. Pada Februari 1999, Kementerian Pertahanan Poland memberi kontrak bernilai USD58 juta kepada DASA Jerman bagi pelaksanaan program tersebut. Kita harus sedar bahawa TUDM telah melaksanakan proses integrasi sistem MiG-29N dengan avionik standard barat pada awal pembelian lagi. Ini menunjukkan versi MiG-29N adalah `NATO compatible' sejak diperolehi pada awal 90-an.

Poland pada 2003, menerima 22 buah MiG-29 milik Luftwaffe dan ditingkat upaya pada tahap operasi. Perkara utama yang ingin ditekankan bahawa Poland merancang menggunakan MiG-29 mereka dan pada 2009 akan melaksanakan program tingkat upayanya, sasaran mereka MiG-29 akan beroperasi sehingga tahun 2025!. TUDM yang kini hanya memiliki 14 MiG-29N berbanding pada awalnya 18 buah semakin ketinggalan. Pengoperasian SU-30MKM pun masih belum sepenuhnya. Berdasarkan masalah integrasi yang dihadapi SU-30MKM, bermakna keadaan masih lagi kurang memberangsangkan buat TUDM. Berbanding MiG-29N yang telah pun dikira matang dan mampu melancarkan ordnans udara-ke-udara tanpa sebarang masalah walaupun menggunakan R-77, bermakna pesawat ini masih berbisa dan mampu memberikan satu igauan pada mana-mana musuh yang cuba mengintai ruang udara negara.

Cuma satu sahaja opsyen yang tinggal, jika MiG-29N dibersarakan, kos persaraan dapat diperolehi dan terus digantikan dengan 1 skuadron MRCA sama ada Gripen atau Rafale barulah terlihat kewajaran tersebut.

MiG-29 milik Poland