kehormatan :)

kehormatan :)

Rabu, 4 Mei 2011

kisah 4 wife :)

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai 4 orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu. Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain. Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit. Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. Dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedagang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri." Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu ! saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Kemudian,pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?" Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku...aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu." Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa.

Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang Lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku.

" Teman, sesungguhnya kita memang mempunyai 4 orang isteri dalam hidup ini;

-ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja Yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

-ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada! yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

-ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita. DAN SESUNGGUHNYA...

-ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak. Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari...

Ahad, 1 Mei 2011

Pesanan baginda Rasulullah SAW:

1) Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. (Riwayat Muslim).

2) Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)

3) Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.

4) Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).

5) Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuk suaminya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)

6) Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan).

7) Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan diair, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

8) Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

9) Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya.

10) Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, diberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta dicatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim.

11) Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya “tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun”. Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malamnya.

12) Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.

13) Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).
 · 

kAsih syang binatang sesama mereka :)

 semalam mase aq duk temenung dpn uma then aq ternampak 3 eko kucing nie ngh gurau sesama mereka hehe...beliau bermain dgn hapy sekali...lompat sne,lompat sni,then men kejar2 la n mcm2 lg la smpai aq pon tergelak tgk gelagat beliau2 semua hehe......then aq pun terpikir....hubungn adik beradik kucing ni lg rapat dri hubungan manusia...korang mesti mcm terpkir an asal aq ckp cm 2...korang boleh tgk d sekeliling korang...ramai ke hubungn adik beradik rapat d kalagan manusia berbanding dgn haiwan...juz tgk je....buka fikiran korang2 luas2..zaman skrg nie..msing2 memikirkn kptgn msing2...semua sibuk berkerja bagai smpai xde mse tok luangkn bersama family...yeah,i know....zaman skrg duit 2 penting kn..ye la nk msok tandas pon kne bayo right..but ingat bahawa allah telah tetapkn kite punye rezeki...xsemestinya duit byk kite akn hidup senang...percaya lah duit byk,lg byk mslh korang...base on the true story....ye spe xske hidup senang  kn...kalo aq pun,aq nk senang je.hehe ^___^'...but fmily n duit mne lg penting...aq ckp fmily lg penting..nk tau knapa...coz duit kalo  hilang bole d cari but fmily kalo hilang d dunia ni leh ke kite cri penganty dyowg..fikir2kan lah wahai manusia.....
                         kuning 2 abg...selpas penat bermain(agaknya la) dyowg pun duk setempt..then abg dy nie jilat la mate adik dy yg penoh dgn kerak taik mata 2 coz skit mate..aq tgk pix ni mm ase terharu sgt..hubungn dyowg nie mmg rapat kn :)....
yg ni pulak...abg dy peluk adk dy tym adik dy kesejukan...
sweet an =)
yg nie pulak merka tydo sme2...dyowg ad 3 adk beradik....yg kuning semua 2 abgsecond kuning putih third yg kaler agak ganjil 2,..huhu...
spe kate bntang xleh tunjukkn kebaikan pd manusia....aq kate haiwan lah plg byk tunjukkn contoh teladan yg bek pd manusia...korang xcye..ok aq bg contoh k...
korang mesti pnah tgk ayam meneram telur dy an....dy protct telur dy dri mne2 ancaman kn..then after telur 2 menetas...so jd lah anak ayam right,,,mse mule2 anak ayam menetas,ibunya mesti pergi mencari makanan untuk dy,selalu menjaga dy,lindungi dri mne2 musuh kn....xke semua 2 contoh yg bek jika berbanding dgn manusia yg BUANG BAYI DALAM TONG SAMPAH,XPUN BG ANJING GIGIT BG HANCUR...ada ke ayam,kucing,lembu, n so on buat anak2 dyowg cm 2...haiwan semuanya xde akal tp npe dyowg bole jge anak dyowg dgn bek berbanding manusia yg allah telah kurnia kn akal fikiran tetapi masih ada lg dlm kalangn manusia yg sangup buang anak...adat dunia la kan...benda yg kite nk xdpt..benda yg kite xnk,kite dpt....ingat lah allah 2 maha pengasih lg maha mengetahui...renungan2kn lah...tepuk dada tanyalah selera k :)

how 2 bersemangat :P


Hello and whatsss up losers?

Nice day kan. Duh. Aku sepatutnya keluar main bowling dan tonton wayang hari ni. Tapi aku end up dengan duduk rumah, siapkan report, kacau adik tengok tv dan tulis blog je. Amat membosankan.

Well, based dari entri-entri lepas, aku perasan yang ramai rasa down tapi get motivated bila baca blog aku. And and then aku pun macam what the heckkk baca blog aku boleh kasi korang motivasi untuk belajar. Padahal, kebanyakkan benda aku main cakap je. HAHA.

Ehem.

Actually, im not that good on motivational-thinggy. Aku pun tak pandai dalam pelajaran so jangan harap ah aku nak kasi korang cara untuk maju dalam pelajaran sebab aku tak ada satu pun tips. Tapi, aku suka baca benda-benda yang berkatian dengan motivasi. Aku suka baca buku motivasi atau cerpen motivasi atau novel motivasi. Tapi, last-last, aku perasan yang semua buku ilmiah motivasi yang di tulis oleh Dr bla bla bla tu semua hampir sama je isi. Kalau ada beza pun, tak jauh. Balik-balik, sentuh bab law of attraction, chaos theory bla bla bla.

So then, instead aku baca buku motivasi yang meleret-leret yang memang mencuri masa aku yang sedia ada sikit, baik aku buat benda lain. Dengan kata lain, aku jumpa banyak port lain untuk cari benda-benda yang boleh naikkan semangat untuk survive the life.

Tumblr (sebut : Tam-bler)


Tumblr is the best place untuk korang dapatkan semangat. Amat mudah sebab most of tumblr punya post adalah sekeping gambar yang ada beberapa ayat yang penuh makna. Most of the time, satu gambar dari tumblr akan membuatkan korang berfikir panjang. Berfikir dengat amat panjang. And then, bila tengok gambar kat tumblr tu, korang rasa nak simpan je gambar tu. Yes, aku amat addicted dengan gambar kat tumblr. Aku pernah 'curi' gambar kat tumblr dan simpan dalam laptop sampaikan bilangan dia dah cecah ribuan. Sebab gambar dia memang buat aku terfikir dan amat menarik. So, bila tertarik, aku simpan dengan harapan nak tengok balik. Tapi last-last, tak tengok juga.

Antara Tumblr yang aku rasa korang patut lepak adalah;
EykaHamasuba  - Soundless Expression - Khas untuk siapa-siapa yang relax sambil berhibur dengan gambar cantik.
Hijabi's Lookbook! - Khas untuk lelaki yang nak usha awek comel bertudung. Lelaki, biasalah. Usha awek comel penting bagi menaikkan semangat.
Letter of my life - Yang ni, antara fav aku. Banyak post yang di reblog yang boleh membuatkan aku berfikir. 
Pink Miss Yani - Yang ni pun best.
I'll be in love someday - Tumblr kepunyaan Gebu. Dia ni la yang perkenalkan tumblr kat aku. Tapi sekarang jarang dah update.
Zarrahh - Aku tak tahu who the tell Zarrahh ni. Tapi, aku suka gambar kat tumblr dia.
Another side of Munsyi - Title tumblr dia mengingatkan aku pada url blog aku mula-mula dulu which is AnotherSideOfMe. Tumblr dia lebih kepada Islamik. Dia masih single (kot), masih kacak dan masih available. Go grab him. Fast.

Aku perasan di setiap tumblr mesti ada gambar atau kata-kata yang memberansangkan. So, tumblr adalah tempat paling best untuk korang yang perlukan semangat.

Soalan kat email
Ini adalah benda yang paling best bila ada blog. Bila dah ada blog, memang selalu gak lah ada orang email. Tapi aku tak boleh la reply email setiap hari memandangkan aku dalam situasi busy macam ni. Tapi kan, kadang-kadang orang yang hantar email kat aku ni macam ada sense ke enam lah. Bila aku macam depressed atau tension je, mesti dieorang akan datang cheer kan aku termasuk tulis berderet-deret pasal hidup dia atau kawan dia yang dulunya susah tapi sekarang nak cecah kemucak kejayaan. Cerita-cerita dieorang serious kasi semangat. Tu tak termasuk nasihat-nasihat yang dieorang kasi.

Dan macam aku pernah ceritakan, dulu ada seorang awek ni. Aku tak kenal pun dia. Tapi dia siap belikan aku tiga buah novel untuk aku. Bukan sebarang novel tau. Novel yang dia kasi tu ada nilai dia yang tersendiri. Isi novel, penceritaan, motif, moral, keagamaan dan macam-macam lah ada dalam tu. Dan tentu sekali, novel tersebut di tulis oleh penulisnya yang aku paling minat, Hlovate.

I got awesome followers friends.


Lagu / Musics


Lagu adalah media paling mudah untuk kita layan. Macam korang la. Kadang-kadang, korang suka sesebuah lagu sebab lagu tu tepat-tepat kena dengan kehidupan korang kan. Seolah-olah lagu tu dicipta untuk korang. Di tambah lagi dengan video clip dia.

Out of all, aku paling suka dengar lagu yang kasi motivasi. Contohnya la The Climb by Mili Cyrus. Firework by Katy Baby dan Waiting Outside The Lines by Sasha Greyson Chance.

And and and, yang terbaru, entah mengapa aku jatuh cinta dengan lagu Who Says dari  Selena Gomez. Walau pun lagu dia bukan genre yang aku minat, tapi aku still boleh suka lagu ni bila first time aku dengar. Lagu ni mungkin dah lama tapi aku baru discover. Dan lirik dia...

Who says
Who says you're not perfect
Who says you're not worth it
Who says you're the only one that's hurting
Trust me
That's the price of beauty
Who says you're not pretty
Who says you're not beautiful
Who says

Selepas dengar lagu ni, aku rasa macam Yeaaaaah! I am perfect. I am pretty. I am beautiful! Never this beautiful. Serious korang patut dengar.

Mandi /  Berendam


Ya ya ya alright. I know. I know yang korang annoyed dengan aku yang asyik suruh mandi. Bila stress, mandi. Bila sedih, mandi. Bila bosan, mandi. And now, bila depressed dan tak ada semangat pun nak kena mandi juga? Actually, yes. Mandi adalah satu aktiviti yang amat best yang pada masa sama, membuatkan korang berasa tenang. Korang tahu tak apa sifat air? Sifat air adalah menenang kan. Dan kalau korang nak tahu, masa mandi adalah antara masa yang paling sesuai untuk membuat keputusan dan berfikir. Sebab bila mandi, korang akan menjadi tenang.

"Don't make decision when you are angry. Don't make a conclusion when you are sad"

Bagi aku, mandi la tempat paling best untuk berfikir. Tapi kalau korang aku tak tahu la. Mana la tau kot-kot korang suka berfikis masa tengah 'yakyak'.

Movies
Benda yang paling aku suka adalah menonton movie. Sebab bila kita menonton movie, kita akan rasa macam the part of the illusion which is, kita akan lukan dunia kita yang penuh dengan masalah. Sebab tu lah aku suka tonton movie yang tak ada watak ketiga yang jahat yang licik, yang pandai, yang suka buat fitnah dan bla-bla-bla. Aku nak tonton movie untuk relax dan bertenang. Dan pada masa yang sama, dalam movie-movie yang aku tonton, memang banyak yang boleh kasi motivasi. Tak kisah lah motivasi untuk hidup ke, untuk berusaha atau untuk belajar.

Laskar Pelangi - Ni adalah movie yang memang aku layan habis. Antara movie yang aku sanggup tengok dua kali. Ya. Aku amat pantang tengok movie lebih dari sekali. Bukan pantang, memang tak boleh tengok. Bila tengok, rasa tak best langsung. Tapi, Laskar Pelangi memang terbaik. Aku dah ulang tengok cerita ni lebih dari dua kali. Aku rasa cerita ni lagi best dari Slumdog Millionaire.

Glacie Choice - Ini adalah movie yang membuatkan aku minat kat Hallmark Channel (Diva Universal) Astro 702. Dan tak lupa juga, awek dalam cerita ni amat comel. Serious comel. Comel dan gebu.

Homeless To Harvard - Ini adalah sebuah cerita dari kisah benar. Sekarang ni, Liz Murray tengah dok kasi motivasi kat semua students kat seluruh dunia.

 "... and my passion now is to help transform the lives of others" ~ Liz Murray

Siapa nak motivasi untuk belajar, sila sila lah tengok movie ni. Dan ini website Liz Murray.

3 Idiots - Ini adalah another movie yang boleh membuatkan korang percaya bahawa minat memang akan leads korang ke arah kejayaan. Movie india pertama yang aku betul-betul enjoy. Antara sebabnya, dalam movie ni, tak ada watak ketiga yang jahat serta licik. Dan dari movie ni juga la aku minat Aamir Khan dan Kareena Kapoor yang cun dan oh, oh OH. Cantik juga orang India utara ya. Orang utara ni memang cantik dan comel semuanya. Termasuk orang Utara Malaysia. Amat comel lagi memikat.

Dan ada bermacam-macam movie termasuk Persuit of Happiness. Korang boleh discover sendiri movie-movie yang bukan bergenre perang tapi bergenre life. Ada banyak kat dunia ni. 



Don't get me wrong. Motivasi tak semestinya di cari untuk berjaya. Tapi, motivasi di cari untuk terus survive dalam dunia ni. So, pandai pandai la korang cari benda-benda yang boleh inspire kan diri korang supaya korang rasa inspired.

Well, kalau di fikir-fikirkan balik, hidup aku bukan teruk sangat pun. I have a good roller coaster, you know. A roller coaster yang laju yang ambil masa yang amat lama untuk naik ke laluan tertinggi. And once bila dah sampai ke puncak, amat mudah untuk turun. Semua antara kita adalah sama je konsepnya. Bezanya, berapa tinggi kita akan naik, berapa laju kita akan turun dan berapa jauh kita akan bergerak. And I guess, I need a brand new railway.

npe laky yg kne!!!




(base on the true story nie jep)


SAYA wanita berusia 24 tahun. Apa yang ingin saya ceritakan ini bukan untuk membuka aib sendiri, sebaliknya menjadi pengajaran bagi gadis lain di luar sana.


Saya sebagai manusia yang ingin mencintai dan dicintai tidak terlepas daripada melakukan kesalahan. Hati saya disapa lelaki bernama A pada usia 19 tahun dan saya menerimanya kerana sikapnya yang tenang serta lemah lembut.

Pada mulanya hubungan kami baik, namun sikap A mula berubah selepas setahun kami bersama. Di sebalik sikapnya yang tenang terselindung ego yang tinggi. Saya sering mengalah dalam apa jua keadaan.

Saya sentiasa yakinkan diri A akan berubah sikap, namun selepas setahun keadaan tetap sama. Saya tetap bersabar kerana sayangkannya hinggalah kesetiaan saya diuji dengan kehadiran lelaki bernama E yang mahu menjadi kekasih saya.

Pada mulanya saya menolak kerana sayangkan A, namun akhirnya saya terima E sebagai kekasih kedua tanpa pengetahuan A. Sikap E yang jauh lebih baik daripada A membuatkan sayang saya terbahagi dua.

Namun kerana terlalu percaya janji manis E, kesucian saya diragutnya tanpa kerelaan saya. Saya menangis sepuas-puasnya kerana rasa bersalah pada keluarga dan A. Bagaimanapun E pandai berkata-kata dan menabur janji manis yang membuatkan saya terpedaya.

Entah apa yang merasuk saya untuk terus menyayangi E. Saya diperlakukannya seperti patung tidak bernyawa dan menjadi tempat E melepaskan nafsu serakahnya. Saya dipukul jika tidak mengikut kehendaknya dan duit simpanan saya habis dikikisnya.

Hidup saya menjadi kucar kacir hingga hilang tumpuan pada kerja dan keluarga. Saya langsung tidak dengar nasihat orang lain supaya meninggalkan E, sebaliknya terus bersabar kerana terlalu sayangkannya. Biarpun E jahat, kebaikannya tetap ada.

Akhirnya saya hamil dan E meninggalkan saya. Saya buntu dan takut. Saya ceritakan segala-galanya kepada A dan berkali-kali saya minta maaf kepadanya. A kecewa, namun dia maafkan saya.

A tidak benarkan saya gugurkan kandungan dan suruh saya dapatkan perlindungan di rumah pemulihan. Selepas bersalin, saya serahkan anak kepada keluarga angkat.

Sukar diceritakan bagaimana sedihnya perasaan saya apabila terpaksa menyerahkan anak kepada orang lain. Rasa marah dan dendam pada E hanya Tuhan yang tahu.

Selepas itu hubungan saya dan A kembali terjalin. A ambil berat mengenai diri saya, namun egonya tidak luntur. Saya terpaksa bersabar, apatah lagi A berjanji untuk memiliki saya kembali serta tidak mengungkit kisah silam.

Malangnya A berubah sikap. Dia mula meminta saya memuaskan nafsunya. Apabila saya menolak, lain pula jadinya. A menghina dan mengungkit kisah silam saya.

Akhirnya saya ditinggalkan A biarpun berkali-kali saya katakan saya menyayanginya sepenuh hati serta tidak akan mengulangi kesilapan lalu. Kini hidup saya kembali tertekan. Selain ditinggalkan teman lelaki, kerinduan terhadap anak semakin kerap menghantui diri.

Kini saya benci dan sukar mempercayai lelaki. Apakah tiada kemaafan untuk saya biarpun saya sudah insaf? Adakah lelaki yang sudi menerima saya dengan jujur sebagai isteri?

Adakah wanita seperti saya sekadar layak menjadi pemuas nafsu lelaki? Bagaimana saya nak membina kembali kehidupan saya dalam keadaan serba tertekan ini?

Ini bukan email/surat dari pembaca. Sebab kalau dari pembaca blog aku, aku akan huraikan/jawab dengan elok-elok serta dengan sopan santun. 

Apa yang aku nak cakap kat sini, bukan untuk cakap pasal gadis suka-suka. Tapi aku agak pelik la kan, macam mana gadis begitu mudah terpedaya?

Aku tengok betul-betul, baru aku perasan. Aku perasan suatu benda yang kaum hawa suka sangat guna ia itu konsep 'Yu are my only one" atau "Yu adalah future husband ai" atau "Sampai bila-bila pun ai hanya ada yu". Perlukah aku ingatkan pepatah "Sedangkan orang kahwin pun boleh cerai, inikan pula couple"?. So sebelum buat sex tu fikirlah, kau dan lelaki tu bila-bila masa boleh putus. Then bila dah putus tu faham-faham lah. Sebab tak ada siapa tahu samaada kau dan dia betul-betul jodoh atau tak sehinggalah kahwin. And apa yang aku nak cerita kat sini bukan pasal dara atau tak, tapi pasal seks. Pernah komentor aku menyatakan yang "Boys = Love for sex" dan "Girls = Sex for love". And bila keadaan seperti di atas berlaku, you are nothing more than rubbish.

Come on girls. Bila keadaan dah jadi cam ni, jangan dok salahkan lelaki dan pls lah stand up for yourself. Dont be overstupid. Bila lelaki cakap "Apasalahnya kita main, nanti ai akan jadi suami yu juga", sila lah lawan. Hentam lah apa-apa pun sebagai jawapan. Hentam je sebagaimana korang hentam di dalam exam. Macam tak biasa pula.

Kenapa aku tulis ni? Sebab aku sakit hati betul tengok dengan kaum gadis yang sikit-sikit nak salahkan lelaki ni. Bila salah je, lelaki. Salah je, lelaki. Tak semua lelaki jahat. Aku pernah lihat lelaki tolak ajakan seks dari perempuan di depan mata aku. Kat situ dah terbukti tak semua lelaki akan kata "Dah rezeki, apahal nak tolak?" bila perempuan tu tanggal baju kat depan mata.

entah la :)


dengar sini yer ...
Unconditional love is when you give without hoping for any returns .

bukan nk ckp ape laa ...
Love without rules is lonesome .

dan .. untuk pengetahuan kauu ...
Wira ingin dicintai atas kelemahannya, bukan kerana kehebatannya .

 jadi sekarang ..
Biarpun masih ada sayang dan cinta, biarlah masa yang membuktikan kesungguhannya..

Kenapalahh hidup ini selalu dipaksa dan terpaksa ... ? tolonglahh , buang sifat perintah dan angkuh kau tu yer.
kau sedar yang kau macam biskut ? sekelip mate kau datang , dan sekelip itu jugalah kau hilang .

walau seburuk mane kau layan aku , aku tetap terima kau sebab aku percaye ..
untuk menikmati sesuatu yang bagus pasti ada pengorbanannya .