kehormatan :)

kehormatan :)

Ahad, 1 Mei 2011

npe laky yg kne!!!




(base on the true story nie jep)


SAYA wanita berusia 24 tahun. Apa yang ingin saya ceritakan ini bukan untuk membuka aib sendiri, sebaliknya menjadi pengajaran bagi gadis lain di luar sana.


Saya sebagai manusia yang ingin mencintai dan dicintai tidak terlepas daripada melakukan kesalahan. Hati saya disapa lelaki bernama A pada usia 19 tahun dan saya menerimanya kerana sikapnya yang tenang serta lemah lembut.

Pada mulanya hubungan kami baik, namun sikap A mula berubah selepas setahun kami bersama. Di sebalik sikapnya yang tenang terselindung ego yang tinggi. Saya sering mengalah dalam apa jua keadaan.

Saya sentiasa yakinkan diri A akan berubah sikap, namun selepas setahun keadaan tetap sama. Saya tetap bersabar kerana sayangkannya hinggalah kesetiaan saya diuji dengan kehadiran lelaki bernama E yang mahu menjadi kekasih saya.

Pada mulanya saya menolak kerana sayangkan A, namun akhirnya saya terima E sebagai kekasih kedua tanpa pengetahuan A. Sikap E yang jauh lebih baik daripada A membuatkan sayang saya terbahagi dua.

Namun kerana terlalu percaya janji manis E, kesucian saya diragutnya tanpa kerelaan saya. Saya menangis sepuas-puasnya kerana rasa bersalah pada keluarga dan A. Bagaimanapun E pandai berkata-kata dan menabur janji manis yang membuatkan saya terpedaya.

Entah apa yang merasuk saya untuk terus menyayangi E. Saya diperlakukannya seperti patung tidak bernyawa dan menjadi tempat E melepaskan nafsu serakahnya. Saya dipukul jika tidak mengikut kehendaknya dan duit simpanan saya habis dikikisnya.

Hidup saya menjadi kucar kacir hingga hilang tumpuan pada kerja dan keluarga. Saya langsung tidak dengar nasihat orang lain supaya meninggalkan E, sebaliknya terus bersabar kerana terlalu sayangkannya. Biarpun E jahat, kebaikannya tetap ada.

Akhirnya saya hamil dan E meninggalkan saya. Saya buntu dan takut. Saya ceritakan segala-galanya kepada A dan berkali-kali saya minta maaf kepadanya. A kecewa, namun dia maafkan saya.

A tidak benarkan saya gugurkan kandungan dan suruh saya dapatkan perlindungan di rumah pemulihan. Selepas bersalin, saya serahkan anak kepada keluarga angkat.

Sukar diceritakan bagaimana sedihnya perasaan saya apabila terpaksa menyerahkan anak kepada orang lain. Rasa marah dan dendam pada E hanya Tuhan yang tahu.

Selepas itu hubungan saya dan A kembali terjalin. A ambil berat mengenai diri saya, namun egonya tidak luntur. Saya terpaksa bersabar, apatah lagi A berjanji untuk memiliki saya kembali serta tidak mengungkit kisah silam.

Malangnya A berubah sikap. Dia mula meminta saya memuaskan nafsunya. Apabila saya menolak, lain pula jadinya. A menghina dan mengungkit kisah silam saya.

Akhirnya saya ditinggalkan A biarpun berkali-kali saya katakan saya menyayanginya sepenuh hati serta tidak akan mengulangi kesilapan lalu. Kini hidup saya kembali tertekan. Selain ditinggalkan teman lelaki, kerinduan terhadap anak semakin kerap menghantui diri.

Kini saya benci dan sukar mempercayai lelaki. Apakah tiada kemaafan untuk saya biarpun saya sudah insaf? Adakah lelaki yang sudi menerima saya dengan jujur sebagai isteri?

Adakah wanita seperti saya sekadar layak menjadi pemuas nafsu lelaki? Bagaimana saya nak membina kembali kehidupan saya dalam keadaan serba tertekan ini?

Ini bukan email/surat dari pembaca. Sebab kalau dari pembaca blog aku, aku akan huraikan/jawab dengan elok-elok serta dengan sopan santun. 

Apa yang aku nak cakap kat sini, bukan untuk cakap pasal gadis suka-suka. Tapi aku agak pelik la kan, macam mana gadis begitu mudah terpedaya?

Aku tengok betul-betul, baru aku perasan. Aku perasan suatu benda yang kaum hawa suka sangat guna ia itu konsep 'Yu are my only one" atau "Yu adalah future husband ai" atau "Sampai bila-bila pun ai hanya ada yu". Perlukah aku ingatkan pepatah "Sedangkan orang kahwin pun boleh cerai, inikan pula couple"?. So sebelum buat sex tu fikirlah, kau dan lelaki tu bila-bila masa boleh putus. Then bila dah putus tu faham-faham lah. Sebab tak ada siapa tahu samaada kau dan dia betul-betul jodoh atau tak sehinggalah kahwin. And apa yang aku nak cerita kat sini bukan pasal dara atau tak, tapi pasal seks. Pernah komentor aku menyatakan yang "Boys = Love for sex" dan "Girls = Sex for love". And bila keadaan seperti di atas berlaku, you are nothing more than rubbish.

Come on girls. Bila keadaan dah jadi cam ni, jangan dok salahkan lelaki dan pls lah stand up for yourself. Dont be overstupid. Bila lelaki cakap "Apasalahnya kita main, nanti ai akan jadi suami yu juga", sila lah lawan. Hentam lah apa-apa pun sebagai jawapan. Hentam je sebagaimana korang hentam di dalam exam. Macam tak biasa pula.

Kenapa aku tulis ni? Sebab aku sakit hati betul tengok dengan kaum gadis yang sikit-sikit nak salahkan lelaki ni. Bila salah je, lelaki. Salah je, lelaki. Tak semua lelaki jahat. Aku pernah lihat lelaki tolak ajakan seks dari perempuan di depan mata aku. Kat situ dah terbukti tak semua lelaki akan kata "Dah rezeki, apahal nak tolak?" bila perempuan tu tanggal baju kat depan mata.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan