kehormatan :)

kehormatan :)

Isnin, 4 April 2011

amaln yg boleh menghancorkn sesebuah perhubungn....(20 sifat)

Cintaku adalah bara yg sentiasa menyala
dan semakin marak ditiup kerinduan padamu...
 


Beberapa perkara dari sikap, cara berfikir dan cara berkomunikasi seseorang itu, kalau diulangi dan dibuat berterusan berpotensi sangat menghancurkan perhubungan.
  1. Walau pun anda tak ada fakta dan hujah yang lengkap, anda terus kata anda betul dan terus amalkan sikap keras kepala.
  2. Tidak pernah minta maaf! Walaupun terang-terang anda ni salah.
  3. Pentingkan diri anda. Buat tak tahu saja kepentingan / keperluan pasangan anda. Yang penting apa anda nak MESTI anda dapat dan dia tunaikan.
  4. Tak pernah mengaku dan menunjukkan yang anda terluka. Sebaliknya bila terluka, cepat-cepat melenting dan marah.
  5. Anda tahuu kekurangan, kesalahan dan rahsia keluarga pasangan anda dan gunakan itu semua bila anda gagal masa berbincang dengan pasangan.
  6. Bila pasangan buat salah,anda guna dan manipulasi perasaan bersalah itu untuk menyerang emosinya.
  7. Sentiasa cekap cari kesalahan pasangan. Kalau dia buat perkara baik, tidak pula memuji atau beri komen positif, anda diamkan sahaja.
  8. Tidak menepati janji.
  9. Buat-buat faham apa yang si dia cakap dan sampaikan walaupun anda sepatah apa pun tak faham.
  10. Tak pernah serius dalam apa-apa perkara pun.
  11. Sentiasa cakap anda ‘ pasti mati ’ kalau dia buat tak tahu pada anda.
  12. Selalu ungkit perkara lepas. Cara penyampaian saja yang tak sama tapi isi dan fakta tetap sama.
  13. Kalau bertengkar, sentiasa tak nak kalah. Anda bertengkar bukan untuk mencari penyelesaian tapi untuk ‘ menang ’. Jadi apa cara pun anda mesti buat anda menang sampai pasangan tak tahan.
  14. Tak tunjukkan tanda anda ambil berat pasangan anda.
  15. Tekankan apa yang anda kata jauh lebih penting daripada pasangan anda. Jadi anda selalu ‘potong’ cakap bila pasangan sedang bercakap.
  16. Bila anda dapati anda betul dalam sesuatu perkara, selalu cakap, “ Itulah.. saya dah cakap, tapi awak degil ”
  17. Selalu anggap pasangan anda saja yang perlu faham kehendak / keperluan anda dan perlu secepat mungkin buat apa saja untuk anda tanpa perlu anda cakap.
  18. Bagi yang dah berkahwin, dalam perhubungan seks, anda anggap keperluan seks pasangan sama sahaja macam anda.
  19. Rajin komen yang tak elok tentang ibu bapa / keluarga pasangan anda.
  20. Bertindak bahawa semua yang di atas tu, anda tidak buat. Pasangan anda yang sebenarnya perlu berubah!

hasil kajian gua menunjukkn sifat2 nie lah yg akn menghncurkn sesebuah perhubungn yg terjalin dgn mesra n bagia :)

2 ulasan: