Contoh kes: Kakaknya baru saja putus cinta.Bila cik awek tanya..
‘macam mana boleh putus awak…?’ cik abg akan jawab… ‘..dah nak putus nak buat macam mana…’
Alasan : Tak usah bimbang sebab secara genetik lelaki tidak dibentuk untuk petah bercakap mcm perempuan.Menurut seorang pakar,wanita boleh mengeluarkan antara 6 hingga 8 ribu kata per hari.sementara lelaki rata2 hanya mengeluarkan antara 2 hingga 4 ribu kata sahaja.
2.Lelaki Tahan Berjaga Sepanjang Malam Demi Hobi
Contoh Kes : Cik awek sering tak menemui jawapan kenapa cik abg sanggup mengadap game sepanjang malam tanpa henti (dari mengadap dirinya..kahkahkah)..lepas tengok piala Malaysia,tgk badminton All England plak..pastu, sambung tgk EPL pulak kan…sampai jam 3 pagi..
Alasan : sebelah kanan otak lelaki mempunyai bahagian yang tidak dimiliki oleh kebanyakkan wanita,seperti untuk mengukur sudut pandang(angle),kecepatan dan jarak.Namanya adalah Kesedaran Ruang Visual (VSA),yang amat penting peranannya di zaman dulu dimana lelaki harus berburu utk mendapatkan makanan.
3.Lelaki Rela Menghabiskan Banyak Wang Untuk Peralatan Elektronik Atau Aksesori Kereta
Contoh Kes : Cik abg rela keluarkan wang simpanan utk menambah aksesori kereta…tapi kenapa mereka memBEBEL kalau tengok cik awek bershopping??
Alasan : Alat2 elektronik atau aksesori kereta bolehlah dikatakan sebagai alat permainan lelaki dewasa.Bagi lelaki,benda 3 dimensi ni terlihat lebih menarik dan menstimulasi area VSA otak mereka.Dengan demikian mereka secara tidak sedar dgn happy2 jer buang duit utk benda2 tu.
4.Lelaki Jarang Muncul Dengan Jambangan Bunga.
Contoh kes : Dekat filem2 drama2,sering kita lihat hero/cik abg muncul tiba2 di rumah cik aweknya dgn sejambak bunga.Kenyataan nye?..huh hampeh!!
Alasan : Dari awal lagi,otak lelaki lebih mengutamakan hal praktik.Kebetulan, hal2 bunga nih tak menarik ruang logik otak mereka.Beli sesuatu yang bakal layu dalam beberapa hari benar2 satu pembaziran…itu tanggapan org lelaki laa kan..baik belanja makan!kenyang perot…
5.Lelaki Tidak Bergosip
Contoh Kes : Bila cik awek bace gosip kat magazine sambil ckp: ‘eh betul ke ni..?’cik abg dgn pantas memotong ‘pegi makan jom!dah lapar nie…’
Alasan : Sebenanye lelaki juga bergosip.Tapi cara dan gaya mereka bergosip tidak sejelas cik2 awek bergosip dan juga tidak pada saat objek yag nak digosip berada dekat situ. Dan kalau mereka punya masalah dengan seseorg,biasanya mereka menyelesaikannya, atau melupakannya.
6.Lelaki selalu mengaggungkan IBU mereka.
Contoh kes: Lelaki jarang mengkritik ibu mereka,apatah lagi kalau hubungan mereka akrab.Lebih panas lagi kalau dia kata pada cik awek,
‘eleh ayang,macam tu pun tak reti buat ke?mak i pejam mata pun boleh buat tau…’
Alasan : Bagi lelaki,ibu mereka merupakan wanita ideal dan inti dari hidup mereka.Lelaki juga belajar mengenal rasa melindungi dari hubungan kedua orang tuanya sebagaimana ayah mereka melindungi ibunya.Makanya, tak perlulah mintak dia persoalkan apa apa ttg ibunya.
7.Lelaki sanggup menyimpan semua edisi terhad komik,cd,jeans, jam tangan,jersey dan apa2 saja!
Contoh kes : ‘Borinngg..!’katanya si cik awek…. sekejap sekejap cik abg ajak g petaling street,kemudian kedai komik lps tu carik lens kamera… semata-mata nak cukupkan koleksinya.
Alasan : Berbalik kepada asal mereka sebagai pemburu,lelaki senang menghimpun persediaan keperluan mereka sebanyak mungkin.Mereka selalu berwaspada dan beranggapan bakal diadili oleh lelaki lain,sehingga tidak hanya mengumpul kuantiti,tapi juga kualiti yang dimilikinya. Bagi mereka,punyai sesuatu yang boleh dibanggakan adalah prestasi tersendiri yang dapat memacu ego mereka.
8.Lelaki Senang Melihat Wanita Memakai Skirt Pendek(mini skirt)- Asalkan Bukan Kekasihnya.
Contoh kes : Cik abg memuji setinggi langit kaki nicole kidman ketika memakai mini skirt.Tapi kalau cik aweknya yg pakai,komennya pula…
‘I tak suka ahh!! tukar lain…macam penyapu lidi je..kalo u pakai baju kurung bertudung litup, laaaaggiiiii i sukeee..’ Bengang kan cik2 awek sume…?
Alasan : Bagi lelaki,kaki cantik adalah simbol kesuburan wanita.Kalau buah hati sendiri yang mempamerkan kaki dan bahagian2 yang lain pada yang bukan sepatutnya..mereka jadi waspada kerana itu merupakan sasaran mata lelaki-lelaki lain
p/s : pasni harap kaum2 hawa faham la lelaki ini mcm mana..
Adakah orang seorang perokok? atau ayah, abang, pakwe atau suami korang ada yang merokok? haa.. meh bace entri ni untuk mengetahui pangkat-pangkat perokok ni..
1. Newbie Orang yang baru belajar merokok, masih batuk-batuk lagi. Biasanya hisap rokok sebatang pun tak habis, hisap rokok berkongsi dengan orang lain. Kebanyakannya terjadi kepada kanak-kanak sekolah dan remaja. Jumlah rokok dihisap: : 1-2 minggu sebatang sekali
2. Smoker sambilan Orang yang sudah mengenali rokok, tapi masih rasa pahit-pahit kalau dah habis merokok , orang ini belum pernah membeli sekotak rokok, pasti dia hanya ‘mengepau’ kawan-kawannya. Jumlah rokok dihisap: : Bergantung kepada keihklasan kawan-kawannya tapi biasanya 2/3 hari sekali
3. Aktivis smoke Orang ini sudah membeli rokok di kedai. Biasanya sekali beli 1 batang atau 2-3 batang. Semasa merokok dia sudah tidak rasa pahit-pahit lagi apalagi batuk batuk. Jumlah rokok dihisap: : 1 hari ~ 1-3 batang
4. Smokeholic Orang ini sudah tahap ketagih merokok. Biasanya kalau rokok dia habis dia cepat-cepat ke kedai untuk membeli sekotak lagi walaupun sekotak biasanya habis dalam 2-3 hari. Namun jika dia menghisap rokok yang keras seperti m*rlboro merah dan sepertinya masih batuk-batuk lagi. Jumlah rokok dihisap: : 1 kotak = 2/3/5 hari atau 5-6 batang sehari
5. Smoke addict /smoker Kalau sudah menjadi penagih rokok memang susah nak berhentikan kebiasaannya ini. Semua jenis rokok sudah pasti dia boleh hisap. Orang ini sudah merasai nikmatnya rokok plus kopi.Biasanya di kalangan mahasiswa atau pekerja. Jumlah rokok dihisap: : 1 kotak 2 hari malah boleh jadi sehari. Sehari tidak merokok hangin satu badan.
6. smoke maniac Orang ini bukan lagi menjadi penagih tetapi boleh dinamakan perokok tegar. Hidupnya tanpa merokok seperti sudah tidak bermakna dan kekurangan sesuatu. Jumlah rokok dihisap: : Sehari sekotak dan kadang-kadang lebih.
7. Smoke geek Pangkat ini dah memasuki tahap awal dewa smoke. Sehari boleh 1 kotak lebih malah kadang-kadang 2 kotak, dia boleh habiskan. Sebelum atau selepas melakukan sesuatu pasti rokok di tangan, sudah terikat dengan rokok.Kalau dia tidak ada duit pasti melakukan apa cara untuk merokok. Jumlah rokok dihisap: : 1 hari 1 atau 2 kotak.
8. Smoke freak Sudah boleh dipanggil dewa buat pangkat ini. Seperti susah giler nak berhenti merokok. Mungkin juga untuk pangkat ini jika sakit jantung atau batuk-batuk darah baru boleh berhenti. Orang ini lebih memilih rokok dari makanan, sanggup tidak makan janji boleh merokok. Sehari boleh 2 kotak rokok dia habiskan. Jumlah rokok dihisap: : 1 hari 2 kotak rokok kretek atau lebih
9. Made in smoke Jika tidak ada duit rokok daun malah kertas pun boleh dihisap jika tidak ada duit nak beli rokok. Dalam sehari susah nak mengira berapa kotak batang sehari. Mungkin sejam boleh 3/4 batang dia merokok. Pendek kata kalau tengok orang ini pasti sedang pegang rokok Jumlah rokok dihisap: : tidak diketahui banyaknya yang pastinya lebih dari 2 kotak sehari..
Berikut adalah 10 perkara yang menjadikan seseorang lelaki mangsa kekejaman seorang makhluk tuhan yang digelar perempuan. Fakta oleh Fox News.
10. Nombor Telefon Katakan anda adalah seorang lelaki dan telah berhempas pulas untuk menarik perhatian gadis idaman anda sekaligus mendapatkan nombor telefon si dia. Ya, akhirnya dia kelihatan tertarik kepada anda dan si dia memberi nombor telefon kepada anda. Tetapi bukan nombor telefon dia, tetapi jiran sebelah dia.
9. Kedai percuma Berhati-hati apabila anda mempunyai kawan perempuan tahap ‘HOT’ baik punye kerana apabila si dia malas untuk keluarkan duit atau ingin rasa dihargai, dia akan mula mengambil handphone dan mencari mangsanya untuk diajak keluar. Kemudian apabila keluar, dia akan mula menunjukkan perangai manje al-gediks semata-mata untuk mendapatkan semuanya secara percuma…Pokai..Pokai….
8. Parasit Perempuan jenis parasite ini adalah seseorang yang merasakan diriya tidak boleh hidup tanpa berpasangan dengan lelaki. Selagi masih belum jumpa lelaki baru, dia akan terus menghisap segala-galanya daripada anda. Apabila si dia jumpa lelaki yang lebih ‘baik’, dia akan tinggalkan perhubungan yang sedia ada dan mula hinggap ke mangsa yang baru. Segala kata-katanya adalah murahan semata-mata.
7. Ratu Putar Emosi Menangis…Menangis…Menangis…. Sedingin mana pun lelaki terhadap perempuan, tetapi apabila perempuan mula menangis, lelaki akan mula gelabah dan cari jalan untuk buat perempuan berhenti menangis. Kalau kena yang jenis kuat menangis lepas tu manja, sengsara….
6. FizikalKadangkala susah jugak kalau perempuan ni terlebih pandai. Perempuan akan sesenang hati pukul, debik, dan belasah lelaki tetapi apabila lelaki mula angkat tangan, mulalah kata ayat biasa dia. “Lelaki tak elok pukui pompuan taw…Dayus…”
5. Kritik Perempuan tahu malu kalau kena kritik di khalayak umum tapi perempuan tak sedar kadangkala percakapan dan pebuatan dia telah mengkritik lelaki di khalayak ramai dan lebih tak berhari perut sehingga menjatuhkan maruah dan ego seorang lelaki.
4. Available Anda sebagai seorang lelaki terlalu sayangkan kekasih anda tetapi si dia seolah-olah menganggap dirinya masih available dengan menjadi tumpuan lelaki dan membenarkan bermain cinta dengan lelaki lain dan bagi dia, ianya satu kepuasan!
3. Seks Seks umpama nyawa kepada lelaki. Namun apabila seorang suami mengajak isterinya untuk ‘ehem…ehem.. dan isterinya menolak tanpa alasan yang tak munasabah, itu sesuatu yang memang kejam! Terseksa jiwa dan raga akibat memendam rasa…
2. Kawan Vs Awek Si dia tahu anda akan keluar untuk tengok bola final ‘Liga Juara-Juara’ dengan kawan-kawan, tetapi dia dengan ‘slumber dog’ telefon anda untuk datang berjumpa dengannya, kalau tak datang, putus hubungan. Lepas tu kalau nak join tengok bola tak apalah jugak. Ini cuma hanya sebab nak katakan dia cinta anda dan rindukan anda…
1. Mengurat Kalau lelaki lain mengurat kekasih atau gadis idaman anda mungkin masih boleh ditumbuk-tumbuk lelaki tersebut. Tetapi perempuan memang betul-betul kejam apabila dia tahu anda cinta dan sayangkan anda tapi sengaja mengurat lelaki lain dihadapan anda dengan cara layanan yang tidak pernah anda sendiri rasakan.. Terbako!!! Terbako yang oiii!!!!
Pernahkah korang melihat anak-anak kecil yang asyik memegang bantal kesayangan mereka ke mana saja mereka pergi? Bukan semasa untuk tidur semata-mata, malah sering dibawa kemana-mana semampu mungkin jika dibenarkan oleh ibubapa mereka. Bahkan ada yang merengek dan menangis jika tidak dapat bersama bantal kesayangan mereka.
Mungkin korang juga merupakan salah seorang dari mereka sebelum ini. Atau adakah korang ini seorang yang tidur bertemankan lebih daripada 2 biji bantal di sisi atau pun seorang yang tidur tanpa bantal lansung. Sebenarnya, rahsia korang dan bantal di sisi korang semasa tidur mempunyai pelbagai tafsiran tentang sifat dan perwatakan seseorang. Mari kita menyelongkari beberapa rahsia menarik di sebalik bantal ini dan apakah perwatakan berkait dengan :-
1. Memeluk Bantal Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.
2. Menggunakan Banyak Bantal Mereka biasanya kurang keyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.
3. Tidur Dengan Satu Bantal Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.
4. Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dengan orang ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung kepada sifat yang egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita-cita mereka dan mereka tidak suka berusaha lebih.
5. Tidur Tanpa Bantal Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.
Pada zaman Bani Israil, ada seorang ahli ibadat dan seorang penderhaka. Tiba-tiba ahli ibadat itu meninggal dunia, maka Nabi Musa a.s mendapat tahu bahawa ahli ibadat itu termasuk di dalam senarai ahli neraka. Sesudah itu mati pula si penderhaka, maka Nabi Musa a.s mendapat tahu bahawa penderhaka tersebut termasuk di kalangan ahli syurga.
Apabila Nabi Musa a.s mendapat tahu hal ini maka baginda pun pergi ke rumah ahli ibadat itu lalu bertanya kepada isterinya, “Apakah amal yang sentiasa dibuat oleh suamimu?” Maka isteri ahli ibadat itu menjawab, “Suamiku itu sangat rajin melakukan amal ibadat dan kamu juga mengetahuinya.” Nabi Musa bertanya lagi, “Kemudian apa lagi yang dibuat oleh suamimu?” Lalu isteri ahli ibadat itu berkata, “Setiap malam apabila suamiku hendak tidur, dia akan berkata ‘Alangkah beruntungnya kami kalau apa yang diajar oleh Nabi Musa itu benar’.”
Setelah Nabi Musa a.s mendengar penjelasan dari isteri ahli ibadat itu, maka baginda pun pergi ke rumah penderhaka itu, setelah sampai di rumah orang itu maka Nabi Musa a.s bertanya kepada isteri penderhaka, “Apakah amal yang dilakukan oleh suamimu?” Isteri penderhaka pun menjawab, “Engkau pun tahu suamiku itu adalah seorang penderhaka, dia sangat suka berbuat kejahatan semata-mata.” Kemudian Nabi Musa a.s bertanya lagi, “Katakan padaku, apakah amal yang pernah dia lakukan selain itu.” Maka isteri penderhaka berkata, “Setiap malam sebelum tidur suamiku selalu membaca لاَّ Ø¥ِÙ„َÙ‡َ Ø¥ِلاَّ الله atas apa yang diajarkan oleh Nabi Musa a.s.”
Dalam kisah ini kita dapat simpulkan bahawa ahli ibadat itu tidak yakin sepenuhnya dengan apa yang diajarkan oleh Nabi Musa a.s maka Allah memasukkannya ke dalam neraka manakala si penderhaka yang berbuat dosa dan meyakini setiap apa yang diajarkan oleh Nabi Musa a.s di samping mengamalkan kalimah syahadah dimasukkan ke dalam syurga. Oleh itu hendaklah kita melakukan amal ibadat dengan penuh kusyuk dan yakin dengan meletakkan harapan bahawa kita pasti akan bertemu dengan Allah dan jangan ragu-ragu dengan itu.
Rasulullah s.a.w telah bersabda, “Sesiapa yang mengucapkan لاَّ Ø¥ِÙ„َÙ‡َ Ø¥ِلاَّ الله, yakin dengan iman yang teguh, maka sesungguhnya akan keluar dari mulutnya seekor burung berwarna hijau dengan dua sayap putih bertaburan mutiara yaqud, dan ia terbang ke langit sehingga terdengar dengungannya di bawah Arasy, bagaikan dengung lebah sehinggalah disuruh, ‘Tenanglah, diamlah’. Maka burung itu berkata, ‘Tidak, sebelum Engkau (Allah) mengampuni orang yang membacanya’.”
Maka Allah s.w.t pun mengampunkan orang yang mengucapkan kalimah tersebut lalu burung itu diberikan 70 lidah untuk membaca istighfar bagi orang yang membaca لاَّ Ø¥ِÙ„َÙ‡َ Ø¥ِلاَّ الله itu sehingga hari Kiamat. Dan apabila tiba hari Kiamat, maka ia akan menyambut orang yang membaca kalimah tersebut dan menontonya masuk ke syurga.
Dikisahkan pula ketika Allah s.w.t menenggelamkan Firaun dan tenteranya dan menyelamatkan Nabi Musa a.s, maka pada waktu itu Nabi Musa a.s telah berdoa, “Ya Allah ya tuhanku, tunjukkanlah kepadaku amal perbuatan untuk mensyukuri nikmatMu ini”. Kemudian Allah berfirman, “Wahai Musa, bacalah لاَّ Ø¥ِÙ„َÙ‡َ Ø¥ِلاَّ الله.” Nabi Musa bertanya lagi, “Ya Allah ya tuhanku, tambahkanlah lagi untukku.” Maka Allah berfirman, “Wahai Musa, sekiranya tujuh petala langit dan tujuh petala bumi diletakkan di sebelah kiri neraca timbangan (mizan) dan diletakkan kalimah لاَّ Ø¥ِÙ„َÙ‡َ Ø¥ِلاَّ الله di sebelah kanannya, nescaya akan lebih berat bahagian لاَّ Ø¥ِÙ„َÙ‡َ Ø¥ِلاَّ الله itu.”
Bidadari syurga, makhluk yang telah sangat indah yang telah Allah ciptakan untuk hamba-hambaNya yang soleh, yang berbuat kebaikan, yang layak untuk memasuki syurga. Diceritakan bahawa bidadari-bidadari syurga ini terlalu rindukan suaminya di dunia dan teringin melihat suaminya di dunia, namun tidak diberi izin oleh malaikat penjaga syurga. Suatu hari mereka meminta izin dari Allah untuk menjenguk ke bumi bagi melihat suami mereka dan telah diizinkan. Bidadari-bidadari ini dapat mengenal siapa suami mereka kerana di dada mereka telah tertulis nama suami yang mereka rindui.
Apabila melihat ke bumi, mereka terlihatlah bidadari-bidadari akan isteri bagi suami mereka di dunia tidak taat serta berbuat derhaka kepada suami, lalu bidadari syurga itu berkata, “Janganlah kamu menyakitinya, semoga Allah memerangimu, sesungguhnya dia hanyalah tamu di sisimu, sebentar lagi dia akan datang kepada kami dan meninggalkanmu.” Di dalam Al-Quran dan hadith banyak sekali dijelaskan ataupun digambarkan tentang susuk bidadari yang bertempat di syurga dan bersedia melayani para ahli Jannah.
AL-QURAN
Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan/isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah. (Al-Imran:15)
Demikianlah keadaannya; dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya. (Ad-Dukhan:54)
Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya. (Al-Waqi’ah:22)
Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh). (Al-Waqi’ah:35-36)
Dan di sisi mereka pula bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), lagi yang sebaya umurnya. (Sad:52)
Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin; maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan. (Ar-Rahman:56-58)
Sedang di sisi mereka ada pula bidadari-bidadari yang tidak menumpukan pandangannya melainkan kepada mereka, lagi yang amat indah luas matanya. (As-Saffat:48)
Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (bidadari-bidadari) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya. (Ar-Rahman:70)
Ia itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing; maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin. (Ar-Rahman:72-74)
HADITH
Rasulullah s.a.w bersabda: “Jika salah seorang bidadari menampakkan wajahnya, nescaya akan menerangi antara langit dan bumi.” (H.R. Bukhari)
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: Allah Azza wa Jalla berfirman, “Aku siapkan bagi hamba-hambaKu yang soleh sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas oleh fikiran.” (H.R. Bukhari dan Muslim)
Dari Anas bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Jibril mengatakan kepadaku bahawa ketika orang mukmin masuk syurga, akan disambut oleh bidadari dengan pelukan hangat dan erat. Dengan jari dan telapak tangan manakah akan dibandingkan kelembutan dan keindahannya, kalau lambaiannya akan memadamkan sinar matahari dan bulan?” (H.R. Thabrani)
Rasulullah s.a.w bersabda: “Sekiranya salah seorang bidadari syurga datang ke dunia, pasti ia akan menyinari langit dan bumi dan memenuhi antara langit dan bumi dengan aroma yang harum semerbak. Sungguh penutup kepala salah seorang wanita syurga itu lebih baik daripada dunia dan seisinya.” (H.R. Bukhari dan Muslim)
Dari Anas bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Jika sehelai saja dari rambut bidadari jatuh ke bumi, nescaya wanginya akan meliputi seluruh timur dan barat.” (H.R. Ath-Thabrani)
Ibnul Qayyim memberikan penjelasannya mengenai hal ini: “Mengenai rambut bidadari ada dua sifat kontradiktif yang membuat kecantikannya semakin nyata dan memikat. Pekatnya hitam rambut terpadu dengan putihnya wajah dan mata yang bersinar cemerlang. Sungguh kontras sekali, namun disitulah letak kecantikannya.” (Kitab Hadzil Arwah:316)
Rasulullah s.a.w bersabda: “Rombongan yang pertama masuk syurga adalah dengan wajah bercahaya bak rembulan di malam purnama. Rombongan berikutnya adalah dengan wajah bercahaya seperti bintang-bintang yang berkilau di langit. Masing-masing orang di antara mereka mempunyai dua isteri, dimana sumsum tulang betisnya kelihatan dari balik dagingnya. Di dalam syurga nanti tidak ada orang bujang.” (H.R. Bukhari dan Muslim)
Rasulullah s.a.w bersabda: “Penghuni syurga boleh mencermin melihat wajahnya di pipi bidadari yang mulus itu.” (H.R. Al-Baihaqi dan Al-Hakim)
Dari Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w bersabda: “Seandainya bidadari meludah pada tujuh lautan, nescaya air laut akan tawar kerana keindahan dan kemanisan mulutnya, kerana bidadari terbuat dari za’faran.”
Dalam sebuah riwayat oleh Hafidz Abu Bakar Al-Ajri, dari Imran bin Hasyim dan Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda: “Mahligai-mahligai (istana) di syurga itu tercipta dari Lu’lu, dan pada tiap-tiap mahligai itu ada tujuh puluh kampung dari Yaqut yang merah dan pada tiap-tiap kampung ada tujuh puluh rumah daripada Zamrud yang hijau; dan tiap-tiap rumah ada tujuh puluh tempat tidur; dan tiap-tiap tempat tidur ada tujuh orang perempuan dari bidadari.”
Rasulullah s.a.w bersabda: “Sungguh tutup kepala salah seorang wanita surga itu lebih baik daripada dunia dan seisinya.” (H.R. Bukhari dan Muslim)
Dari Anas r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Seorang mukmin di syurga diberi kekuatan untuk menjimak isterinya sekian dan sekian.” Sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah ia begitu kuat?” Baginda s.a.w bersabda, “Ia akan diberi kekuatan seratus orang laki-laki.” (H.R. Tirmidzi)
Dari Ummu Salamah r.a, ia berkata: Saya bertanya, “Wahai Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari yang bermata jeli?” Baginda s.a.w menjawab, “Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari yang bermata jeli, seperti kelebihan apa yang tampak daripada apa yang tidak tampak.” Saya bertanya, “Kerana apa wanita dunia lebih utama daripada mereka?” Baginda s.a.w menjawab, “Kerana solat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada Allah. Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuning-kuningan, sanggulnya mutiara dan sisirnya terbuat dari emas. Mereka berkata, ‘Kami hidup abadi dan tidak mati, kami lemah-lembut dan tidak jahat sama sekali, kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali, kami redha dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya’.” (H.R. Ath-Thabrani)
Riwayat Ibnu Abbas r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat bidadari-bidadari. Dikatakan kepadanya, namanya ‘Aina’, ia diciptakan dari empat unsur, iaitu misik, kafur, anbar dan za’faran. Semua bidadari-bidadari itu sangat merindukan suami-suami mereka. Andai sekali saja bidadari-bidadari itu meludah di dunia maka tawarlah lautan tersebut lantaran ludahnya. Tertulis pada tengkuknya, ‘Barangsiapa yang suka akan dirinya seperti aku, maka beramal dengan ketaatan kepada Tuhannya’.”
Riwayat Ibnu Mas’ud r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya ketika Allah menciptakan syurga ‘Adn, Dia memanggil malaikat Jibril, berangkatlah engkau ke syurga ‘Adn dan lihatlah apa yang telah aku ciptakan untuk hamba-hambaKu dan wali-waliKu. Maka berangkatlah Jibril ke syurga ‘Adn dan mengelilingi syurga tersebut. Maka salah seorang bidadari dari penghuni istana-istana syurga yang masih perawan dan matanya bersinar-sinar memuliakannya, lalu bidadari itu tersenyum pada malaikat Jibril, maka menjadi teranglah syurga ‘Adn kerana gigi-giginya. Lalu malaikat Jibril bersujud, ia menyangka cahaya itu berasal dari Nur Tuhan Yang Maha Mulia. Maka bidadari itu memanggil malaikat Jibril, “Wahai makhluk yang dipercayai Allah s.w.t, tahukah engkau untuk siapa aku diciptakan?” ucap bidadari jelita itu. “Tidak,” jawab malaikat Jibril. “Sesungguhnya aku ini diciptakan oleh Allah s.w.t untuk orang yang memilih redha Allah s.w.t daripada menuruti hawa nafsunya,” ungkap bidadari itu.”
Di dalam kitab Daqoiqul Akbar Fii Dzikril Jannati Wan-Nar karya Imam Abdirrahim bin Ahmad Al-Qadhiy disebutkan: Rasulullah s.a.w bersabda, “Allah s.w.t menciptakan wajah bidadari dari empat warna, iaitu putih, hijau, kuning, dan merah. ALLAH menciptakan tubuhnya dari minyak za’faran, misik, anbar dan kafur. Rambutnya dari sutera yang halus. Mulai dari jari-jari kakinya sampai ke lututnya dari za’faran dan wangian. Dari lutut sampai payudara dari misik. Dari payudara sampai lehernya dari Anbar dan dari leher sampai kepalanya terbuat dari kafur. Seandainya bidadari itu meludah sekali di dunia, maka jadilah semua air di dunia Kasturi. Di dadanya tertulis nama suaminya dan nama-nama Allah s.w.t. Pada setiap tangan dari kedua tangannya terdapat sepuluh gelang dari emas, sedangkan pada jari-jarinya terdapat sepuluh cincin, dan pada kedua kakinya terdapat sepuluh binggal (gelang kaki) dari Jauhar dan permata.”
Video kuliyah mengenai bidadari syurga
Ini adalah sedikit gambaran yang Allah berikan tentang bidadari di syurga. Walau bagaimanapun gambaran itu, manusia tidak akan boleh membayangkan sesuai dengan rupa aslinya, kerana sesuatu yang berada di syurga adalah sesuatu yang belum pernah kita lihat di dunia ini.