kehormatan :)

kehormatan :)

Sabtu, 2 April 2011

nape popuan nges


Dulu, masa muda-muda dulu. Masa aku hingusan macam korang sekarang, aku selalu pergi ke tadika. Tadika tu macam kat dalam kampung sikit biasalah I kan orang kampung tak macam korang orang-orang bandar mengada-ngada.

Rutin hariannya aku di tadika; sebelum rehat, belajar benda-benda kenali jarum jam dan selepas rehat, belajar ABC. Time tu, aku paling susah nak ingat dengan huruf N. Aku boleh hafal semua turutan huruf, tapi mesti tertinggal dengan huruf N. Cara aku atasi masalah ni adalah dengan mengingat seorang mak we (Awek) ni. Nama dia Ann. Tapi cara cikgu tu sebut bunyik macam N. Tak tau lah kot-kot cikgu tu poyo ke apa nak berslang-slang di tadika. So, dari situ, aku kenal awek tu.

Ann ni manja gila. Sikit-sikit nangis. Sikit-sikit nangis. Tak dapat makan, nangis. Tak ada tempat nak letak selipar, nangis. Tak reti baca waktu jam, nangis. Tak dapat cari buku nota, nangis. Sembelit sampaikan 'cake' tak keluar pun nangis. Suka sangat nangis. Dia tu, bila nangis, hingus mesti keluar meleleh-leleh dari hidung dia. Dah meleleh-leleh tu bukannya reti nak lap, tapi di biar je terus masuk dalam mulut. Aku tengok pun pelik dia nangis gaya macam tu. Macam perempuan. 

So, pada suatu hari dia tak henti-henti nangis sebab berebut lego dengan aku. Memandangkan aku dah fedup gila dengan si Ann tu, aku pun pergi lah ke kelas sebelah dan tanya cikgu kelas sebelah. (Aku tanya cikgu kelas sebelah sebab cikgu kelas sebelah tu lelaki.)

"Sir, why the hell awek tu asyik menangis?" Aku tanya.

Cikgu tu actually ambil masa yang agak lama untuk terangkan kat aku. Mungkin dia pun tak tahu sangat pasal makhluk yang complicated ni. Then, aku ingat lagi yang kemudiannya cikgu tu cakap "Mr K, susah nak terangkan pasal ni. Sebab... kalau nak tahu, perempuan memang suka menangis. Kalau di ikutkan, tanpa sebab pun perempuan boleh nangis. Apa pun, bila awak besar nanti, awak akan tahu". So dari situ, aku set kan di mind aku. Perempuan, memang suka menangis tanpa sebab. Tapi.....

Tapi, segalanya berubah bila aku masuk darjah 6.

Masa aku masuk darjah 6, kat sekolah tu ada buat satu program jual pampers. Pampers untuk baby kata cikgu-cikgu aku. Tapi yang hairannya, hanya student perempuan je yang boleh pergi program tu. Apa ingat kaum lelaki ni tak reti tukar pampers baby ke? Kaum lelaki bukan sahaja mahir membuat anak, malah, pandai mendidik. Abang K misalnya. 

So, masa semua kaum gedik-gedik tu pergi join program tu, aku pun bersama kaum-kaum baik, pemurah, baik hati dan setia (kaum lelaki) pun berborak lah. First, kiteorang berborak pasal pampers. Kemudia topik perbualan beralih ke couple. Then beralih ke kahwin. Then beralih ke malam pertama. Dan aku ingat lagi point yang paling penting dalam perbincangan tu adalah, 'perempuan memangis di malam pertama'. Itu kata si tukang pencerita. Aku pernah cuba tanya dia pasal malam pertama. Tetapi, dia hanya pegang bahu kiri aku dengan tangan kanan dia sambil squeeze dengan eratnya dan berkata "Bila besar nanti, kau akan tau..."


So, bila aku dah masuk ke tingkatan 3 (which is dah besar), aku dah tahu apa yang di maksudkan perempuan menangis di malam pertama. Yeah, aku sendiri melihat dengan biji mata aku sendiri bagaimana a comel girl falls for a boy sambil nangis-nangis. Yeah, malam pertama selepas putus cinta. That girl, menangis macam orang gila. Sikit-sikit nangis. Sikit-sikit nangis. Padahal couple baru je satu bulan. Tapi nangis macam nak rak. Macam lah orang lain tak pernah putus cinta. Lagi pun...Couple? Cinta? Alah, penting sangat ke couple-couple ni? Penting sangat ke love-love-eww-eww ni? Tak payah susah-susah nak couple. Buang masa je semua tu. Semua tu bullshit. (Ayat orang tak ada awek).

So, bagi menghuraikan masalah complicated ni perihal kaum complicated tu tentang this complicated issue, aku pun berjumpa yang pakar. Yes, yang pakar. Even aku dikurniakan dengan keperibadian yang menyenangkan dan perwatakan yang memikat hati, hati yang setia untuk seorang gadis dan jiwa raga yang suci (oh, so terharu I), still, aku perlukan pakar. So, aku pun jumpa lah si pakar ni. Si pakar ni, perangai dia ada bau-bau Afyy sikit. Cute umpama perempuan. Ganas umpama lelaki. Manis umpama gadis. Three in one. Perfect 'composite composition'. 

Oh, si pakar tu, bernama Ain. Bukan Aina. Tapi Ain. Ain ni cakap "Perempuan adalah makhluk yang paling kental, tetapi memiliki organ yang amat fragile dan kecil." At first place, bila dia sebut "Perempuan ada organ yang kecil", aku ingatkan dia bercakap pasal brain (Ya otak adalah organ). Tapi rupa-rupanya dia bercakap pasal heart. HEHEHE.

Then dia sambung lagi "Hati perempuan banyak keluarkan kasih sayang, tetapi tak boleh menampung banyak kesengsaraan sebab ianya fragile. Bagi menghalang hati itu pecah berkecai, air mata akan mengalir." Aku angguk-angguk faham. Padahal aku tak apa faham pun. Hati mudah pecah lah. Organ kecil lah apa lah. Cakap je la perempuan suka nangis. Kan mudah.

Dan, bila aku menjejek di tingkatan 5 which is tahun di mana usia aku dah cukup dewasa untuk kahwin dan membuat perkara-perkara keji, aku pun sekali lagi bertemu dengan sebab-kenapa-perempuan-suka-menangis.


Ianya bermula dengan pagi yang hening. Dalam pukul sepuluh. Aku sebagai seorang pengawas yang berkaliber tinggi pun pergi la ronda-ronda kawasan sekolah. Padahal waktu tu belum rehat. Saja je nak ponteng kelas. Masa tengah jalan tu, aku ada nampak seorang perempuan ni menjerit-jerit kat lelaki. Lelaki tu relax je pandnag perempuan tu dengan muka slamber. Tiba-tiba perempuan tu hilang kawalan lalu start memukul lelaki tu di bahu. Dia pukul-pukul sambil nangis-nangis. Ya, dia pukul orang, tapi dia yang menangis. WHAT THE HELL IS THAT? APASAL DIA PUKUL ORANG TETAPI DIA YANG NANGIS?. Terpekik terlolong perempuan tu menangis sambil pukul lelaki tu. Dia nangis lebih-lebih tapi lelaki tu steady je tak buat apa-apa. Well, lelaki, biasalah. *Angkat kening double jerk*

So, aku pun duduk di birai kelas sambil memikirkan tentang peristiwa yang baru aku saksikan. Sungguh aneh peristiwa itu. Tak dapat aku tafsirkan mengikut fahaman aku. Lalu, aku duduk untuk memikirkannya. Aku berfikir balik tentang peristiwa lepas-lepas. Pasal couple, pasal malam pertama pasal itu dah ini. Tetapi, semuanya amat bercanggah dengan apa yang aku faham dan apa yang aku lihat. Tapi, semua masalah aku itu terjawab bila aku teringat balik apa kata-kata guru tadika aku.

Ya. So, betullah kata-kata guru tadika aku ; "Perempuan... tanpa sebab pun boleh nangis."

7 ulasan:

  1. myb u shud learn more bout GIRL,,
    yes,i admit yg GIRL atinyer mmg fragile,,
    ssh nk difahami sumtimes,, heee :D
    dat's y it mke us special sumtimes,,,

    BalasPadam
  2. haha....ok2 aq blja dgn ko la afi haha :P

    BalasPadam
  3. ko blaja dri makwe ko lah..HAHA

    BalasPadam
  4. wah!!!im single rider lorh....
    mne la de awex...spe la sudi an

    BalasPadam
  5. AIR MATA adalah salah satu SENJATA SEORANG WANITA....

    BalasPadam