kehormatan :)

kehormatan :)

Isnin, 8 Ogos 2011

beli tayar hah baca ni dulu k

Apa erti kod pada sisi tayar kenderaan kita??

Kadang kala kita
terleka dan tidak mengambil kira dalam membeli tayar kenderaan kita, ia
boleh mengakibatkan kemalangan atau ketidaksuaian dengan kederaan kita,
cuba kita perhatikan dan renungan sejenak mengenai kod atau simbol yang
terdapat di bahagian sisi tayar kenderaan kita....

Contoh maklumat pada permukaan sisi tayar :

175/70R13/82H

lebar permukaan bawah tayar : 175 mm
lebar permukaan sisi tayar : 70 mm
jejari : R
diameter rim : 13 inchi
indeks muatan & symbol kelajuan : 82H
• indeks muatan 82 = tayar itu boleh menampung muatan 475 kg
• indeks muatan 71 = 345 kg
• indeks muatan 125 = 1,677 kg
• simbol H = kelajuan maksimum dgn tayar tersebut ialah 210 km/h

SENARAI KOT:

S - 180 km/j

T - 190 km/j

U - 200 km/j

H - 210 km/j

V - 240 km/j

Z - melebihi had laju 240 km/j

W - 270 km/j

Y - 300 km/j

ZR - untuk tayar yang mengatasi kelajuan 270 km/j keatas


TREADWEAR 240 TRACTION A TEMPERATURE A 1905

kadar kehausan bunga tayar : 240 (semakin tinggi nilai, semakin lambat haus)
kekuatan cengkaman tayar : TRACTION A (paling bagus AA diikuti A, B & C)
ketahanan suhu : TEMPERATURE A
• A : kawasan panas
• B : kawasan bercuaca normal
• C : kawasan sejuk
- tarikh pembuatan : 1905

dua no pertama = minggu keberapa dibuat (dari minggu 1 – 52) jika 19
maka tayar itu dibuat pada minggu ke-19 atau minggu ke-2 bulan mei.
• Dua no terakhir = tahun ia dibuat. Jika 05 maka dibuat pada 2005

Tiada ulasan:

Catat Ulasan