kehormatan :)

kehormatan :)

Rabu, 24 Ogos 2011

kecuaian semasa memandu










GLENDALE, Amerika Syarikat (AS) - Seorang wanita yang melanggar mati lelaki berusia 80 tahun ketika dia menaip mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) semasa memandu dilarang seumur hidup daripada membawa telefon bimbit di dalam keretanya, lapor sebuah akhbar semalam.
Wanita berkenaan, Ani Voskanian (gambar), 21, dijatuhi hukuman pelik itu sebagai persetujuan bersama pihak pendakwa raya untuk mengelakkan dia daripada dihukum penjara.
Voskanian mengaku menyebabkan kematian Misak Ranjbar di sini, negeri California, selepas melanggar lelaki berusia 80 tahun itu ketika dia melintas jalan pada September tahun lalu.
Pemeriksaan pada telefon bimbitnya menunjukkan dia telah menghantar mesej SMS sejurus sebelum kemalangan maut itu.
"Dalam kes ini, sebuah keluarga kehilangan ketua keluarga. Namun, satu lagi keluarga akan kehilangan anak perempuannya jika wanita itu dipenjarakan," kata seorang pegawai polis di sini, Ashraf Mankarios.
Keluarga mangsa turut bersetuju dengan hukuman tersebut malah mereka turut menulis surat sokongan kepada hakim yang mengadili perbicaraan kes berkenaan.
Voskanian juga diperintah menjelajah sekolah-sekolah di sekitar tempat dia tinggal selama 300 jam untuk bercakap mengenai bahaya menghantar SMS semasa memandu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan